Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;

(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).
~surah AN-NISA' ayat 138-139~

TRANSLATOR

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Tuesday, February 24, 2009

APA COMMENT PAS???

Salam buat semua...
Salam hormat...



Berita terbaru tentang negeri di bawah pimpinan pembangkang, Pakatan Rakyat, ialah tentang Penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama yang diwujudkan kerajaan PR di P.Pinang dan majlis ini dianggap menghina ISLAM oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang kerana menyamakan ISLAM dengan agama lain...

Saya bawakan penulisan akhbar utusan:
---------------------------------------------------------------------
Oleh HASNURUL MOHAMED
utusanpenang@utusan.com.my

NIBONG TEBAL 23 Feb. – Penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama oleh kerajaan negeri Pulau Pinang mesti dihentikan kerana ia meletakkan Islam sama taraf dengan agama-agama lain.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Shabudin Yahaya berkata, cubaan menyamakan Islam dengan fahaman agama lain ternyata menghina Islam dan tindakan seperti itu mesti dihentikan.

Katanya, MAINPP berasa cukup tersinggung apabila ada beberapa ahli jawatankuasa (AJK) majlis tersebut terdiri daripada orang Melayu.

‘‘Saya difahamkan ada tiga orang AJK Melayu beragama Islam duduk dalam majlis tersebut yang kononnya mahu menuntut kesamarataan agama.
selanjutnya..
----------------------------------------------------------------
REVO:



Apa pula comment PAS???
Takkan lah masih hendak berdiam diri???
Mana perjuangan ISLAM anda???
Mana pergi perjuang2 ISLAM PAS???



Mana pergi Haji Hadi???
Takkanlah maasih nak tidur lagi???
Bangunlah perjuangkan apa yang dijanjikan sejak dulu lagi...

Kalau bangsa yang ingin disamatarafkan, itu masih boleh dipertimbangkan dan memang tidak salah untuk setarafkan darjat bangsa itu...
Tetapi bila sudah ISLAM yang ingin disamatarafkan,
ini sudah melampau dan biadap...

Saya risau sekiranya satu hari nanti, ISLAM tidak menjadi agama rasmi negara kita, MALAYSIA..

Perkara ini boleh berlaku dan jangan terkejut bila perkara ini berlaku kerana kalau tiada pemimpin yang betul-betul memperjuangkan ISLAM, maka jadilah begini...
Kalau mulut sahaja cakap nak perjuangkan ISLAM tetapi tangan tak jalan dan hati kita tak semaikan dengan perjuangan itu, perjuangan apa macam tu???

Marilah kita bersama-sama mempertahankan ISLAM agar ISLAM tidak terus dihina dan dipandang rendah oleh masyarakat bukan ISLAM...
Jangan sampai ISLAM sudah jatuh dekat MALAYSIA ni, baru kita nak sedar...
Jangan sudah terhantuk, baru nak terngadah...

Sedarlah wahai ummat ISLAM, ISLAM akan terus cuba dijatuhkan sekiranya kita tidak mempertahankannya...

Terima kasih... Salam...
SELAMAT BERJUANG...

2 comments:

Taminsari said...

Salam..

Saya berpendapat hal-hal yang sebegini mungkin PAS tidak akan ambil peduli kerana ada hal yang lebih besar dimana Dewan Ulama PAS sudah memberi lampu hijau. Yang saya maksudkan adalah apabila penggunaan Bahasa Malaysia dan khalimah Allah dipersetujui oleh Dewan Ulama Pas kepada pihak Kristian ( Gereja ).

Tidak Salah Penganut Kristian Guna Kalimah ALLAH – Dewan Ulamak PAS Pusat

Ditulis oleh Harakah , Thursday, 03 January 2008, Oleh: Azamin Amin

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, YB Dato' Ustaz Haji Mohamed Daud Al-Iraqi menjelaskan, tidak menjadi kesalahan kepada penganut Kristian dan Yahudi menggunakan kalimah 'Allah' malah ia sering digunakan oleh umat Krristian dan Yahudi sejak dari dahulu.

"Cuma jika Allah itu dikaitkan dengan perbuatan dan pemujaan syirik seperti mendua atau mentigakan Tuhan, itu adalah bertentangan dengan agama dan syarak dan dilarang umat Islam mengikut serta; tetapi jika mereka merujuk Tuhan yang sama tidak mengapa," katanya ketika dihubungi Harakah.

Kontroversi berhubung penggunaan kalimah 'Allah' timbul apabila akhbar rasmi Gereja Katolik Malaysia, Herald The Catholic Weekly menggunakan perkataan 'Allah' bagi merujuk kepada 'God' dalam seksyen bahasa Melayu akhbar tersebut.

Pemilik akhbar itu juga menghadapi masalah untuk memperbaharui permit penerbitannya akibat isu tersebut.

Menurut Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato' Johari Baharom, keputusan itu dibuat berasaskan 'kepada satu laporan yang dikemukakan kepada Bahagian Kawalan Penerbitan kementerian berkenaan.

"Herald boleh guna perkataan lain tetapi bukannya 'Allah'; itu akan mengelirukan orang ramai," Johari dipetik sebagai berkata.

Mengulas lanjut, Dato’ Mohamed berkata, ayat-ayat al-Quran turut menyatakan bahawa orang bukan Islam juga memperakui keesaan dan penciptaan dunia oleh Allah SWT termasuk menyebut kalimah Allah.

Dalam pada itu, beliau menegaskan jika akhbar Herald mempunyai agenda tertentu seperti mengelirukan orang ramai bahawa Allah juga meredai agama mereka, maka itu adalah dilarang.

Menurutnya, Islam mengakui Kristian dan Yahudi adalah agama langit (samawi) tetapi setelah Islam dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w., ajarannya memansuhkan agama-agama samawi sebelumnya.

Akhbar terbabit sebelum ini pernah menyelitkan sebuah rencana di seksyen bahasa Melayu pada Mei lalu di bawah tajuk "Kasih Allah: Tidak membeza-bezakan" di muka surat 23 yang dilihat cuba mempengaruhi orang Melayu yang beragama Islam terutama golongan remaja.

Herald diterbitkan oleh The Archbishop of Kuala Lumpur bagi pihak The Bishops of Peninsular Malaysia, yang beralamat di Petaling Jaya.

Sumber: http://ulamak.pas.org.my/

Jadi saya tidak hairan jika PAS akan " pejamkan mata " bila hak kesamarataan ugama ini dibahaskan.
Wallahuallam.

Salam perjuangan..

orang dekat istana said...

PAS dah lari terlalu jauh daripada ideologi mereka.......mudah sangat terpengaruh dengan DAP

width='450';height='350';frameborder='0';scrolling='no';marginheight='0'; marginwidth='0';allowtransparency='true';src='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara/embed?;fgcolor=6699cc;bgcolor=ffffff;textbgcolor=ffffff;textfgcolor=000000;sound=1;border=1;w=$0;'>
style='width:450px;text-align:center;'> href='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara'style='color:#0000FF;'>Bloggers Pembela Negara-Fullscreen ====================================================================================== -->
REVOLUSI © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates