Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;

(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).
~surah AN-NISA' ayat 138-139~

TRANSLATOR

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Monday, March 30, 2009

21 RESOLUSI PIAGAM KOTA MELAKA !!!

Salam...
Salam hormat...
Salam perpaduan...

21 Resolusi Piagam Kota Melaka ini khas buat penduduk Bukit Gantang sempena Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang...



21 Resolusi ini dikeluarkan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) atas sebab konflik dan kemelut poliy=tik tanah air terutamanya di negeri Perak...
Dan Resolusi ini juga dikeluarkan kerana ada pihak mula pertikaikan Perlembagaan Malaysia dan hak-hak keistimewaan ISLAM dan MELAYU...
Selain itu, kemelesetan ekonomi juga menjadi faktor 21 Resolusi ini dikeluarkan...
_____________________________________________________________

21 RESOLUSI PIAGAM KOTA MELAKA


1. Orang MELAYU/BUMIPUTRA seperti hilang arah apabila banyak pihak menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap keistimewaan orang MELAYU/BUMIPUTRA walaupun telah termaktub dalam perlembagaan sejak lebih 50 tahun dahulu…

2. Rakyat Malaysia mesti memahami, menghayati dan menghormati keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan ia mesti dijelaskan secara berterusan melalui penyebaran maklumat tepat lagi bertanggungjawab…

3. MELAYU/BUMIPUTRA (tanpa mengira fahama politik) mestilah bersatu serta seiya-sekata dalam mempertahankan hak-hak di bawah perlembagaan…

4. Mestilah ada kumpulan pendesak MELAYU/BUMIPUTRA yang kompeten serta berani menghujah balas tomahan mana-mana pihak tentang isu-isu mengenai MELAYU yang mengelirukan…

5. Hak MELAYU/BUMIPUTRA dalam pendidikan dan biasiswamesti dikekalkan bagi menjamin survival bangsa dan keharmonian Negara…

6. MELAYU/BUMIPUTRA mesti menubuhkan kumpulan pendesak bagi memastikan penggunaan bahasa MELAYU dimartabatkan bagi tujuan perpaduan MELAYU…

7. Ketidakfahaman masyarakat terhadap konsep kontrak sosial dan ketuanan MELAYU mesti ditangani melalui peranan media massa dan forum di antara kaum…

8. Masyarakat MELAYU/BUMIPUTRA perlu mempertingkatkan hakmilik dalam sector ekonomi, hartanah, komoditi, perhotelan, perbuatan dan lain-lain sector dengan cara yang strategic…

9. Masyarakat MELAYU/BUMIPUTRA terutamanya yang beragama ISLAM mesti mengatasi kebergantungan terhadap bukan BUMIPUTRA dalam urusan penyelidikan bahan makanan serta mesti menguasai rangkaian pembuatan dan bekalannya…

10. Super-Malay (pemikir, pemimpin, pelaksana dan peneraju tersohor) yang mempunyai kepakaran pelbagai bidang mesti ada dikalangan orang-orang MELAYU/BUMIPUTRA…

11. Isu halal/haram dalam makanan, perniagaan dan apa sahaja urusan mesti diterajui oleh orang ISLAM…

12. Modal insan MELAYU/BUMIPUTRA mesti diperamaikan dan diperhebatkan kualitinya setanding dengan bukan bumiputra…

13. Pengetahuan mengenai sejarah Penubuhan Malaysia, kontrak sosial dan ketuanan MELAYU mesti dipertingkatkan menerusi program di semua peringkat sekolah, institusi pengajian tinggi serta program-program kemasyarakatan secara berterusan…

14. Minda dan jiwa masyarakat MELAYU/BUMIPUTRA dalam dilemma dan terperangkap dalam konflik kemelut Perak…

15. Imej MELAYU/BUMIPUTRA mesti diperbaiki melalui amalan budaya hidup yang positif...

16. ketirisan semangat jatidiri MELAYU/BUMIPUTRA di kalangan belia mesti dibanteras…

17. MELAYU/BUMIPUTRA mesti menghayati konsep pembelajaran sepanjang hayat bagi menjamin survival bangsa…

18. MELAYU/BUMIPUTRA mestilah dilatih untuk memperolehi maklumat semangat yang sahih dan bahan-bahan bacaan yang membina minda…

19. Masyarakat MELAYU/BUMIPUTRA mesti mencari jalan inovatif untuk mengatasi masalah gejala sosial di kalangan remaja seperti penyalahgunaan dadah, mat rempit, bohsia dan kes-kes diperdayakan oleh rakyat asing…

20. MELAYU/BUMIPUTRA mesti bersatu supaya Perdana Menteri Malaysia tetap kekal daripada kalangan MELAYU dan BUMIPUTRA yang beragama ISLAM…

21. Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mesti dikekalkan untuk menjamin kesejahteraan dan ketenteraman Negara…

_____________________________________________________________

Saya harap Bukit Gantang dapat memikirkan dengan rasional agar ISLAM dan MELAYU tidak diperlekehkan dan dipermainkan...

Terima kasih...
Salam...
SELAMAT BERJUANG...

1 comments:

Padiyappa said...

Mana boleh PR nak samakan perlembagaan yang negara kita guna pakai dengan Piagam Madinah yang rasullullah perkenalkan sewaktu Hijrah... Kedudukan kaum Ansar ketika itu merupakan penyumbang ekonomi utama madinah setaraf bangsa lain seperti yahudi dan kafir lain. Jadi tidak timbul soal memberi kedudukan istemewa atau memberi kuota 30% yang digunakan oleh perlembagaan negara memandangkan kedudukan orang Melayu yang masih memerlukan sokongan dan panduan dari kerajaan untuk terus survive dalam sektor ekonomi negara...

width='450';height='350';frameborder='0';scrolling='no';marginheight='0'; marginwidth='0';allowtransparency='true';src='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara/embed?;fgcolor=6699cc;bgcolor=ffffff;textbgcolor=ffffff;textfgcolor=000000;sound=1;border=1;w=$0;'>
style='width:450px;text-align:center;'> href='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara'style='color:#0000FF;'>Bloggers Pembela Negara-Fullscreen ====================================================================================== -->
REVOLUSI © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates