Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;

(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).
~surah AN-NISA' ayat 138-139~

TRANSLATOR

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Wednesday, February 4, 2009

SISTEM BARTER: 1 PARLIMEN TUKAR DENGAN 1 NEGERI !!!

Salam buat semua...

Syukur kepada ALLAH,
Tahniah kepada BN....

Ujian Allah selama 11 bulan kepada Pakatan Rakyat dalam mentadbir Negeri Perak telah selesai dan mereka gagal dalam ujian Allah ini....



Kini, kerajaan negeri Perak telah diambil alih oleh Barisan Nasional kerana PR hilang mojoriti dalam jumlah ADUN atas sebab 4 ADUN mereka keluar parti...

Dengan ini saya sediakan penulisan akhbar daripada UTUSAN:

---------------------------------------------------------------------------
PUTRAJAYA 4 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan baru di Perak dengan kelebihan majoriti tiga kerusi.

Ini berikutan keputusan tiga calon Bebas iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi, Mohd. Osman Jailu, Hee Yit Foong yang telah menghantar surat kepada Sultan Perak semalam mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Perak dan menyatakan sokongan kepada BN.

Datuk Nasharuddin Hashim yang keluar BN Sabtu lalu turut mengumumkan kembali kepada UMNO.

Dengan pengumuman itu, BN kini memiliki 31 kerusi berbanding PKR sebanyak 28 kerusi.

Menurut Najib, Jamaluddin, Mohd. Osman dan Yit Foong masih kekal sebagai wakil rakyat Bebas tetapi akan memberi sokongan kepada BN dalam sidang DUN termasuk sesiapa sahaja yang bakal dilantik Menteri Besar Perak.

Najib berkata, beliau akan mengadap Sultan Perak dalam masa terdekat bagi memaklumkan perkara itu. - Utusan
------------------------------------------------------------------------

REVO:
Akhirnya kerajaan yang banyak memberi masalah kepada rakyat ini telah jatuh dan diambil alih oleh BN...



Apakah yang menjadi sebab dan punca berlakunya perkara ini????
Isu-isu ini yang mungkin menjadi puncanya:

1. Isu hak milik tanah.
2. Isu penindasan kanak-kanak tadika.
3. Isu konflik Menteri Besar dan Sultan.
4. Isu masalah ADUN.
5. Isu lompat parti.
6. Penipuan surat perletakan jawatan.
7. Isu berpaling tadah pada pilihan rakyat.
8. Perasaan takbur dan riak sebahagian pemimpin dan penyokong PR apabila menang di Pematang Pauh dan Kuala Terengganu...

Sekiranya ada lagi isu yang saya tertinggal, sila comment dan tambah lagi isu itu...

Inilah yang kerajaan pusat tunggukan dan saya harap BN dapat melakukan lebih baik daripada apa yang telah dilakukan oleh Pakatan Rapuh (PR) di Perak ini....

Persoalannya,
Apa kata Anwar???
Apa kata Nik Aziz???
Adakah UMNO dan BN masih boleh dikatakan retak menunggu belah???
Siapa yang dah terbelah ni???
Kerajaan siapa yang rapuh ni???

Siapa yang ganti MB nanti???
Tajol Rosli lagi ke???
Atau siapa pula???
Siapa yang layak???

Walau sesiapa pun yang menjadi MB Perak nanti, harap-harap dapat melakukan tugas yang berpuluh-puluh kali lebih baik berbanding dengan MB Nizar ini....
Marilah kita belajar daripada kesilapan yang dilakukan oleh Kerajaan PR di Perak ini...
Kita teruskan usaha murni kita dalam membela dan menjaga kebajikan rakyat terutamanya golongan muda dan kanak-kanak...

Sekali lagi,
Syukur kepada Allah atas pemberian nikmatnya dan anugerah yang besar ini kepada hambanya yang lebih berhak dan layak mentadbir Perak...
Tahniah dan syabas atas kejayaan BN ini...


Terima kasih... Salam...

8 comments:

Demang Lebar Daun said...

Selama ni diorang tengok Najib jarang melawan. Ada yang kata Najib lembab. Maklum lah... dah dua PRK kalah.

Depa kena belajar banyak lagi..

Pendita Keadilan said...

Janganlah mudah berkira-kira dan mengulas mengikut kat hati saudara sahaja kerana perancangan dan ketentuan Allah SWT adalah yang terbaik dan melebihi segalanya. Rakyat bersyukur untuk tidak mempunyai pemimpin-pemimpin yang rasuah seperti Najib Razak, Jamaluddin, Mohd Osman, Hee Yit Foong & Nasharuddin Hashim. Dengarkan sendiri ap kata dan nasihat pengasas UMNO BARU [Tun Mahathir] dalam isu ini. Apalah hebatnya untuk menerima pemimpin-pemimpin yang tiada integriti seperti mereka-mereka yang lompat parti ini?? ALHAMDULILLAH syukur ke hadrat Ilahi kerana membuat ketentuan ini agar duri dalam daging ini [ADUN2 yang berpaling tadah] telah disisihkan dari terus merosakkan pentadbiran rakyat di Negeri Perak Darul Ridzuan. Apakah barah-barah yang sudah membusuk dan bernanah ini akan membawa bau harum ke dalam kerajan Barisan Nasional nanti?? Dengan kes rasuah yang masih belum selesai, sindrom ketakutan hilang kuasa [merujuk kepada Nasharuddin Hashim]dan sebagainya yang membusuk di dalam Barisan Nasional, INSYAALLAH akan mendatangkan petaka yang lebih hebat dan dasyat ke dalam Barisan Nasional dan UMNO khususnya. Usahlah kita BUTA HATI, PEJAM MATA & PEKAK TELINGA akan seribu satu kepincangan yang berlaku dalam kerajaan Barisan Nasional khusunya UMNO pada hari ini. Ternyata RASUAH di Malaysia boleh diselesaikan hanya dengan RASUAH JUA dalam amalan pentadbiran BARISAN NASIONAL. Fikir-fikirkan LAH!!!

Anonymous said...

salam...
pada fikiran saya, kalau betul BN tawarkan wang kepada pelompat2 tersebut, bermakna wakil2 rakyat PR tersebut pun kong kalikong juga...
kalau pemimpin BN rasuah, pemimpin PR pun 2 x5 nampaknya.....
kata orang tua2,tepuk sebelah tangan takkan berbunyi...
tq

Mohd Azwan Aziz said...

Salam..Mahu mencelah..sedarlah wahai rakan2..sekiranya kita diberi peluang untuk memilih pemimpin, satu memperjuangkan hak keadilan manusia sejagat dan pembangunan fizikal dan rohani melalui Quran Sunnah dan satu lagi hanya memperjuangkan hak2 duniawi,janji kearah pembangunan fizikal semata2..maka WAJIBlah keatas kita utk memilih yg pertama tersebut..Ya mmg betol, dlm perlembagaan Islam Hadhari pimpinan UMNO BN tertulis prinsip pertama ialah melahirkan insan yg beriman dan betaqwa..namun ini adalah helah dan diatas ketas semata2..lihatlah senario Malaysia skrg, masalah sosial makin menjadi..anak2 muda makin hilang punca..sebab apa?sbb...nabi saw bersabda, adapun umat akhir zaman nanti akan diturunkan bala dari Allah disebabkan pemerintahan dan pemimpin2 mereka sendiri..sbb xlaksankan perintah dan hukum Allah..cth yg plg ketara berlaku dmsia..konsert2 makin berleluasa, program nyanyi, cari bakat2 muda even budak kecik pon makbapa hantar utk pandai nyanyi,utk jadi mcm datuk siti..bk hantar mngaji n bljar ilmu akhirat utk jadi ulamak besar suatu hari nanti..kalo tewas pule,ade yg smpi ketahap nangis2..subhanallah..usahla kite dicop sbgi umat islam yg JAHIL...jadi pemimpin2 perlulah dipilih atas dasar dia boleh mengimamkan seluruh rakyat termasuk olah mengimamkn Solat Berjemaah!Itu paling pentng!Sbb ini adalah pokok pangkal kpd amalan kita sbgi umat Islam..jgn perlekehkan isu agama dan saranan Nabi SAW..Nabi SAw pernah melucutkan jawatan seorg muazzin pada suatu ketika kerana tidak boleh melaungkan azan dgn kuat,sbb azan pnting utk mngajak umat Islam tunaikan ibadah kpd Allah,maka kita apatah lagi..kene pilih pempimpin yg betol2 boleh menjamin kite ke arah kbhagiaan duniawi n ukhrawi..jgn tertipu dgn godaan dan janji dunia semata2...kalo pemimpin yg jahil dlm agama dipilih,maka tdk hairanlah pemimpin tersebut dibangkitkan dgn isu Rasuah dan sbginya..sbb pemimpin tersebut adalah seorg yg fasik..dan pemimpin trsebut mgkin tdk dpt memelihara solat mereka dgn betol..sbb nabi bersabda, brgsiapa dpt memelihara solat mereka nescaya solat dia itu akan "hidup" dan mngawal die dari mlakukan perkara2 mungkar..Jadi rakan2...bangkit dan sedarlah.. Solutionnya ialah sng je: berbalik pada Quran dan Sunnah; ikut dan patuh segala peraturan Allah dan jauhkan sgala laranganNya...
Membangunlah bersama ISLAM..Wallahua'lam.
Jazakallah..

The Revolution said...

Salam. buat semua....

Siapa yang bercakap ikut hati ni???
Saya ke or pendita keadilan???

Dalam artikel saya semua ini betul dan ia telah terbukti serta anda sendiri nampak dan tahu...

Yang pendita keadilan katakan tu yang bercakap ikut hati...'
Ko nampak ke najib bagi rasuah kat orang???
nampak ke???
kalau setakat dengar dari pemimpin pembangkang yang belum tentu lagi betul tu, tak payah la nak bercakap ikut hati...

Kalau hanya dengar dan bercakap sahaja tapi tak boleh buktikan, tak payah nak banyak cakap...

kalau tak boleh buktikan tu, fitnah namanya...

jangan nak cakap pasal agama dan ALLAH kalau kita sendiri tak boleh jaga sendiri...
Malu betul kalau dapat ummat ISLAM macam ni...
Diri sendiri tak betul, nak betulkan orang konon...

Sedarlah diri tu...
Terima kasih... Salam...
Selamat Berjuang...

rantong said...

Sekadar berpesan-pesan. Doa bagi mengelakkan terkena fitnah.

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami (sasaran) fitnah bagi kaum yang zalim, dan selamatkanlah kami dengan rahmat-Mu dari orang-orang yang kafir." Surah Yunus, ayat 85 dan 86
View Profile: Rantong

PUTRAKENCANA said...

Tahniah buat semua yang telah mengembalikan kuasa politik ke tangan BN. Ketahuilah wahai Rakyat Malaysia Kesultanan Negeri Perak telah ujud beratus tahun dahulu.
Ini baru 11 bulan memerintah politik Perak dah muka angkuh dan gila kuasa.
Kepada kepimpinan politik Perak yang baru ini, jadikanlah suasana politik 11 bulan yang lalu sebagai satu pengajaran yang berguna. Jangan lagi leka akan kuasa yang ada. Bekerjalah demi Agama, Bangsa dan Negara yang kita cintai ini.

Kepada pengkhianat bangsa itu, sedarlah.....anda telah diperalatkan oleh DAP yang ingin melihat bangsa Melayu bersengketa sesama sendiri. Insaflah sebelum terlewat. Jangan anak cucu kita nanti melaknat kita kerana berganding tangan dengan DAP.

Anak Melayu said...

nizar tak nak berhenti
http://www.malaysiakini.com/news/97806
dia masih buat mesyuarat exco
dan gubal dasar
gila kuasa tak bertempat
sultan yang pilih dia....bukan rakyat....sedar sikit diri tu....mungkin ngeh mb perak sebenar....

width='450';height='350';frameborder='0';scrolling='no';marginheight='0'; marginwidth='0';allowtransparency='true';src='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara/embed?;fgcolor=6699cc;bgcolor=ffffff;textbgcolor=ffffff;textfgcolor=000000;sound=1;border=1;w=$0;'>
style='width:450px;text-align:center;'> href='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara'style='color:#0000FF;'>Bloggers Pembela Negara-Fullscreen ====================================================================================== -->
REVOLUSI © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates