Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;

(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).
~surah AN-NISA' ayat 138-139~

TRANSLATOR

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Wednesday, December 24, 2008

HUKUM HUDUD!!! RELEVANKAH IA DI MALAYSIA?

Salam kepada semua...

Kali ini kita sentuh sedikit tentang undang-undang negara...

Adakah hukum hudud relevan dalam Negara kita yang berbilang kaum ini?
Adakah hukum ini adil di mata setiap bangsa dan kaum di Negara ini?
Adakah ia dapat dilaksanakan dan dipersetujui oleh setiap kaum dalam Malaysia?



Inilah persoalan yang timbul atas beberapa perkara yang terjadi dengan wujudnya idea pemimpin Islam Negara ini untuk melaksanakan undang-undang islam.
Hukum hudud ini satu undang-undang yang berteraskan Al-Quran dan Sunnah. Hukum ini juga telah dijalankan di beberapa Negara islam yang sekarang ini di lihat berjaya dan kadar jenayah mereka juga kurang jika dibandingkan dengan Negara Malaysia…

Tetapi adakah hukum ini adil dilaksanakan dalam Negara yang pelbagai agama dan kaum?
Kalau kita lihat sendiri perkataan adil itu ialah pertimbangan yang wajar atau berpatutuan, tidak memihak kepada mana-mana dan tidak dilakukan dengan sewenang-wenangnya.
Kalau kita lihat pula keadilan undang-undang, undang-undang itu dikenakan atau dikuatkuasakan ke atas semua orang secara sama rata tanpa dibezakan diantara yang kaya dengan yang miskin dan tanpa perbezaan warna kulit, bangsa dan agama, juga tanpa dibezakan ketinggian ilmunya…
Keadilan dari segi undang-undang juga bermaksud ia mestilah mendapat persetujuan setiap bangsa kerana sekiranya ada sesetengah pihak tidak bersetuju ia bermaksud tidak adil untuk dijalankan…



Riwayat Bukhari dan Muslim: Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: semua kaum adalah dari keturunan Adam dan Adam Hawa itu dari tanah, tidak ada kelebihan bagi orang Arab ke atas yang bukan Arab kecuali dengan sifat takwa.
Rasulullah juga bersabda yang bermaksud: Apa halnya dengan satu kumpulan yang memohon syufaat terhadap kesalahan yang dilakukan terhadap Allah, sesungguhnya orang yang terdahulu daripada kamu binasa disebabkan mereka apabila seseorang bangsawan di antara mereka mencuri, maka dia dibiarkan tanpa dihukum, tetapi apabila orang lemah melakukanya, maka ia dikenakan hukuman keatasnya. Demi Allah, kiranya Fatimah Binti Muhammad mencuri, maka aku akan potong tangannya.
Dalam pengurusan undang-undang yang di bawa oleh Rasulullah, Baginda amat tegas dalam sistemnya dan baginda tidak membezakan sesorang itu bila berhadapan dengan undang-undang.

Apabila kita balik kembali pada dasar kepelbagaian kaum, adakah hukum hudud boleh diterima untuk dilaksanakan dalam Malaysia?

Bagi saya, sebagai umat islam dan orang melayu, saya menerima baik cadangan hukum hudud ini sebagai undang-undang Negara dan saya rasa ia relevan kepada Negara islam. Bukan sahaja kepada islam tetapi ia adil kepada agama dan kaum lain.
Tetapi ini hanya pandangan saya sebagai umat islam yang agama, bangsa dan negara sebagai tunggak utama perjuangan saya...

Kita kena ingat bahawa kita kena dapat pandangan ahli anggota negara kita yang wakil kepada kaum lain untuk persoalan yang bangkit tentang hukun hudud ini...
Saya juga harap agar isu hukum hudud yang mulia dipandang oleh umat islam di seluruh dunia ini tidak dijadikan isu politik dan menjadikan ia sebagai satu media dan jalan untuk mendapat kepentingan peribadi semata-mata.

Terima kasih... Salam...

6 comments:

Muhammad Azli Shukri said...

hudud tetap relevan - namun demikian, umat Islam perlu terlebih dahulu membina kekuatan dalam segenap bidang, barulah orang bukan islam memghormati undang2 kita. wallahualam.

PENA MINANG said...

BETULKAN AQIDAH & AKHLAK DULU....

Apai Ngelai said...

Salam,

Kawan nak ubah sikit, harap dia ok, ye.

Hukum Hudud itu sebenarnya RELEVAN dan tidak akan luput dek mana-mana zaman, sekalipun kat 'Zaman Star Wars' yg kita dok tengok dalam TV tu. SEBAB ITU ADALAH HUKUM-HUKUM YANG DITENTUKAN ALLAH S.W.T untuk diikuti manusia sebagai panduan hidup.

Yang sebenarnya tidak RELEVAN adalah PARTI PAS yang sering mempermainkan hukum-hukum hudud untuk kepentingan politiknya. Kita tidak menolak hukum hudud, apatah lagi ia adalah satu penetapan yang ditentukan Allah untuk manusia agar takutlah kepada semua perbuatan MUNGKAR.

PAS adalah parti yang tidak pernah ada pendirian sejak dari dulu. Mereka sering membuat kenyataan yang didahulukan dengan ayat-ayat al quran, namun hakikatnya merka sendiri mengingkarinya. Lihatlah kerjasama yang mengutamakan KAFIR lebih daripada Orang Islam itu sendiri.. Nawaitu kita kena betul, kalau guna benda agama ni dengan cara yang tidak betul tempatnya akibatnya kita akan binasa. Wallahualam..

the revolution said...

Salam kepada semua...

Saya setuju dengan apai...
Bagi seorang umat islam memang kita akan kata yang agama kita yang terbaik dan hukum hudud relevan untuk semua termasuklah untuk kaum lain...

Begitu juga dengan masyarakat yang beragama lain. mereka juga akan kata kan sama seperti apa yang kita kata cuma ia menyebelahi agama mereka...

Jesteru apa yang kita perlu buat ialah kita bersama-sama berganding bahu dan berani untuk tegakkan perjuangan agama kita...

Jangan pula bila orang beragama lain gertak kita dan tolak apa pendapat kita, lepas tu kita pun tunduk dan undur...
kita kena terus bangkit dan lawan demi maruah agama...

Terima kasih... Salam...

Mamak Penang said...

Salam,
Kita perlu memahami isu Hudud adalah hukum Allah kita tak perlu bicarakan hal ini.Takut kadangkala akal manusia tidak kesampaian sesuatu hukum yang Allah wujudkan melalui wahyu.Mamak setuju dengan pendapat saudara Al-ustaz Apai...memang tepat elobrasinya tentang hudud.Kita tak tolak hikmah hudud tapi yang menjelekan kita adalah ada pihak yang berura-ura nak buktikan mereka ini lebih Islamik dari yang lain.Kita perlu hikmah untuk menjalankan sesuatu dakwah...Kita perlu satu pendekatan yang baru dalam dakwah Islamiah ini untuk rakyat bukan Islam memahami agama kita.Inilah sepatutnya PAs memperjuangkan lebih lima puluh tahun yang lepas.Tapi mereka mempolitikan perkara ini menjadikan rakyat bukan Islam takut pada hukum Allah ini.Parti PAS bina dunia mereka sendiri duduk dalamnya dengan fikiran dan ideologi mereka sendiri ini yang membuatkan perpecahan diantara orang Islam.Kerana kegilaan berkuasa mereka telah diharamkan oleh pihak penjajah dan mereka telah bergabung dengan UMNO untuk perjuangan Islam.Selepas itu mereka keluar dari UMNO selepas UMNO berjaya mendapatkan kemerdekaan.UMNO gunakan cara interaktifdalam menegakan Islam dinegara ini.Perjuangan PAS ini sama juga dengan perjuangan Islam Broherhood yang dibawa oleh Al Banna Mesir.Sehingga persatuan ini digelar Radikal dalam perjuangannya.Tetapi kebelakangan ini Persatuan Prsaudaraan Islam Mesir telah berubah(anjak dari pradigma lama perjuangan)kini persatuan ini lebih moderate dan liberal memperjuangkan nilai-nilai Islam di Mesir.Kini persatuan ini telah terima baik sebahagian rakyat Islam Mesir.PAS perlu dipelajari dari anjakan ini kalau mereka betul-betul memperjuangkan Nilai-nilai Islam seperti Hukum Hudud dan Qiyas ini.Wassalam.

Anonymous said...

salam hai.. saya bukan lah ilmuan yg tahu segala2 hal. kalau ade salah tolong perbetulkan. saya cube utk memperkatakan ape yg saya faham.
Hukum Hudud adalah hukum Allah swt. Negara2 islam seperti mekah telah menggunakan hukum hudud ni dari dulu sampai sekarang. dan kesannye, dengan kuasa Allah yang Maha Besar, jenayah di Mekah bolah dikatakan kurang dr 0.1% setahun. Menunjukkan betapa besarnye kuasa Allah bahawa dgn hukum yang dibuatNya mampu membuatkan manusia jadi aman damai. InsyaAllah xkan ade rompakan, pembunuhan , merogol dan sebagainye.
Hukum Allah terlalu meluas. saya mmg x cukup layak utk memperkatakan. tp, saya masih boleh berfikir banyak kepentingan dan kebaikan yang kita dapat dgn perlaksanaan Hukum hudud. memandangkan Malaysia pun dah x selamat. bukan x selamat mcm kat Palestin tu.. tp, dgn pembunuhan yang berlaku, rompakan yg berlaku, membuatkkan saya pun takut nak berada di rumah sendiri. kerana, Undang2 yg ade Malaysia skang ni Undang2 Rimba.. kalau anak org besar2 yg buat jenayah, tak ade sebarang tindakan. malah dilepaskan begitu sahaja. Tp, jika kita ambil dr kisah sahabt Nabi Muhammad (sy x ingat siapa), dia merupakan pembesar di zaman para sahabat. dan anaknye ditangkap berkhalwat. terus dihukum anaknye tanpa berfikir panjang dgn merotan 100x. kalaulah hukum hudud dijalankan, betapa byk maksiat dpt dikurangkan. tntu org2 takut utk melakukan maksiat. percaya lah.
pasal politik, saya ni atas pagar. cume, saya menyokong parti yg menegakkan Islam.
ade readers yg kate, pas x btol, umno x btol. pd saya kedua2 parti ade kelemahan dan kebaikkannye. cume, saya merasakan setakat ini, Pas (BA) mampu melaksanakan pentadbiran secara lebih islamik berbnding dgn Umno(BN).
Saya penah menonton 1 video di mn salah seorg 'Ulamak UMNO' berceramah di oversea mengenai hukum hudud. saya melihat bagaimn die memperlecehkan Hukum Allah. Nauzubillah..saya dgr, mmg berderau darah. bagaimn die mempersenda dan permain2kan hukum Allah. antara kate2nye 'buat ape nak potong tangan pencuri?? nnti esok2 die curi lagi. dah potong tgn kiri, potong lak tgn kanan. dah potong dua dua, potong kaki pulak. lame2 xde ape nak dipotongkan'..nauzubillah... byk lagi yg diperkatakan..
tp, perkara ni x dibesar2kan sebab org2 BN yg buat. mungkin readers boley dptkan video tu dr Youtube.. mmg ade laa. sedey btol lah. dulu die tu pensyarah Ilmu Wahyu..sepatutnye lebih tahu hukum hakam Islam.
saya cume bg komen je. so, terpulanglah pd individu. saye menyokong kalau hukum hudud dijalankan. tentu xkan ade org nak tgn nye dipotong kerana mencuri kan? lainlah kalo gila ke, phsyco ke.. tepuk dada, tanye la iman..

width='450';height='350';frameborder='0';scrolling='no';marginheight='0'; marginwidth='0';allowtransparency='true';src='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara/embed?;fgcolor=6699cc;bgcolor=ffffff;textbgcolor=ffffff;textfgcolor=000000;sound=1;border=1;w=$0;'>
style='width:450px;text-align:center;'> href='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara'style='color:#0000FF;'>Bloggers Pembela Negara-Fullscreen ====================================================================================== -->
REVOLUSI © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates