Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;

(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).
~surah AN-NISA' ayat 138-139~

TRANSLATOR

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Friday, December 19, 2008

PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI 2009

Salam kepada semua...

Post saya kali ini saya ingin menyentuh sedikit tentang ekonomi Malaysia...
Sebelum ini kerajaan yang ada pada hari ini telah melakukan sedikit penjimatan daripada subsidi minyak sebanyak RM 7 billion...
Tetapi usaha kerajaan dipandang serong dan dianggap membebankan rakyat. Tambahan pula ada pihak yang tidak bertanggungjawab dan tidak faham apa yang cuba dilakukan oleh kerajaan. Pada masa yang sama, mereka yang cuba mempengaruhi pemikiran rakyat ini sebenarnya ingin membuat rakyat melakukan satu pemberontakkan yang membolehkan pihak yang tidak bertanggungjawab ini meneruskan agenda mereka yang hanya membawa kepentingan kepada diri mereka sendiri tetapi bukan untuk rakyat…
Siapa agaknya yang saya maksudkan???
Sudah pasti lah mereka yang selama ini mengimpikan untuk menjadi pentadbir di Negara kita ini dan mereka ini juga mahu kerajaan sekarang yang hari ini telah selama 51 tahun berjasa serta memajukan Malaysia jatuh agar mereka dapat mengambil alih kerajaan…
Cukuplah setakat ini sahaja saya mengulas tentang orang yang tidak bertanggungjawab ini kerana saya yakin bahawa anda semua tahu siapa mereka…

Berbalik kepada penjimatan subsidi minyak,
Sebenarnya penjimatan ini dapat memberi kebaikan dan bantuan kepada rakyat tetapi dari sektor yang lain bukan dalam aspek minyak…
Penjimatan ini diagihkan dalam pelbagai sektor termasuklah pendidikan, perumahan dan lain-lain…

Agihan Peruntukan Daripada Penjimatan Subsidi Minyak

1. RM 1.2 billion bagi pembinaan kos rendah dan sederhana.
2. RM 500 juta bagi menarik taraf, membaik pulih dan menyelenggara balai dan kuarters polis serta kem dan kuarters tentera.
3. RM 600 juta bagi projek2 kecil di bawah program Penyelenggaraan Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS).
4. RM 500 juta untuk tujuan menyelenggara dan membaik pulih kemudahan awam (sekolah, jalan raya, hospital dll).
5. RM 500 juta untuk membina, menaik taraf jalan2 raya di luar bandar, jalan2 kampung dan pertanian termasuk di Sabah dan Sarawak.
6. RM 200 juta bantuan untuk Sekolah Agama, Sekolah Mubaligh, Sekolah Cina dan Tamil
7. RM 300 juta untuk Dana Program Latihan.
8. RM 500 juta penyelenggaraan dan menaik taraf pengangkutan jalan.
9. RM 1.5 billion untuk Dana Pelaburan bagi menarik pelaburan swasta.
10. RM 400 juta untuk mempercepatkan pelaksanaan Projek Jalar Lebar Berkelajuan Tinggi.
11. RM 200 juta bagi program pembangunan modal insan.
12. RM 100 juta bagi program Pembangunan Belia pelbagai kaum.
13. RM 200 juta bagi pemulihan Projek Rumah Terbengkalai.
14. RM 100 juta pembangunan pekan kecil terpilih
15. RM 200 juta bagi program Permata Negara dan Para-sekolah.

Selain itu, kerajaan juga ada menyediakan pelbagai insentif tambahan untuk rakyat, penjawat awam, petani, golongan miskin dan perumahan…

Adakah ini yang dikatakan bahawa kerajaan Sekarang tidak pandai menguruskan ekonomi negara sepertimana yang diuar-uarkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab ini kepada rakyat. Bukan sahaja beliau kata kerajaan tidak pandai uruskan ekonomi kepada rakyat bahkan juga kepada negara luar. Bagus Sangat ke mereka ini menguruskan ekonomi negara?
Saya bawa isu ini supaya rakyat dapat berfikir sendiri dan jangan mudah terpengaruh dengan pihak2 yang tidak bertanggungjawab ini…

Terima kasih… Salam…

1 comments:

boysepang said...

salam perkenalan bro...

lagi satu pasal "valuecap",
sayer pun pelik pasal pe dia org nak kecoh, "valuecap" tu kan untuk pelaburan, dan ikut track record seblm nie mmg untung...
so, kwsp lg dapat untung, bukan rugi...

width='450';height='350';frameborder='0';scrolling='no';marginheight='0'; marginwidth='0';allowtransparency='true';src='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara/embed?;fgcolor=6699cc;bgcolor=ffffff;textbgcolor=ffffff;textfgcolor=000000;sound=1;border=1;w=$0;'>
style='width:450px;text-align:center;'> href='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara'style='color:#0000FF;'>Bloggers Pembela Negara-Fullscreen ====================================================================================== -->
REVOLUSI © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates