Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;

(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).
~surah AN-NISA' ayat 138-139~

TRANSLATOR

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Monday, December 15, 2008

RUKUN NEGARA : RINGKAS, PADAT, LENGKAP..

Salam kepada semua...

Disebabkan timbulnya beberapa isu panas tentang ketuanan melayu, bahasa kebangsaan dan raja2 melayu baru2 ini, jadi saya ingin bawa anda kepada satu huraian ringkas tentang RUKUN NEGARA.. Saya harap artikel ini dapat membuat anda terfikir sejenak dan dapat anda menilai sendiri isu2 yang telah dibawa oleh pihak2 tertentu yang tidak bertanggungjawab ini...

1. Kepercayaan kepada tuhan

Bangsa dan negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada tuhan. Sesungguhnya dengan nama tuhanlah bangsa dan Negara ini wujud sebagai sebuah bangsa dan Negara yang berdaulat. Islam adalah agama rasmi Persekutuan. Agama2 dan kepercayaan2 lain juga boleh diamalkan dengan aman da tenteram. Tindakan membeza-bezakan seseorang atas alasan agama adalah dilarang.

2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara. Sistem Beraja juga diamalkan di setiap negeri dan Yang di-Pertua bagi negeri2 yang tidak ada raja. Prinsip ini menunjukkan setiap warganegara perlu menumpukan sepenuh taatsetia, jujur, dan ikhlas kepada Ketua Negara kita.

3. Keluhuran perlembagaan

Perlembagaan Negara memberi perlindungan kepada setiap anggota masyarakat Negara ini dari segi melindungi hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Perlembagaan juga meletakkan tanggungjawab2 dan kewajipan2 warganegara yang mendukungnya. Sejajar dengan itu, setiap warganegara harus menghormati, menghargai, dan memahami maksud dan latar belakang penggubalannya bagi memastikan Malaysia terus aman, makmur dan maju. Disebabkan perlembagaan digubal berdasarkan kesepakatan semua kaum dan pihak Negara ini. Jesteru, tidak ada sesiapa pun yang boleh mempertikaikan dan mempersoalkan tentang setiap kandungan Perlaembagaan Negara.

4. Kedaulatan Undang-Undang

Perlembagaan merupakan undang2 tertinggi dalam Malaysia. Kepatuhan kepada undang2 Negara mampu menjamin keharmonian masyarakat dan keselamatan Negara juga lebih terjamin. Oleh itu, setiap rakyat mesti patuh kepada undang2 agar keselamatan Negara terus terjamin dan usaha2 pembangunan dari semua aspek dapat dijalankan dengan lancar. Rakyat memang mempunyai kebebasan untuk bersuara tetapi perlu ingat kita masih tertakluk kepada undang2.

5. Kesopanan dan kesusilaan

Prinsip ini memberi penekanan kepada peri pentingnya personality dantingkah laku seseorang dalam menggambarkan kebudayaan rakyat Negara ini. Sifat sopan-santun dan tatasusila adalah penting dalam konteks perhubungan masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia. Bahasa yang lembut dan tingkah laku yang sopan dapat menjamin hubungan yang harmoni dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Pembentukan individu yang berdisiplin dan berhemah dapat menjamin kewujudan sebuah masyarakat yang saling berinteraksi dalam suasana yang bersatu padu dan aman.

0 comments:

width='450';height='350';frameborder='0';scrolling='no';marginheight='0'; marginwidth='0';allowtransparency='true';src='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara/embed?;fgcolor=6699cc;bgcolor=ffffff;textbgcolor=ffffff;textfgcolor=000000;sound=1;border=1;w=$0;'>
style='width:450px;text-align:center;'> href='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara'style='color:#0000FF;'>Bloggers Pembela Negara-Fullscreen ====================================================================================== -->
REVOLUSI © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates