Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;

(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).
~surah AN-NISA' ayat 138-139~

TRANSLATOR

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Tuesday, December 30, 2008

BERITA TERBARU!!!!!

Salam untuk semua...

Berita terbaru yang saya katakan itu ialah tentang blog hina Islam dan Rasulullah yang berselindung dengan nama adibah ahmad itu...

Orang yang menulis blog tu telah dikenalpasti tempatnya oleh pihak berkuasa dengan menggunakan IP nya... IP penulis itu bukan di dalam negara tetapi dikenalpasti di luar negara...

Ini ialah berita yang di tulis oleh wartawan UTUSAN:

IPOH 30 Dis. — Polis mengenal pasti beberapa lelaki yang disyaki terlibat dalam penulisan serta penyiaran artikel dan gambar menghina Nabi Muhammad S.A.W dalam sebuah laman blog.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, siasatan mendapati laman blog berkenaan menggunakan server komputer di luar negara.

“Kita mendapat tahu laman blog itu menggunakan server dari luar negara dan bukan di Malaysia. Ini merupakan satu tugas yang sukar tetapi kita akan cuba yang terbaik,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan beret kepada 48 pelatih kursus asas 69 Komando dan Unit Tindakan Khas yang tamat latihan di Briged Utara Pasukan Gerakan Am Ulu Kinta di sini.

Sabtu lepas, sebuah akhbar tempatan melaporkan mengenai artikel berkenaan yang dipaparkan dalam sebuah laman blog menggunakan nama seorang wanita Melayu.

Wanita berkenaan telahpun menafikan pembabitannya. - Bernama

Terima kasih... Salam...

2 comments:

Taminsari said...

Salam..

Tak lama lagi dapat la tu. Kita doakan. InsyaAllah.

Salam perjuangan

Aimanis said...

u juz got tagged ! view aimanis for d tagging =)

width='450';height='350';frameborder='0';scrolling='no';marginheight='0'; marginwidth='0';allowtransparency='true';src='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara/embed?;fgcolor=6699cc;bgcolor=ffffff;textbgcolor=ffffff;textfgcolor=000000;sound=1;border=1;w=$0;'>
style='width:450px;text-align:center;'> href='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara'style='color:#0000FF;'>Bloggers Pembela Negara-Fullscreen ====================================================================================== -->
REVOLUSI © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates