Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;

(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).
~surah AN-NISA' ayat 138-139~

TRANSLATOR

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Monday, January 19, 2009

SURAT TERBUKA KEPADA TUN MAHATHIR

Salam untuk semua...



Harap semua ahli BPN dapat siarkan artikel ini di blog masing masing bagi membolehkan KITA MENDESAK agar Tun Mahathir ( bekas Presiden UMNO ) membuang yang keruh, ambil yang jernih dan kembali memberi sokongan kepada UMNO/BN.

Lebih lebih di bawah bakal PM Malaysia Ke-6 Datuk Seri Najib Tun Razak bulan Mac nanti .. ..
Agar kekuatan Melayu Islam akan kembali kuat bagi menghadapi lawan yang semakin gigih berusaha menjatuhkan pembela agama bangsa kita sejak sekian lama dengan fitnah dan tipudaya....

Ayuhlah sahabat demi melihat bangsa kita tidak lagi diusir di bumi sendiri angkara bersengketa sesama mereka...



Tajuk : TUN MAHATHIR HARUS BUANG YANG KERUH




1. DI Kuala Terengganu, petunjuk yg boleh menyenangkan hati ialah BN masih disokong oleh 30,200 pengundi bermakna BN masih relevan.

2. Kemenangan PAS masih merupakan sambungan tsunami politik PRU12, menunjukkan pembangkang masih beruntung kerana trend itu masih berterusan.

3. Tun Mahathir tidak sepatutnya menutup pintu untuk membantu BN hanya kerana tidak bersetuju dengan Pak Lah atas beberapa perkara, kerana sebagai PM Pak Lah sudah pasti mempunyai reason untuk meneruskan atau membatalkan satu-satu dasar untuk kepentingan negara. Perkara ini pun dilakukan Tun pada ketika dia sbg PM.

4. Tun M dikenali kerana semangat nasionalismenya yg kuat kpd bangsa Melayu & tanah air, namun dalam konteks UMNO Tun telah silap apabila tidak menyokong UMNO sepenuhnya semasa PRU12 dan PRK Permatang Pau & terbaru KTerengganu.

5. Jika Pak Lah seorg yg pendendam, sudah pasti Mukhriz tidak jadi Ahli Parlimen, malah sudah pasti Mukhriz akan digantung keahliannya kerana menulis surat yg tidak patut kpd Presiden.

6. Tunku dahulu tidak mengambil masa lama untuk memecat Tun Mahathir akan perkara yg sama.

7. Maka itu, jika Tun memang benar2lah sayangkan bangsa Melayu, maka Tun perlu membuang egonya.

8. Jika Tun dalam usia 84 masih sanggup terbang ke Kuwait untuk membantu rakyat Palestin, mengapa tidak kepada orang Melayu & UMNO yg pernah dipimpinnya dan yg meletakkannya ke mercu tanda.

9. Penulis berharap Tun berbaiklah semula dengan Pak Lah, janganlah memberi syarat untuk membantu UMNO dan orang Melayu, jika tidak penulis percaya tidak mustahil PRU13 Perdana Menteri Malaysia terpaksa dipilih dalam kalangan MP DAP!

10. Ia tidak mustahil, dahulu di Singapura ada 3 Kerusi MP UMNO, akhirnya PAP berjaya leraikan, mansuhkan dan tutup sama sekali peluang UMNO & Melayu di Singapura.

* ARTIKEL INI HASIL KIRIMAN SESEORANG YANG SAYANGKAN AGAMA BANGSA DAN NEGARANYA...



Harapan dan pendapat REVO
,
Sebenarnya, saya cukup kagum dengan kebijaksanaan Tun Dr Mahathir dalam mentadbir negara tetapi saya harap Tun dapat meneruskan peranan yang Tun lakukan selama ini demi anak bangsa tidak ketinggalan lagi...
Janganlah disebabkan seorang, seluruh rakyat mendapat padah...


Saya rasa Tun masih Ingat dengan sajak Tun yang bertajuk 'MELAYU MUDAH LUPA' dan 'PERJUANGAN BELUM SELESAI'.
Ingatlah bahawa perjuangan kita masih belum selesai kerana masih ramai lagi anak bangsa kita yang tidak terbela nasibnya...
Dan janganlah kita mudah lupa yang kita masih berada di bawah berbanding dengan kaum yang lain...


Dengan ini, saya meminta Tun dengan kebijaksanaannya dan jasanya selama ini, beliau dapat membuang yang keruh dan marilah kita bersama-sama mempertingkatkan ISLAM dan MELAYU agar anak bangsa kita terus maju dan tidak tertindas serta mundur di tanah sendiri....

10 comments:

politik-kampong said...

Saudara,
Pada dasarnya saya bersetuju dan menyokong. Bagaimanapun seruan ini tidak hanya dituju kepada TDM, ianya harus dituju juga kepada PL. Sebagai mantan PM beliau ada harga diri untuk tidak tunduk kepada PM sekarang. Saya rasa tindakan ini harus diambil oleh PL dan kita yang harus mendesaknya untuk memujuk TDM.

Soal Dato' Mukhriz, saya nampak pencalonannya pun bukan dibuat dengan ihklas. Kenapa Mukhriz diletakkan ditempat yang kemungkinan besar untuk kalah? Jika TDM dan Dtn Siti Hasmah tidak turun kempen tentunya kalah - Pencalonan yang tidak ikhlas. Kenapa tidak letak di langkawi untuk menang mudah seperti Khairy. PL tidak ihklas dan tidak jujur - ini persepsi saya.

Bagaimanapun, usaha ini sgt saya alui-alukan moga ianya akan berjaya demi UMNO dan bangsa melayu. PL harus tundukkan egonya. Jangan lagi BODOH SOMBONG.

the revolution said...

Salam untuk semua...

Sebelum itu saya ucapkan terima kasih kepada POLITIK KAMPONG yang bagi komen tu...

Sebenarnya apa yang dikatakan tentang Tun Dr Mahathir tentang K.Terengganu itu ada benarnya dan ada yang saya sokong...
Tetapi tidak perlulah diuar-uarkan kepada media dan cukup sekadar dalam parti kerana ini boleh menjatuhkan parti itu...
Kalau Tun masih ada semangat untuk membantu anak bangsa sudah pasti Tun tidak menjatuhkan satu-satunya parti yang membela anak bangsanya...

Tentang ,asalah yang ditimbulkan oleh saudara tentang harga diri TDM sebenarnya tidak releven pun kerana dia sendiri tahu harga diri beliau bukan kepada PM sekarang...
Harga diri beliau ditentukan oleh beliau... Kalau beliau dapat kukuh kan lagi parti yang memperjuangkan anak bangsa nya, ISLAM dan MELAYU, barulah harga dirinya tidak tercemar...
Sebab itu saya katakan, jangan disebabkan seorang, rakyat yang mendapat padah dan jangan disebabkan seorang parti berpecah-belah...

Saya bukanlah orang kuat PAk LAh tetapi ini satu pandangan saya kerana ISLAM , MELAYU dan NEGARA menjadi tunggak utama saya...
Saya tidak mahu disebabkan konflik antara pemimpin negara, ummat ISLAM, orang MELAYU menjadi mundur dan dipandang rendah...

Kita boleh ubah perkara seperti ini...
Bukan Pak Lah sahaja yang ada ego tetapi Tun juga ada egonya sebab itu lah mereka tidak sepakat...

Saya athu 'POLITIK KAMPONG' ini merupakan orang kuat TDM tetapi apa yang boleh kita tegur dan nasihat, kita jalankan tugas kita...
Saya yakin Tun tidak mahu kihat anak bangsanya tertindas dan mundur di tanah sendiri...

Terima kasih... Salam...

GOMO said...

PADA SAYA APA YANG TUN TERANGKAN DAN WARKAN DALAM MEDIA MASA DAN CETAK AKAN KEBURUKAN PAKLAH ADALAH AMAT BERTEPATAN DENGAN RAKYAT. RAKYAT SUDAH LAMA MEMENDAM AKAN HAL INI. BILA TUN MENYUARAKAN SECARA TERBUKA AKAN PENDIRIAANYA TERHADAP KEPIMPINAN PAK LAH MAKA RAKYAT JUGA TURUT SAMA DALAM HAL INI.

BIARPUN DIANGGAP SALAH SATU FAKTOR KEKALAHAN BN PADA PILIHANRAYA YANG LEPAS, PERMATANG PAUH DAN K.T. NAMUN TUJUAN TUN AMATLAH BAIK BAGI MEMINGGIRKAN KEEGOAN PAK LAH DAN KERONINYA.

TUN TAHU APA YANG DIBUAT DAN SEMEMANGNYA MEREKA AHLI POLITIK INI TAHU AKAN KISAH DISEBALIK TABIR!!!

USAHA BAGI MEMUJUK TUN BAGI KEMBALI KE UMNO AMATLAH BAGUS DAN DIALU-ALUKAN.
NAMUN SAYA BERHARAP AGAR TUN TERUS DUDUK DI LUAR SEHINGGA PAK LAH TURUN DARI KERUSI PM DAN PENGERUSI UMNO. SELEPAS ITU BARULAH TUN KEMBALI SEMULA KE DALAM UMNO.

PENENTANGAN TUN TERHADAP PAK LAH DAN KERONI-KERONINYA AMATLAH DISETUJUI OLEH RAMAI RAKYAT MALAYSIA.

SAYA PERCAYA TUN BERSAMA-SAMA NAJIB DAN PEMIMPIN UMNO YANG LAIN AKAN MEMBERI NAFAS BARU APABILA PAK LAH SUDAH TIADA DALAM UMNO KELAK!!!

Panglima Perang Cyber said...

Mungkin bulan Mac tempoh sesuai dan sekaranglah usaha sesuai utk kita pujuk Tun kembali...

mungkin ia akan berjaya jika kita fikiran DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA KITA..

atau jika tidak ia bermakna kita ada hati nak biarkan DAP perintah Malaysia.

itu saja.

Anonymous said...

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

SESUNGGUHNYA
TIDAK ADA YANG LEBIH MENYAYAT
DARI MELIHAT BANGSAKU DIJAJAH

TIDAK ADA YANG LEBIH MENYEDIHKAN
DARI MEMBIARKAN BANGSAKU DIHINA

AIR MATA TIADA ERTINYA
SEJARAH SILAM TIADA MAKNANYA
SEKIRANYA BANGSA TERCINTA TERPINGGIR
DIPERSENDA DAN DILUPAKAN

BUKAN KECIL LANGKAH WIRA BANGSA
PARA PEJUANG KEMERDEKAAN
BAGI MENEGAKKAN KEMULIAAN
DAN DARJAT BANGSA

SELANGKAH BERERTI MARA
MENGHARUNG SEJUTA DUGAAN

BIARKAN BERTATIH
ASALKAN LANGKAH ITU YAKIN DAN CERMAT
BAGI MEMASTIKAN NEGARA MERDEKA
DAN BANGSA TERPELIHARA

AIR MATA SENGSARA
MENGIRINGI SETIAP LANGKAH BAPA-BAPA KITA

TUGAS KITA BUKAN KECIL
KERANA MENGISI KEMERDEKAAN
RUPANYA LEBIH SUKAR DARI BERMANDI KERINGAT DAN DARAH MENUNTUTNYA

LAGI PULA
APALAH ERTI KEMERDEKAAN
KALAU BANGSAKU ASYIK MENGIA DAN MENIDAKKAN
MENGANGGUK DAN MEMBENARKAN
KERANA SEKALIPUN BANGGANYA NEGARA KERANA MAKMUR DEAN MEWAHNYA
BANGSAKU MASIH MELATA
DAN MEMINTA-MINTA DI NEGARANYA SENDIRI

BUKAN KECIL TUGAS KITA
MENERUSKAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN KITA
KERANA RUPANYA
SELAIN MEMERDEKAKAN
MENGISI KEMERDEKAAN ITU JAUH LEBIH SENGSARA

BANGSAKU BUKAN KECIL HATI DAN JIWANYA
BUKANKAH SEJAK ZAMAN BERZAMAN
MEREKA MENJADI PELAUT , PENGEMBARA
MALAH PENAKLUK TERKEMUKA

BUKANKAH MEREKA TELAH MENGEMBANGKAN SAYAP
MENJADI PEDAGANG DAN PENIAGA
SELAIN MENJADI ULAMA DAN ILMUAN TERBILANG

BUKANKAH BANGSAKU PERNAH MENGHARUNG SAMUDERA
MENJAJAH DUNIA YANG TIDAK DIKENAL

BUKANKAH MEREKA PERNAH MEJADI WIRA SERANTAU
YANG TIDAK MENGANAL ERTI TAKUT DAN KEMATIAN
DIMANAKAH SILAPNYA
HINGGA BANGSAKU BERASA BEGITU KECIL DAN RENDAH DIRI
APAKAH ANGKARA PENJAJAH

LALU BANGSAKU MULA MELUPAKAN
KEGEMILANGAN SILAM
DAN SEJARAH GEMILANG MEMBINA EMPAYAR

TUGAS KITA BELUM SELESAI RUPANYA BAGI
MEMARTABATKAN DAN MEMULIAKAN BANGSA
KERANA HANYA BANGSA YANG BERJAYA
AKAN SENTIASA DIHORMATI

RUPANYA MASIH JAUH DAN BERLIKU JALAN KITA
BUKAN SEKADAR MEMERDEKAKAN DAN MENGISINYA
TETAPI MENGANGKAT DARJAT DAN KEMULIAAN
BUAT SELAMA-LAMANYA

HARI INI, JALAN INI
PASTI SEMAKIN BERLIKU
KERANA MASA DEPAN BELUM TENTU MENJANJIKAN SYURGA BAGI MEREKA YANG LEMAH DAN MUDAH KECEWA

PERJUANGAN KITA BELUM SELESAI
KERANA HANYA YANG CEKAL DAN TABAH
DAPAT MEMBINA MERCU TANDA
BANGSANYA YANG BERJAYA



nukilan : TUN DR MAHATHIR MOHAMMAD.

Faizal Zakaria's Blog said...

sama2 bersatu :-)













Jom Sertai ‘UMNO Baru’ Dengan ‘Faizal’ :-)
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Terengganu Tetap Kubu Kuat Barisan Nasional
http://pro-faizal.blogspot.com
Idea Bernas Vs Loya Buruk ;-)
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

Laman Blog Baru >> http://Blog1Malaysia.blogspot.com

Anonymous said...

umno memang nk pupus dah..

x boleh nk diselamatkn dah..

maka itu j0m la kte rmai2 j0in PR..

jgn risau krne dasar2 kerajaan BN yg baek pasti diteruskn oleh kerajaan PR..

wasalam..

bERANIKAH nATI said...

Salam,
Saya setuju dengan politik kampung dan gomo. PL sebagai pemimpin dan berkuasa dalam UMNO dan TDM bahkan bukan lagi ahli Mungkin ada pendapat bahawa TDM tak relevenkepada UMNO tetapi sebaliknya bahawa kata-katanya benar dan PL salah dan kalah. TDM masih lagi releven sama ada didalam atau diluar UMNO. Yang tiada harga diri bukan TDM tetapi PL yang masih bodoh sombong tidak mengerti isyarat yang telah rakyat berikan.

Sdr revolution mangatakan bahawa TDM tidak tahu menghariai hargadirinya kepada PM PL, tetapi apakah PL tahu menghargai dirinya kepada TDM bekas mantan PM dan bahkan PL sempat bertanya siapakah TDM?

Bangsa melayu tercabar dan terhina dibawah PL tetapi bangsa melayu telah merasakan kebangaan semasa pemerintahaan TDM.

Maaf saudara. Perbezaan pendapat adalah biasa dalam kelompok besar. Tetapi kita akan tetap bersama kerana melay dan kerana UMNO. Saya bersetuju usul surat terbuka tetapi harus kepada PL bukan kepada TDM, atau kepada kedua-duanya sekali.

the revolution said...

Salam untuk semua...

nampaknya ada sedikit perbezaan dan tidak persefahaman antara masyarakat melayu tentang kepimpinan ini dan ia terbukti kalau kita lihat sendiri dalam post saya ini...
di mana kalau kita lihat bagaimana perbalahan berlaku antara orang berfahaman (orang kuat) Pak lah dan Tun...
Perkara ini memang biasa kerana setiap manusia mesti ada pengaruhnya...
Tetapi ini yang akan menjatuhkan kita...

saya tidak menafikan apa yang dikatakan oleh rakan saya yang diatas, berankah nati (beranikan hati) ini kerana memang benar antara penyebab orang melayu sekarang makin mundur dan orang melayu sekarang makin di pandang rendah adalah kerana Pemimpin teratas kita, Pak Lah...
Kita boleh lihat banyak perbezaan antara Tun dan Pak LAh dalam memimpin negara...

Tetapi apa yang menjadi masalahnya, jangan lah kita memburukkan lagi keadaan dan marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam memartabatkan anak bangsa kita...
Apa yang lebih penting, kerjasama antara pemimpin dan rakyat terutamanya orang melayu..
Kita mesti ada kata sepakat itu demi menjaga hak kita dan maruah kita...

sejarah sudah membuktikan kepada kita bahawa tanpa sepakat dan kerjasama, kita tidak akan berjaya...
Tidak perlulah kita lihat sejarah negara lain...
Kita ingat kembali bagaimana satu-satunya empayar melayu, Empayar Kesultanan Melayu Melaka, jatuh dan sekarang hilang segalanya...
Kenapa boleh berlaku seperti ini???
Jawapannya sudah pasti kerana tidak ada kerjasama antara pemimpin itu...
Jawapannya sudah pasti kerana pemimpin yang ingin menjatuhkan pemimpin antara satu sama lain...

Tetapi, saya yakin apabila Pak Lah melepaskan jawatannya pada Mac nanti, perkara seperti ini akan bersih dan tidak akan berlaku lagi...
Dan saya harap DS Najib dapat menjalankan tugas dengan sempurna apabila menjadi PM agar tiada lagi perkara seperti ini dan konflik antara pemimpin berlaku...

Saya yakin kerana konflik antara pemimpin ini lah yang menyebabkan sesuatu kerajaan itu jatuh...
Kalau ISLAM, MELAYU menjadi tunggak perjuangan kita bersama, saya pasti kita mampu untuk berkerjasama antara satu sama lain demi anak bangsa kita...

Terima kasih... salam...
SELAMAT BERJUANG....

amirhamzah64 said...

Salam,

PL dan TDM berkrisis bermula daripada isu 'Jambatan Bengkok'. Kita tidak tahu apakah 'perjanjian' mereka berdua.

Jarang benar, manusia bertelingkah kerana prinsip tetapi prinsip selalunya dijadikan alasan untuk berkrisis.

Selalunya manusia berkrisis kerana KUASA , HARTA DAN WANITA.

Rakyat Malaysia sekarang sangat terdedah dengan pelbagai sumber. Namun begitu, disebabkan kita mendapat sumber itu bukan daripada sumber pertama, kita amat terdedah dengan andaian-andaian. Kita harus bijak memilih andaian atau fakta.

Saya menyokong usaha saudara menyeru umat Melayu mendesak Pemimpin Melayu supaya mengurangkan 'politiking'. Kembalikan semangat perpaduan 1946 iaitu semangat kebangkitan umat Melayu yang ikhlas, suci dan luhur.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

width='450';height='350';frameborder='0';scrolling='no';marginheight='0'; marginwidth='0';allowtransparency='true';src='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara/embed?;fgcolor=6699cc;bgcolor=ffffff;textbgcolor=ffffff;textfgcolor=000000;sound=1;border=1;w=$0;'>
style='width:450px;text-align:center;'> href='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara'style='color:#0000FF;'>Bloggers Pembela Negara-Fullscreen ====================================================================================== -->
REVOLUSI © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates