Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;

(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).
~surah AN-NISA' ayat 138-139~

TRANSLATOR

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Sunday, March 1, 2009

ALLAH HANYA UNTUK ISLAM !!!

Salam hormat...
Salam perpaduan...



Penggunaan nama ALLAH dalam agama lain selain ISLAM sudah menjadi isu panas sehingga beberapa desakan daripada orang ramai agar perkara ini dihentikan...

Allamdulillah, kerajaan dapat mendengar suara rakyat terutamanya orang ISLAM supaya menghalang agama lain menggunakan nama ALLAH...

Saya sertakan sekali penulisan akhbar dari Berita Harian:
-------------------------------------------------------------------------
Batal pewartaan guna perkataan 'Allah' tepat: Zahid

KOTA KINABALU: Langkah Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan serta-merta pewartaan perintah yang membenarkan penggunaan perkataan 'Allah' dalam penerbitan agama Kristian adalah tepat untuk mengelakkan kekeliruan masyarakat pelbagai agama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata perbezaan intepretasi di kalangan masyarakat, terutama bukan Islam terhadap pewartaan perintah itu sekarang sudah diperbetulkan melalui langkah berkenaan.

Sambil menyambut baik langkah itu, beliau mengingatkan pihak terbabit dalam penerbitan agama Kristian supaya menunggu keputusan Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) berhubung perkara berkenaan.

Selebihnya klik disini.

-----------------------------------------------------------------------
REVO:

Saya dan Bloggers Pembela Negara (BPN) menyambut baik usaha kerajaan ini...
Sepatutnya penggunaan nama ALLAH ini tidak patut dipermainkan kerana ini bukan lagi satu penghinaan tetapi ia juga merupakan perbuatan yang melanggar hak dalam beragama...



Perkataan ALLAH ini bukanlah untuk agama selain ISLAM...
Kalau kita lihat perkataan 'GOD', GOD bukanlah bermaksud ALLAH tetapi ia bermaksud TUHAN...
Jangan kita salah anggap dengan penggunaan perkataan ALLAH dan GOD...

Perkataan ALLAH tidak boleh ditukar ganti dengan nama lain tidak kiralah bahasa apa sekali pun...
Tidak ada perkataan bahasa Inggeris yang boleh digantikan dengan ALLAH...
Perkataan ALLAH tetap digunakan 'ALLAH' apabila kita ingin tulis dalam bahasa inggeris...

Jangan kita mempermainkan nama ALLAH ini sebagai isu untuk menjatuhkan sesetengah pihak...
Kepada sesiapa yang mempermainkan nama ALLAH, maka bersalahlah mereka kerana cuba menggugat ISLAM dan memesongkan ummat ISLAM dalam Malaysia ini kerana dengan penggunaan nama ALLAH dalam agama lain akan mengelirukan ummat ISLAM dan boleh memesongkan akidah ummat ISLAM terutama remaja dan rakyat Malaysia yang baru sahaja memeluk ISLAM...

Sebenarnya, pemimpin yang memperjuangkan ISLAM perlulah memainkan peranan yang besar dalam memperjuangkan ISLAM...
Janganlah kita berdiam diri kerana dalam ISLAM kita diajar untuk mempertahankan ISLAM dan segala kemungkaran perlulah kita ubah.



Sabda Nabi Muhammad S.A.W yg bermaksud:
Barang siapa diantara kamu melihat kemungkaran hendaklah diubah dgn tangan, jika tidak mampu, ubah dgn lidah, jika tdk mampu benci dlm hati; yg demikian itu selemah2 iman.

Terima kasih... Salam...
Salam hormat...
Salam perpaduan...

3 comments:

MeeT uNcLe sHaH said...

ISLAM akan terpelihara jika orang ISLAM sendiri yang berusaha untuk memeliharanya!!!

Ingat tanda kiamat???
URUSAN AGAMA DIPEGANG LEH MEREKA YANG BUKAN DALAM BIDANGNYA.

FIKIRKAN!!

http://meetuncleshah.blogspot.com

nazri88 said...

allahai(puji sayang), allahmak (terkejut), alla comondo, allah-lala-lalong tolong jangan saman (suatu lagu), allah emak khawin kan aku (lagu), allah bisa oleh biasa (peribahasa), allamak terlebih sudah (stacy Af9), allah kau reda saja (perangsangan), Ya allah sedapnya kena konkey, alah allah tu bukannya wujud cuma diadakan untuk takutkan manusia. selagi manusia tahu mana yang baik dan buruk allah itu tidak perlulahhh. allah ini diadakan hanya untuk mengingatkan manusia hari mati walhal tiada orang menceritakan soal mati jerana belum ada orang kembali selepas mati. maka buat baik sesama manusia allah itu hanya lah suatu yang diujudkan oleh manusia juga,

awang kata said...

Dalan konteks negara apa salahnya kita menetapkan Allah itu hanya untuk Islam. Negara berhak buat undang-undang yang bersesuaian dengan situasi negara. Lain negara lain hukum dan undang-undangnya. Kerajaan perlu bertegas dan usah dilayan pihak yang nakal ini.

width='450';height='350';frameborder='0';scrolling='no';marginheight='0'; marginwidth='0';allowtransparency='true';src='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara/embed?;fgcolor=6699cc;bgcolor=ffffff;textbgcolor=ffffff;textfgcolor=000000;sound=1;border=1;w=$0;'>
style='width:450px;text-align:center;'> href='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara'style='color:#0000FF;'>Bloggers Pembela Negara-Fullscreen ====================================================================================== -->
REVOLUSI © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates