Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;
(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).
DAULAT TUANKU
Duli Yang Maha Mulia Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah
MAJLIS TERTINGGI BPN
Penyokong BPN
-
-
-
-
-
Bersih yang berahi1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Wajarkah kita memilih Pakatan Rakyat?4 years ago
SAHABAT-SAHABAT
-
-
-
-
-
-
#BukanBasikalTua6 days ago
-
Abaikan..1 week ago
-
-
-
Buah Tangan Iqah2 weeks ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
KEMBALI1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Pesanan Sahaja2 years ago
-
-
5 Alahai Melayu: Fantasi VS Realiti3 years ago
-
Gollllll3 years ago
-
-
-
-
-
PERTUKARAN ALAMAT BLOG3 years ago
-
KISAH CINTA4 years ago
-
PENJELASAN VERSI SEBENAR DR AGUS4 years ago
-
BORAK POLITIK
-
-
CADANGAN BUAT KITA !!!4 years ago
Tuesday, December 30, 2008
BERITA TERBARU!!!!!
Berita terbaru yang saya katakan itu ialah tentang blog hina Islam dan Rasulullah yang berselindung dengan nama adibah ahmad itu...
Orang yang menulis blog tu telah dikenalpasti tempatnya oleh pihak berkuasa dengan menggunakan IP nya... IP penulis itu bukan di dalam negara tetapi dikenalpasti di luar negara...
Ini ialah berita yang di tulis oleh wartawan UTUSAN:
IPOH 30 Dis. — Polis mengenal pasti beberapa lelaki yang disyaki terlibat dalam penulisan serta penyiaran artikel dan gambar menghina Nabi Muhammad S.A.W dalam sebuah laman blog.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, siasatan mendapati laman blog berkenaan menggunakan server komputer di luar negara.
“Kita mendapat tahu laman blog itu menggunakan server dari luar negara dan bukan di Malaysia. Ini merupakan satu tugas yang sukar tetapi kita akan cuba yang terbaik,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan beret kepada 48 pelatih kursus asas 69 Komando dan Unit Tindakan Khas yang tamat latihan di Briged Utara Pasukan Gerakan Am Ulu Kinta di sini.
Sabtu lepas, sebuah akhbar tempatan melaporkan mengenai artikel berkenaan yang dipaparkan dalam sebuah laman blog menggunakan nama seorang wanita Melayu.
Wanita berkenaan telahpun menafikan pembabitannya. - Bernama
Terima kasih... Salam...
Monday, December 29, 2008
SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH
Selamat maal hijrah 1430 kepada semua ummat islam dan juga kepada rakyat malaysia...
Saya memohon ampun sekiranya blog ini membuat seseiapa sahaja tersinggung dan terkecil hati..
Blog ini hanya sekadar pandangan saya terhadap isu semasa yang berlaku di dalam Negara kita...
Dengan ini juga saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut tahun baru yang akan tiba dalam beberapa hari lagi...
Biarlah tahun 2008 menjadi pengajaran kepada kita untuk mengharungi tahun baru ini, 2009...
Biarlah hari esok lebih baik dari semalam...
Marilah kita merevolusikan diri dan pemikiran untuk mencapai kejayaan pada tahun 2009 demi memartabatkan dan meninggikan ketinggian agama, bangsa dan negara...
Terima kasih... Salam...
Friday, December 26, 2008
KENYATAAN MEDIA BLOGGER PEMBELA NEGARA

KENYATAAN MEDIA BLOGGER PEMBELA NEGARA ( BPN ) TERHADAP BLOG HINA AGAMA ISLAM
BPN memandang serius blog blog yang menghina Islam dan juga Nabi Muhammad yang semakin berleluasa sekarang... Ia menggunakan identiti yang disyaki palsu dan sangat berani menyentuh sensiviti agama Islam termasuk menghina Nabi orang Islam iaitu Nabi Muhammad s.a.w..
Beberapa blog telah seperti http://surind.blogspot.com/,http://pedestrianinfidel.blogspot.com/ termasuk terbaru blog http://adibahahmad.blogspot.com adalah antara blog blog yang telah dikenal pasti menggunakan ruang siber untuk mengguris hati umat Islam di seluruh dunia..
BPN akan melawan habis habisan blog yang telah berani secara terang terangan mencemar kesucian agama Islam sedangkan umat Islam tidak sedikitpun disuruh menghina agama lain, demi memelihara keamanan dan kestabilan negara Malaysia.
BPN menggesa Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan tegas terhadap blogger tersebut yg sengaja ingin merosakkan perpaduan rakyat M'sia yg berbilang bangsa & agama.
BPN juga tidak akan membenarkan blogger muslim menghina agama agama lain bahkan akan menuntut mereka menghormati kepercayaan agama selain Islam meskipun dalam masa yang sama tetap beriman dengan penuh keyakinan bahawa Tuhan yang Esa ialah Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Nya..
Yang Benar,
PANGLIMA PERANG CYBER
http://penembak-tepat.blogspot.com
Yang Dipertua,
Blogger Pembela Negara ( BPN )
BLOG HINA ISLAM DAN RASULULLAH
Saya ingin menyampaikan sedikit maklumat yang penting kepada semua ummat islam...
Saya ada mendapat maklumat daripada seseorang bahawa ada blog yang menghina ISLAM dan RASULULLAH dan kita sebagai ummat islam perlu pertahankan agama kita dan marilah kita bersama-sama menegakkan agama kita...
Jangan kita biarkan blog seperti ini berleluasa demi maruah ISLAM yang di bawa oleh RASULULLAH yang perintah tuhan kita ALLAH...
Blog yang saya maksudkan ialah http://adibahahmad.blogspot.com/
Terima kasih... Salam...
Wednesday, December 24, 2008
HUKUM HUDUD!!! RELEVANKAH IA DI MALAYSIA?
Kali ini kita sentuh sedikit tentang undang-undang negara...
Adakah hukum hudud relevan dalam Negara kita yang berbilang kaum ini?
Adakah hukum ini adil di mata setiap bangsa dan kaum di Negara ini?
Adakah ia dapat dilaksanakan dan dipersetujui oleh setiap kaum dalam Malaysia?

Inilah persoalan yang timbul atas beberapa perkara yang terjadi dengan wujudnya idea pemimpin Islam Negara ini untuk melaksanakan undang-undang islam.
Hukum hudud ini satu undang-undang yang berteraskan Al-Quran dan Sunnah. Hukum ini juga telah dijalankan di beberapa Negara islam yang sekarang ini di lihat berjaya dan kadar jenayah mereka juga kurang jika dibandingkan dengan Negara Malaysia…
Tetapi adakah hukum ini adil dilaksanakan dalam Negara yang pelbagai agama dan kaum?
Kalau kita lihat sendiri perkataan adil itu ialah pertimbangan yang wajar atau berpatutuan, tidak memihak kepada mana-mana dan tidak dilakukan dengan sewenang-wenangnya.
Kalau kita lihat pula keadilan undang-undang, undang-undang itu dikenakan atau dikuatkuasakan ke atas semua orang secara sama rata tanpa dibezakan diantara yang kaya dengan yang miskin dan tanpa perbezaan warna kulit, bangsa dan agama, juga tanpa dibezakan ketinggian ilmunya…
Keadilan dari segi undang-undang juga bermaksud ia mestilah mendapat persetujuan setiap bangsa kerana sekiranya ada sesetengah pihak tidak bersetuju ia bermaksud tidak adil untuk dijalankan…

Riwayat Bukhari dan Muslim: Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: semua kaum adalah dari keturunan Adam dan Adam Hawa itu dari tanah, tidak ada kelebihan bagi orang Arab ke atas yang bukan Arab kecuali dengan sifat takwa.
Rasulullah juga bersabda yang bermaksud: Apa halnya dengan satu kumpulan yang memohon syufaat terhadap kesalahan yang dilakukan terhadap Allah, sesungguhnya orang yang terdahulu daripada kamu binasa disebabkan mereka apabila seseorang bangsawan di antara mereka mencuri, maka dia dibiarkan tanpa dihukum, tetapi apabila orang lemah melakukanya, maka ia dikenakan hukuman keatasnya. Demi Allah, kiranya Fatimah Binti Muhammad mencuri, maka aku akan potong tangannya.
Dalam pengurusan undang-undang yang di bawa oleh Rasulullah, Baginda amat tegas dalam sistemnya dan baginda tidak membezakan sesorang itu bila berhadapan dengan undang-undang.
Apabila kita balik kembali pada dasar kepelbagaian kaum, adakah hukum hudud boleh diterima untuk dilaksanakan dalam Malaysia?
Bagi saya, sebagai umat islam dan orang melayu, saya menerima baik cadangan hukum hudud ini sebagai undang-undang Negara dan saya rasa ia relevan kepada Negara islam. Bukan sahaja kepada islam tetapi ia adil kepada agama dan kaum lain.
Tetapi ini hanya pandangan saya sebagai umat islam yang agama, bangsa dan negara sebagai tunggak utama perjuangan saya...
Kita kena ingat bahawa kita kena dapat pandangan ahli anggota negara kita yang wakil kepada kaum lain untuk persoalan yang bangkit tentang hukun hudud ini...
Saya juga harap agar isu hukum hudud yang mulia dipandang oleh umat islam di seluruh dunia ini tidak dijadikan isu politik dan menjadikan ia sebagai satu media dan jalan untuk mendapat kepentingan peribadi semata-mata.
Terima kasih... Salam...
Monday, December 22, 2008
MELAYU MUDAH LUPA…


Kalau kita lihat tajuk post saya kali ini, pasti anda masih ingat dengan ungkapan mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau telah banyak berjasa kepada agama, bangsa dan Negara kita tetapi ada pihak yang memburukkan namanya di mata rakyat dan pemimpin Negara asing dengan membawa cerita fitnah demi kepentingan diri sendiri…
Tetapi bukan PM kita yang ke-4 ini yang ingin saya kongsikan tetapi tentang orang melayu sekarang ini yang sudah lupa akan agama dan bangsanya…
Apa kata kita lihat pemimpin Melayu,
Sekarang ada pemimpin Melayu yang cuba untuk menjatuhkan bangsanya sendiri.. kalau kita lihat KETUANAN MELAYU yang ada dalam perlembagaan pada hari ini ingin diubah menjadi “ketuanan rakyat”. Dan pada hari ini ia menjadi perjuangan ‘pembelot’ orang MELAYU demi kepentingan peribadi.
Begitu juga dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang tujuan nya untuk merapatkan jurang ekonomi antara kaum di Malaysia ini dan pada masa yang sama menjadi tongkat yang memajukan bangsa Melayu. Kini dasar ini ditentang oleh pemimpin Melayu dan konco2 nya yang dikatakan tidak boleh ada perbezaan antara kaum sedangkan beliau tidak sedar sekiranya tiada dasar ini, bangsa nya akan ketinggalan berbanding dengan kaum lain…
Kita lihat pula dari sudut rakyat Melayu,
Perjuangan yang dibawa oleh pembelot bangsa ini telah disokong oleh sesetengah rakyat yang juga berbangsa melayu yang pada hari ini kita lihat seperti terlalu taksub terhadap pemimpin melayu yang belot ini…
Sedangkan nasib dan hak mereka tidak diperjuangkan dan dipertahankan pun… Malah mereka akan jatuh dan terpaksa tunduk dengan tuntutan bangsa dan kaum lain.
Mereka ini perlu faham dan bersyukur dengan dasar prinsip ‘KETUANAN MELAYU’ dan DEB ini kerana mereka maju juga atas prinsip dan dasar ini. Tetapi mereka ini menyokong pula pembelot MELAYU itu…
Untuk mengajak anda semua berfikir dan merevolusikan diri demi agama, bangsa dan negara, saya ingin membawa anda kepada satu sajak yang dikarang sendiri oleh Tun Dr Mahathir iaitu "MELAYU MUDAH LUPA"
MELAYU MUDAH LUPA…
Melayu mudah lupa,
Melayu mudah lupa,
Melayu mudah lupa…
Dulu bangsanya dipijak,
Melayu mudah lupa.
Dulu bangsanya retak,
Melayu mudah lupa.
Dulu bangsanya teriak,
Melayu mudah lupa.
Dulu bangsanya haprak,
Melayu mudah lupa.
Dulu bangsanya kelas dua,
Melayu mudah lupa.
Dulu bangsanya hina,
Melayu mudah lupa.
Dulu bangsanya sengketa,
Melayu mudah lupa.
Dulu bangsanya derita,
Melayu mudah lupa.
Dulu bangsanya kerdil,
Melayu mudah lupa.
Dulu bangsanya terpencil,
Melayu mudah lupa.
Tiada daulat,
Tiada maruah,
Tiada bebas.
Melayu mudah lupa,
Melayu mudah lupa,
Melayu mudah lupa.
Sejarah bangsanya yang lena,
Tanah lahirnya yang merekah berdarah.
Ingatlah,
Ingatlah,
Ingatlah.
Wahai bangsaku,
Jangan mudah lupa lagi,
Kerana perjuanganmu belum selesai...
Oleh itu marilah kita bersama-sama merevolusikan diri dan pemikiran serta mempertahankan agama, bangsa MELAYU dan negara daripada dijajah kembali dan dimusnahkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab terhadap agama dan bangsanya sendiri...
Terima kasih... salam...
Friday, December 19, 2008
PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI 2009
Post saya kali ini saya ingin menyentuh sedikit tentang ekonomi Malaysia...
Sebelum ini kerajaan yang ada pada hari ini telah melakukan sedikit penjimatan daripada subsidi minyak sebanyak RM 7 billion...
Tetapi usaha kerajaan dipandang serong dan dianggap membebankan rakyat. Tambahan pula ada pihak yang tidak bertanggungjawab dan tidak faham apa yang cuba dilakukan oleh kerajaan. Pada masa yang sama, mereka yang cuba mempengaruhi pemikiran rakyat ini sebenarnya ingin membuat rakyat melakukan satu pemberontakkan yang membolehkan pihak yang tidak bertanggungjawab ini meneruskan agenda mereka yang hanya membawa kepentingan kepada diri mereka sendiri tetapi bukan untuk rakyat…
Siapa agaknya yang saya maksudkan???
Sudah pasti lah mereka yang selama ini mengimpikan untuk menjadi pentadbir di Negara kita ini dan mereka ini juga mahu kerajaan sekarang yang hari ini telah selama 51 tahun berjasa serta memajukan Malaysia jatuh agar mereka dapat mengambil alih kerajaan…
Cukuplah setakat ini sahaja saya mengulas tentang orang yang tidak bertanggungjawab ini kerana saya yakin bahawa anda semua tahu siapa mereka…
Berbalik kepada penjimatan subsidi minyak,
Sebenarnya penjimatan ini dapat memberi kebaikan dan bantuan kepada rakyat tetapi dari sektor yang lain bukan dalam aspek minyak…
Penjimatan ini diagihkan dalam pelbagai sektor termasuklah pendidikan, perumahan dan lain-lain…
Agihan Peruntukan Daripada Penjimatan Subsidi Minyak
1. RM 1.2 billion bagi pembinaan kos rendah dan sederhana.
2. RM 500 juta bagi menarik taraf, membaik pulih dan menyelenggara balai dan kuarters polis serta kem dan kuarters tentera.
3. RM 600 juta bagi projek2 kecil di bawah program Penyelenggaraan Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS).
4. RM 500 juta untuk tujuan menyelenggara dan membaik pulih kemudahan awam (sekolah, jalan raya, hospital dll).
5. RM 500 juta untuk membina, menaik taraf jalan2 raya di luar bandar, jalan2 kampung dan pertanian termasuk di Sabah dan Sarawak.
6. RM 200 juta bantuan untuk Sekolah Agama, Sekolah Mubaligh, Sekolah Cina dan Tamil
7. RM 300 juta untuk Dana Program Latihan.
8. RM 500 juta penyelenggaraan dan menaik taraf pengangkutan jalan.
9. RM 1.5 billion untuk Dana Pelaburan bagi menarik pelaburan swasta.
10. RM 400 juta untuk mempercepatkan pelaksanaan Projek Jalar Lebar Berkelajuan Tinggi.
11. RM 200 juta bagi program pembangunan modal insan.
12. RM 100 juta bagi program Pembangunan Belia pelbagai kaum.
13. RM 200 juta bagi pemulihan Projek Rumah Terbengkalai.
14. RM 100 juta pembangunan pekan kecil terpilih
15. RM 200 juta bagi program Permata Negara dan Para-sekolah.
Selain itu, kerajaan juga ada menyediakan pelbagai insentif tambahan untuk rakyat, penjawat awam, petani, golongan miskin dan perumahan…
Adakah ini yang dikatakan bahawa kerajaan Sekarang tidak pandai menguruskan ekonomi negara sepertimana yang diuar-uarkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab ini kepada rakyat. Bukan sahaja beliau kata kerajaan tidak pandai uruskan ekonomi kepada rakyat bahkan juga kepada negara luar. Bagus Sangat ke mereka ini menguruskan ekonomi negara?
Saya bawa isu ini supaya rakyat dapat berfikir sendiri dan jangan mudah terpengaruh dengan pihak2 yang tidak bertanggungjawab ini…
Terima kasih… Salam…
Wednesday, December 17, 2008
BUSH VS KASUT TERBANG...
Saya ingin membawa anda semua lihat satu adegan yang tak disangka oleh George W. Bush...
Perkara ini menjadi isu yang hangat diperkatakan terutamanya di Iraq sendiri..
Layakkah beliau mendapat penghinaan seperti ini? Patutkah wartawan itu membuat demikian?
Itu semua atas tafsiran anda semua...
Monday, December 15, 2008
RUKUN NEGARA : RINGKAS, PADAT, LENGKAP..
Disebabkan timbulnya beberapa isu panas tentang ketuanan melayu, bahasa kebangsaan dan raja2 melayu baru2 ini, jadi saya ingin bawa anda kepada satu huraian ringkas tentang RUKUN NEGARA.. Saya harap artikel ini dapat membuat anda terfikir sejenak dan dapat anda menilai sendiri isu2 yang telah dibawa oleh pihak2 tertentu yang tidak bertanggungjawab ini...
1. Kepercayaan kepada tuhan
Bangsa dan negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada tuhan. Sesungguhnya dengan nama tuhanlah bangsa dan Negara ini wujud sebagai sebuah bangsa dan Negara yang berdaulat. Islam adalah agama rasmi Persekutuan. Agama2 dan kepercayaan2 lain juga boleh diamalkan dengan aman da tenteram. Tindakan membeza-bezakan seseorang atas alasan agama adalah dilarang.
2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara. Sistem Beraja juga diamalkan di setiap negeri dan Yang di-Pertua bagi negeri2 yang tidak ada raja. Prinsip ini menunjukkan setiap warganegara perlu menumpukan sepenuh taatsetia, jujur, dan ikhlas kepada Ketua Negara kita.
3. Keluhuran perlembagaan
Perlembagaan Negara memberi perlindungan kepada setiap anggota masyarakat Negara ini dari segi melindungi hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Perlembagaan juga meletakkan tanggungjawab2 dan kewajipan2 warganegara yang mendukungnya. Sejajar dengan itu, setiap warganegara harus menghormati, menghargai, dan memahami maksud dan latar belakang penggubalannya bagi memastikan Malaysia terus aman, makmur dan maju. Disebabkan perlembagaan digubal berdasarkan kesepakatan semua kaum dan pihak Negara ini. Jesteru, tidak ada sesiapa pun yang boleh mempertikaikan dan mempersoalkan tentang setiap kandungan Perlaembagaan Negara.
4. Kedaulatan Undang-Undang
Perlembagaan merupakan undang2 tertinggi dalam Malaysia. Kepatuhan kepada undang2 Negara mampu menjamin keharmonian masyarakat dan keselamatan Negara juga lebih terjamin. Oleh itu, setiap rakyat mesti patuh kepada undang2 agar keselamatan Negara terus terjamin dan usaha2 pembangunan dari semua aspek dapat dijalankan dengan lancar. Rakyat memang mempunyai kebebasan untuk bersuara tetapi perlu ingat kita masih tertakluk kepada undang2.
5. Kesopanan dan kesusilaan
Prinsip ini memberi penekanan kepada peri pentingnya personality dantingkah laku seseorang dalam menggambarkan kebudayaan rakyat Negara ini. Sifat sopan-santun dan tatasusila adalah penting dalam konteks perhubungan masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia. Bahasa yang lembut dan tingkah laku yang sopan dapat menjamin hubungan yang harmoni dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Pembentukan individu yang berdisiplin dan berhemah dapat menjamin kewujudan sebuah masyarakat yang saling berinteraksi dalam suasana yang bersatu padu dan aman.
Thursday, December 11, 2008
Peristiwa 13 Mei 1969
Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di
Isu perkauman dalam pilihan raya 1969
Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.
Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah kehilangan majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.
Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.
Pembangkang meraikan kemenangan
Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.
Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.
Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.
Perarakan kematian Cina
Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.
Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang,
Rumah Menteri Besar Selangor
UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.
Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru,
Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor.
4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar
Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar
Rejimen Renjer
Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orang Melayu, Iban,
Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.
Askar Melayu
Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.
Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah. Konon ada rakaman televisyen, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.
Panggung Odeon
Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang.
Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar .
Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.
Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.
Ada 4 kiai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang dan memenggal kepala orang Cina.
Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tidak ada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM.
Ada yang menyifatkan bahawa pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan "politik" dan bukannya perkauman. Kerana sebelum itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri Melayu seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya hari ini tiada lagi orang Cina di negeri-negeri tersebut kerana habis dibunuh.
Kesimpulannya, pergaduhan ini bukanlah rusuhan perkauman, kerana ia hanya terjadi selepas pilihanraya (perbezaan politik) dan hanya melibatkan orang-orang Melayu dan Cina di Kuala Lumpur sahaja.
Angka korban
Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai 2,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei.
Di mana Tunku?
Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana.
6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969.
Mageran
Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan Mageran dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak. Parlimen dibubarkan.
Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh orang Melayu dan
Keadaan akhirnya dapat dikawal dan beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara telah diciptakan.
Ternyata langkah Tunku Abdul Rahman penyingkiran Singapura dari
Tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi kemenangan 2/3 semula kepada kerajaan yang memerintah. Barisan Nasional dibentuk. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibentuk bagi mengurangkan pengundi Cina dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. Beberapa ahli politik yang dianggap berbahaya telah ditahan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Persempadanan pilihan raya yang lebih bijaksana dan seimbang telah dilaksanakan. Sistem demokrasi, pilihan raya dan agihan kek ekonomi (hak-hak keistimewaan bumiputera) mendapat tafsiran semula.
RESOLUSI BPN
REVO
- The Revolution
- "MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MEREVOLUSIKAN DIRI DAN PEMIKIRAN UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN YANG DIIMPIKAN DEMI MEMBELA ISLAM, MELAYU DAN NEGARA."
REVO'S CONTACTS

Create Your Badge
Salam...
Sebarang teguran, idea dan pendapat, anda boleh hantar ke email saya :
therevolution_revo@yahoo.com
PESANAN BUAT SEMUA
Kepada pembaca yang dihormati,
Sebarang comment yang ditinggalkan di sini mestilah tidak menggunakan kata-kata yang kesat...
Penggunaan bahasa itu perlulah menjaga sensitiviti orang MELAYU...
Saya berhak untuk membuang sebarang komen yang umpama sampah ini tidak kira dari siapa sekalipun comment itu...
Kebarangkalian komen daripada ANONYMOUS lebih besar untuk dibuang...
Tetapi hanya yang tidak beretika sahaja akan dibuang...
AHLI-AHLI BPN
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Suara bebas1 week ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Good Luck...7 months ago
-
Dunia Yang Pelik7 months ago
-
-
-
-
-
HOT! PEMENANG PROGRAM REALITI SIAR GAMBAR TERLANJANG DI TWITTER!9 months ago
-
-
-
pemikirgenerasix11 months ago
-
permaidanidunia11 months ago
-
-
-
Fitnah Vs Kebenaran.1 year ago
-
2 Tahun Sudah Berlalu1 year ago
-
RM19K sebulan.....1 year ago
-
-
-
-
Khalid Samad vs Mahfuz Omar1 year ago
-
-
-
zakiah anas berita panas2 years ago
-
-
-
Mana dia KABINET BAYANGAN pakatan rakyat?2 years ago
-
-
-
-
HIDUP KADANG DI BAWAH KADANG DI ATAS3 years ago
-
One Day..3 years ago
-
-
Dato Mustapha Mohamed3 years ago
-
-
-
-
-
Matlamat DAP yang merbahaya4 years ago
-
Owh....padanlaaa PR Perak tumbang.4 years ago

