Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;

(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).
~surah AN-NISA' ayat 138-139~

TRANSLATOR

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Monday, December 22, 2008

MELAYU MUDAH LUPA…

Salam kepada semua…



Kalau kita lihat tajuk post saya kali ini, pasti anda masih ingat dengan ungkapan mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau telah banyak berjasa kepada agama, bangsa dan Negara kita tetapi ada pihak yang memburukkan namanya di mata rakyat dan pemimpin Negara asing dengan membawa cerita fitnah demi kepentingan diri sendiri…

Tetapi bukan PM kita yang ke-4 ini yang ingin saya kongsikan tetapi tentang orang melayu sekarang ini yang sudah lupa akan agama dan bangsanya…


Apa kata kita lihat pemimpin Melayu,
Sekarang ada pemimpin Melayu yang cuba untuk menjatuhkan bangsanya sendiri.. kalau kita lihat KETUANAN MELAYU yang ada dalam perlembagaan pada hari ini ingin diubah menjadi “ketuanan rakyat”. Dan pada hari ini ia menjadi perjuangan ‘pembelot’ orang MELAYU demi kepentingan peribadi.
Begitu juga dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang tujuan nya untuk merapatkan jurang ekonomi antara kaum di Malaysia ini dan pada masa yang sama menjadi tongkat yang memajukan bangsa Melayu. Kini dasar ini ditentang oleh pemimpin Melayu dan konco2 nya yang dikatakan tidak boleh ada perbezaan antara kaum sedangkan beliau tidak sedar sekiranya tiada dasar ini, bangsa nya akan ketinggalan berbanding dengan kaum lain…

Kita lihat pula dari sudut rakyat Melayu,
Perjuangan yang dibawa oleh pembelot bangsa ini telah disokong oleh sesetengah rakyat yang juga berbangsa melayu yang pada hari ini kita lihat seperti terlalu taksub terhadap pemimpin melayu yang belot ini…
Sedangkan nasib dan hak mereka tidak diperjuangkan dan dipertahankan pun… Malah mereka akan jatuh dan terpaksa tunduk dengan tuntutan bangsa dan kaum lain.
Mereka ini perlu faham dan bersyukur dengan dasar prinsip ‘KETUANAN MELAYU’ dan DEB ini kerana mereka maju juga atas prinsip dan dasar ini. Tetapi mereka ini menyokong pula pembelot MELAYU itu…

Untuk mengajak anda semua berfikir dan merevolusikan diri demi agama, bangsa dan negara, saya ingin membawa anda kepada satu sajak yang dikarang sendiri oleh Tun Dr Mahathir iaitu "MELAYU MUDAH LUPA"

MELAYU MUDAH LUPA…


Melayu mudah lupa,
Melayu mudah lupa,
Melayu mudah lupa…

Dulu bangsanya dipijak,
Melayu mudah lupa.
Dulu bangsanya retak,
Melayu mudah lupa.
Dulu bangsanya teriak,
Melayu mudah lupa.
Dulu bangsanya haprak,
Melayu mudah lupa.
Dulu bangsanya kelas dua,
Melayu mudah lupa.
Dulu bangsanya hina,
Melayu mudah lupa.
Dulu bangsanya sengketa,
Melayu mudah lupa.
Dulu bangsanya derita,
Melayu mudah lupa.
Dulu bangsanya kerdil,
Melayu mudah lupa.
Dulu bangsanya terpencil,
Melayu mudah lupa.

Tiada daulat,
Tiada maruah,
Tiada bebas.
Melayu mudah lupa,
Melayu mudah lupa,
Melayu mudah lupa.
Sejarah bangsanya yang lena,
Tanah lahirnya yang merekah berdarah.

Ingatlah,
Ingatlah,
Ingatlah.
Wahai bangsaku,
Jangan mudah lupa lagi,
Kerana perjuanganmu belum selesai...



Oleh itu marilah kita bersama-sama merevolusikan diri dan pemikiran serta mempertahankan agama, bangsa MELAYU dan negara daripada dijajah kembali dan dimusnahkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab terhadap agama dan bangsanya sendiri...

Terima kasih... salam...

2 comments:

GOMO said...

Cantik bro... Jangan dibiarkan Bangsa Melayu kita dijajah oleh kaum Pendatang pada masa mendatang. Cukuplah Temasik telah hanyut jangan dibiarkan TANAH MELAYU ini pula hilang dari peta.

the revolution said...

Salam kepada semua...

Thanx sebab comment...
Tetapi kita kene ingat tugas mangalas dan memperjuangkan agama islam dan bangsa melayu tidak teletak pada seseorang...

Tetapi kita kene bersama-sama bersatu pada mempertahankan hak kita sebagai kaum majoriti negara ini...
Jangan biar kan kita dipijak sekali lagi dan jangan sampai 13 mei berulang sekali lagi..

Terima kasih.. Salam..

width='450';height='350';frameborder='0';scrolling='no';marginheight='0'; marginwidth='0';allowtransparency='true';src='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara/embed?;fgcolor=6699cc;bgcolor=ffffff;textbgcolor=ffffff;textfgcolor=000000;sound=1;border=1;w=$0;'>
style='width:450px;text-align:center;'> href='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara'style='color:#0000FF;'>Bloggers Pembela Negara-Fullscreen ====================================================================================== -->
REVOLUSI © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates