Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;

(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).
~surah AN-NISA' ayat 138-139~

TRANSLATOR

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Wednesday, February 18, 2009

KEBODOHAN YANG KETERLALUAN !!!

Salam buat semua....

Berita terbaru krisis politik Perak tentang penggantungan dari masuk Dewan Undangan Negeri Menteri Besar Perak dan exco yang Barisan Nasional yang dilantik oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah...



Penggantungan ini kerana kononnya pelantikkan dan angkat sumpah yang dilakukan bertentangan dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak...

Saya bawakan penulisan akhbar mstar:
----------------------------------------------------------------------
MB Perak dilarang hadir DUN 18 bulan, 6 Exco 12 bulan

IPOH: Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir digantung sertamerta dan dilarang daripada menghadiri sesi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak selama 18 bulan.

Sementara enam Anggota Majlis Mesyuarat (Exco) kerajaan negeri digantung selama 12 bulan daripada menghadiri sesi DUN juga berkuatkuasa hari ini.

Speaker DUN Perak V. Sivakumar mengumumkan keputusan itu selepas Zambry dan enam Exco berkenaan tampil di hadapan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN di sini hari ini.

Kesemua tujuh Adun BN itu sebelum ini diberi notis saman supaya tampil di hadapan jawatankuasa itu berikutan aduan Adun Canning (DAP), Wong Kah Woh, bahawa majlis angkat sumpah jawatan mereka bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan menghina DUN kerana Menteri Besar Ke-10, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, belum meletak jawatan secara rasmi.

Sivakumar berkata setelah meneliti aduan tersebut, beliau mendapati satu kes prima facie terhadap Zambry (Adun Pangkor), Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).

selebihnya klik disini
------------------------------------------------------------------
REVO:

Keputusan bodoh apa yang PR buat ni???
Nak salahkan siapa sebenarnya ni???
Nak salahkan Sultan ke???
Jangan biadap sangat...



Bapak kotor politik PR ni???
Sebelum ni kata BN yang main kotor...
Tak ke menipu tu berdosa???
Jadi, siapa yang masuk PR dan undi PR, berdosa jugalah korang...

Masuk parti dorang dapat pahala, masuk parti lain dapat dosa...
Masuk parti dorang masuk syurga, masuk parti lain masuk neraka...

Kepala otak kau la...
Jangan la nak mempermainkan ISLAM...
Sudah-sudah la menipu guna agama...
Dilaknat Allah...

Sedar la diri tu...
Sekarang ini, keputusan yang dibuat tu salah siapa???
Siapa yang lantik MB dan exco BN???
Sultan kan???
Nak salahkan Sultan ke???
PR ni tak fikir ke???

Apa??? langgar Undang-Undang???
Siapa yang langgar undang-undang???
Siapa yang buat keputusan???
Sultan kan???
Nak salahkan Sultan ke???
Jangan jadi bodoh la...

PR ni tak sedar ke berapa ramai orang yang pakar dalam undang2 memperakui keputusan Sultan itu atas mengikut undang2 tubuh negeri perak dan perlembagaan negara...
Bahkan Pengerusi Majlis Peguam yang dikawal oleh PR tu pun kata Sultan yang betul...
Tak payah la tunjuk korang yang lagi hebat undang2 dari orang lain...
Korang bukannya ada kelulusan undang2 pun...

Jangan kurang ajar...
Jangan biadap...
Jangan bodoh sangat...
Jangan kejam...
Jangan zalim...

Tetapi pengundi yang nak pemimpin yang kurang ajar, biadap, bodoh, kejam, dan zalim ini...
Kita kena ingat, pemimpin ini melambangkan keperibadian kita...
Kalau pemimpin itu kurang ajar, maka kita lagi kurangajar sebab kita pilih dia..
Kalau pemimpin itu biadap, maka kita lagi biadap kerana kita pilih kita...
Kalau pemimpin itu bodoh, maka kita lagi bodoh kerana kita yang pilih dia...
Kalau pemimpin itu kejam, maka kita lagi kejam kerana kita yang pilih dia...
kalau pemimpin itu zalim, maka kita lagi zalim kerana kita uang pilih dia...

Korang nak ke jadi kurang ajar, biadap, bodoh, kejam dan zalim...
Jadi fikir-fikirkan lah sebelum memilih pemimpin pada PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau nanti...

Terima kasih... Salam...
SELAMAT BERJUANGAN...

8 comments:

GOMO said...

SALAM BRO...SABAR BERTENANG!!!!

PUAK-PUAK NI BANYAK MAKAN LALAT.

TAPI BEST JUGAK BILA SPEAKER NI GANTUNG MB ZAMBRI DAN EXCO NYA.
SEBAB INI DAH MENUNJUKAN PAKATAN RAKYAT TELAH MENGESAHKAN PERLANTIKAN MB ZAMBRI DAN EXCONYA SEBAGAI YANG SAH.

SELAMAI NI DIEORANG KATA TAK SAH. SO SEKARANG DIBAGI PULA TINDAKAN GANTUNG KAT MB ZAMBRI DAN EXCONYA INI DAH PUN MENJADIKAN MEREKA INI SOKONG PERLANTIKAN MB DAN EXCO BN NI.

MEREKA DAH TERKENA BALIK BRO...

HE HE HE

mine said...

SALAM BRO...
MEREKA MENGGUNAKAN MAKSUD YANG TERSIRAT, MACAM PEPATAH MELAYU..
MARAHKAN ANAK SINDIR MENANTU..

BANGSA BANGSA YANG BUKAN SE "BENUA" INI MEMANG NAK JADI TUAN TANAH KEDAONG..
BERI BETIS NAK PEHA..

PATUT KE KITA BERBALAH UNTUK MEMENANGKAN MEREKA?

PATUT KE FATAH/HAMAS/PLO BERTELAGAH UNTUK MEMENANGKAN ISRAEL..

FIKIR LA SENDIRI..
KUBUR ASING ASING..

A K U said...

Bismillahhir-Rahman nir-Rahim

Assalamualaikum... Salam keimanan dan salam kemanusiaan buat para pencinta kedamaian... moga-moga kedamaian itu sentiasa mendakap hari-hari yang dilalui... moga kedamaian itu mengisi ruang-ruang kosong hidup mu dengan ingatan kepada yang Maha Pencipta.. moga-moga Tuhan Rabul Izzati menjadikan hari-hari dalam hidupmu adalah hari-hari yang diredhaiNya

Apa yang diperjuangkan pihak saudara selama ni??? dan apa yang ditinggalkan oleh pihak saudara selama perjuangan itu berjalan lebih 50 tahun???

Hanya jauhari yang mengenal manikam... Sekian..
Salam kemaafan... buat para pencinta silaturahim moga-moga tetap lah kaki di Sirotal Mustaqim itu walau jiwa meronta berdepan dengan seribu kepayahan...

Sasha2020 said...

Kepada A.K.U, tak payahlah nak menulis dgn ayat-ayat yg pelik. Straight to the point. Senang orang nak faham.

Hanya orang yg bersyukur sahaja yg dapat melihat kebaikan yg telah dibuat oleh BN/UMNO 50 tahun yg lepas. Orang yg kufur nikmat, akan dilaknat oleh Allah.

Kunci kepada kedamaian ialah apabila kita redha atas apa yg telah berlaku. Malangnya, itu tidak berlaku. Mereka tidak sedar yang PR tumbang disebabkan oleh ketentuan yg telah ditetapkan oleh Allah.

Aku tabik kpd MB Perak yg baru. Cool, nampak tawadduk, senyum selalu dan tak cepat melalak macam MB sebelum ni.

Perak in the right track now. Teruskan berkhidmat dgn rakyat kerana seluruh rakyat Perak memerlukan pemimpin yg berwibawa dan kami sentiasa berada dibelakang Mu.

gotahlantun said...

SALAM REVO,

EDEN STUJU DENGAN SASHA2020, DAH KETENTUAN ALLAH. LAGI PUN PUAK2 DAN ULARMAK PAS DAN PR, DAH KERAP SANGAT MOHON PADA ALLAH, SUPAYA DIBERI PETUNJUK PADA KERAJAAN YANG ZALIM.

ABIH TU MENDAPAT LA..

HARAP DR ZAMRY TERUSKAN USAHA MEMAJUKAN DAN MENSTABILKAN NEGERI PERAK.

TokMudim said...

Tindakan YB Tuan Speaker Siva mengantung kehadiran MB Zambri dan exco selama 12 -18 bulan adalah tindakan melampau dan mengandungi unsur-unsur jahat untuk menjatuhkan MB Dr Zambri. Saranan Dato Seri Najib sebagai Ketua Penghubungan Perak supaya laporan polis dibuat adalah tindakan yang sepatutnya dan disusuli dengan tindakan mahkamah.

Adalah maklum proses mahkamah akan memakan masa dimana rakyat telah mual dengan kemelut politik Perak, diharap MB Zambri dengan bijak-sana mengambil tindakan sewajarnya. MB Zambri perlu belajar dari sejarah.

Untuk melucut jawatan Tuan Speaker, MB Zambri perlu berpakat dengan Pak Lah untuk mengadap kembali Sultan Perak supaya peristiwa yang sama iaitu rampasan kuasa terhadap MB Nizar berulang kembali. Walaupun Sultan tidak mempunyai kuasa memecat MB atau Tuan Speaker, dengan kebijaksanaan MB Zambri dapat menyakin Sultan Perak agar mengeluarkan perintah Tuan Speaker meletakkan jawatan atau jawatan tersebut diisytihar kosong. Bawa sekali 28 adun BN + 3 adun bebas supaya lebih menyakin Sultan. Untuk mengelak dtuduh derhaka, Tuan Speaker terpaksa patuh.

Jika MB Zambri masih tidak mampu , langkah yang lebih drastic perlu diambil.

Hubungi pakar-pakar yang menghilang Mr Bala SB, mereka sedia membantu . Jika C4 perlu digunakan ,cari kambng-kambing hitam yang sanggup disembelih buat korban.

Jika gagal juga langkah Harakiri terpaksa diambil iaitu bubar dun walau pun fobia dengan istilah ini, MB Zambri perlu dikorbankan demi kesejahteraan Rakyat Perak.

Anonymous said...

Emm..apa pendapat sekalian mengenai bapa Tajol Rosli yg tak nak letak jawatan sbg MB Perak dulu?

Ada maklumat yg sahih tak? Betul ke apa yg diperkatakan?

The Revolution said...

Salam...

kepada ANONYMOUS,
nak cakap pasal BN ye...
sedarlah sedikit...
sekurang-kurangnya, BN sedar diri yang Perak sewaktu itu telah menjadi PR punya...
Tetapi,
PR sekarang ini tak sedar diri dan gila kuasa...
Dah tak layak jadi MB pun masih anggap diri tu MB...
Sampai bawa kes pergi mahkamah la...
Ini yang dikatakan tak sedar diri dan gila juasa...
Bagai kaduk naik junjung...

Masa BN dulu tak de la sampai bawa kes ke mahkamah...
BN terima juga PR jadi pentadbir kat Perak...
BN serahkan rumah juga....
BN serahkan kereta juga....

PR apa cerita????

Terima kasih...
salam...

width='450';height='350';frameborder='0';scrolling='no';marginheight='0'; marginwidth='0';allowtransparency='true';src='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara/embed?;fgcolor=6699cc;bgcolor=ffffff;textbgcolor=ffffff;textfgcolor=000000;sound=1;border=1;w=$0;'>
style='width:450px;text-align:center;'> href='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara'style='color:#0000FF;'>Bloggers Pembela Negara-Fullscreen ====================================================================================== -->
REVOLUSI © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates