Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;

(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).
~surah AN-NISA' ayat 138-139~

TRANSLATOR

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Sunday, March 8, 2009

BAHASA VS ADAT !!!

Salam..
Salam hormat...
Salam perpaduan...

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah menjadi isu hangat sejak beberapa bulan ini...
Setelah 6 tahun PPSMI dilaksanakan , kenapa baru sekarang ada pihak yang ingin berpatah balik???
Setelah sekian lama tidak dipersoalkan, kenapa baru sekarang nak bising balik???
Siapa yang menjadi dalang kepada kekecohan ini???
Siapa yang mencucuk antara melayu dengan melayu ini???
Siapa pula yang menyokong mereka ini dari belakang???



Baru-baru ini, demonstrasi haram yang bertujuan untuk membantah perlaksanaan PPSMI diadakan di Masjid Negara...
Demostrasi ini telah mewujudkan kekecohan dalam Malaysia...
Saya bawakan penulisan akhbar dari Utusan:
---------------------------------------------------------------------------
Bantah PPSMI: Lapan ditahan

KUALA LUMPUR 7 Mac – Polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata untuk menghalang perarakan kira-kira 5,000 penyokong perhimpunan membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) daripada menghampiri Istana Negara, hari ini.

Perhimpunan anjuran Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) itu bertujuan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Namun, ia bertukar menjadi kecoh apabila penyokong terbabit berarak dari Masjid Negara ke Istana Negara walaupun tidak mendapat permit polis untuk berbuat demikian.


selebihnya klik disini
-------------------------------------------------------------------------
REVO:
Kenapa perkara ini berlaku???
Faktor penentangan bukanlah menjadi masalahnya....
Tetapi,
yang menjadi persoalannya, mana pergi adat MELAYU???

Sibuk dengan perjuangan memperjuangkan Bahasa Melayu tetapi adat MELAYU itu tidak dijaga...
Jangan sibuk nak perjuangkan Bahasa Melayu kalau adat kita, orang Melayu dirosakkan...

Adat MELAYU mengajar kita supaya kita beradab bila di hadapan khalayak ramai...
Adat ini pula dikukuhkan lagi dengan ajaran ISLAM ALLAH yang dibawa oleh RASULULLAH...
Sopan-santun dan budi bahasa telah menjadi darah daging orang MELAYU...

Tetapi,
dalam demonstrasi bantah PPSMI ini menunjukkan seperti orang MELAYU ini tiada adat dan adab...
Lain yang dimarahkan, lain pula yang dirosakkan...
Memperjuangkan bahasa, adat yang dirosakkan dan dilupakan...

Bila ada pihak yang mempersoalkan ketuanan MELAYU,
Bila ada pihak yang biadap terhadap Raja-Raja MELAYU,
kenapa mereka ini semua tidak berjuang mempertahankan ketuanan MELAYU dan Raja-Raja MELAYU???
Mana pergi mereka semua ini???
Kenapa berdiam diri???
Menyorok dekat mana semua orang???

Ini bukanlah perjuangan untuk MELAYU...
Ini bukanlah perjuangan untuk mempertahankan MELAYU...
Tetapi,

Ini perjuangan peribadi...
Ini perjuangan demi kepentingan diri...
Ini perjuangan yang sudah dicabul oleh pihak tertentu...
Ini perjuangan melayu celup...
Ini bukan perjuangan MELAYU sejati...
Ini bukan perjuangan untuk anak bangsa...
Ini bukan perjuangan yang memartabatkan MELAYU...




Dengan ini, saya ingin mengajak masyarakat terutamanya orang MELAYU untuk bersama-sama memikirkan kelebihan masa panjang perlaksanaan PPSMI ini (berfikir dengan akal bukan dengan emosi)...
Dan pada masa yang sama,
saya juga ingin mengajak Orang MELAYU untuk memartabatkan dan memperkasakan masyarakat orang MELAYU demi kepentingan bangsa kita agar kita tidak dipandang rendah oleh masyarakat lain...
Kalau orang lain boleh buat, kenapa kita tidak???
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih...

kalau kita jaga adat kita, percayalah bahawa Bahasa dan tamadun orang MELAYU pasti akan terpelihara...
Kalau adat kita tidak jaga, jangan haraplah untuk kita bercita-cita untuk memartabatkan Bahasa kita...
Orang tidak akan pandang bahasa kita kalau kita tak jaga adat kita....
Tepuklah dada, tanyalah selera...


Terima kasih...
Salam...
SELAMAT BERJUANG...

3 comments:

Taminsari said...

Salam..

Memang inilah kerja parti pembangkang...tak habis habis mahu bangsa sendiri menjadi bangsa yang dungu...bodoh la yang senang.Sampai hal hal pendidikan untuk anak anak pun di tentang dan diserang habis2an.

Apakah mereka tidak mahu melihat anak anak bangsa berjaya dalam menghadapi zaman yang semakin mencabar ini.Kenapa sekarang harus kita mempersoalkan PPSMI yang sudah menampakan sedikit kejayaan pada anak anak kita.

Bagi pakatan rakyat apakah tiada satu jalan penyelesaian dapat dicari dari melibatkan anak anak dari mengadakan demontrasi yang tidak secara langsung akan mengheret mereka kekancah pemberontakan.

Sepatut nya perlu kita tangani akan masaalah disiplin para pelajar yang mana gejala membuli dan memukul semakin menjadi jadi masa diperingkat sekolah.Mungkin inilah hasilnya dari tindakan pakatan rakyat yang sering mengadakan demontrasi bagi mencari jalan penyelesaian dari duduk semeja.

Kenapa hanya pelajar anak anak bangsa kita yang selalu menyertai demonstrasi jalanan ini.Bagi saya ini lah kepentingan politik bagi pakatan untuk menjatuhkan kerajaan.Janganlah kerana ingin menunjukan tindakan yang diambil itu betul kita tunjukan pada anak anak tentang kelemahan diri dan lemah semangat dari kita.

Seharusnya kita sebagai pemimpin pada anak anak ini perlu kita memberikan semangat bagi mereka untuk menempuh hari hari yang semakin mencabar dan bergelora bagi hadapi tempoh menuju negara 2020 nanti.

Apakah akan hilang indentiti bangsa melayu hanya dengan mempelajari matematik dan sains dalam bahasa inggeris. Tidak mungkin kita akan menjadi satu bangsa yang lemah hanya dengan perlaksanaan PPSMI. Bukankah masih ada pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diajar dan harus diberi penekanan supaya pelajaran matematik dan sains dapat difahami? Zaman telah berubah, Dunia sudah maju akan tetapi Melayu yang menentang masih tidak mahu memanjukan diri dari pelbagai sudut seolah macam filem Melayu yang masih ditakok lama dan apabila dikritik melalak sana sini. Begitu juga kepada PR Perak yang gagal matematik dari segi bilangan Adun yang menyokong sehingga tertubuhnya Kerajaan BN diPerak. Akhirnya tanam pokok "Jembalang" dimana mesyuarat bawah pokok diadakan oleh yang bergelar Speaker dan diikuti oleh balaci PR Perak. Pokok IPOH telah melahirkan nama Ipoh, jadi tidak perlu tanam pokok lain sebagai simbol untuk tujuan pelancongan. Bodoh namanya.

Kepada Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan pengerusinya Datuk Dr Hassan Ahmad jangan kerana ingin berpolitik ingin kita lihat anak anak bangsa yang akan menerajui negara ini nanti adalah terdiri dari anak anak yang lemah jati diri dan tidak tahu untuk menghargai ilmu.

Memansuhkan PPSMI bermakna kita mahu bangsa melayu terus ketinggalan dari mendapat tempat dalam persaingan dunia yang semakin mencabar.PPSMI tidak akan menghapuskan bangsa melayu itu dan sama sekali juga tidak menghapuskan bangsa bangsa lain dimalaysia ini.

Kenapa puak puak PAS yang mahu PPSMI ini dihapuskan.Tidak mahu anak melayu menguasai ilmu kerana PAS takut akan hilang pengaruh, biar pemimpin mereka sahaja yang berilmu.

Tidak pula kelihatan orang orang DAP dan PKR menentang kerana mereka tahu bahasa inggeris adalah penting pada mereka.

Apakah untuk menjadi seorang doktor kita tidak perlu bahasa inggeris,begitu juga untuk menjadi seorang peguam,jurutera dan berbagai lagi keperluan kerja yang memerlukan kan kita mahir dalam pengguasaan bahasa.

Dalam zaman dunia yang penuh cabaran ini janganlah kita yang ibarat rumah kata pergi kubur kata mari ini kita sekat akan kebolehan dan keupayaan anak anak melayu dari terus menimba ilmu yang akan membawa mereka kearus kemajuan yang akan bakal akan mereka tempuhi.

PPSMI perlu diteruskan bagi memberikan anak anak kita peluang untuk mereka memperolehi masa depan yang baik untuk terus mereka bersaing didalam dunia yang tiada sempadan ini.Yang penting bukan cara demontrasi untuk kita cari jalan penyelesaian kerana ianya hanya mendedahkan anak anak kita pada satu perkara yang akan melemahkan diri dan bangsa itu sendiri.

Yang penting adalah perlu kita teliti bersama bagi meningkatkan lagi tahap kemampuan anak anak kita supaya ianya akan memberi manfaat pada seluruh warga malaysia itu sendiri dan jenerasi jenerasi yang mendatang yang merupakan pewaris pada negara yang berdaulat dan merdeka.

Akhir sekali mari lah kita renungkan dengan hati dan fikiran yang tenang apakah PPSMI ini untuk diri kita atau untuk generasi yang akan mewarisi ketamadunan yang kita sama sama bangunkan.

Wallahuallam..

Salam perjuangan..

Jeffry said...

SALAM BRO REVO
PEMBANGKANG TERUTAMANYA PAS MMG SUKA BANGSA MELAYU DIPERLEKEHKAN. PAS MMG SUKA TENGOK ANAK2 MELAYU DUDUK DI BWH TEMPURUNG MCM TOK GURU DIORANG. KLU BLH JGN BELAJAR SEPATAH HARAM PUN BAHASA INGGERIS SB TOK GURU X PANDAI BERBAHASA INGGERIS. KLU NK CKP DGN TOK GURU KENA GUNA LOGHAT KLNTAN.

MALANG SUNGGUH NASIB ANAK2 BANGSA MELAYU APABILA TOK GURU JD DALANG MEMBANTAH PELAKSANAAN PPSMI. GMP PULAK, NAMPK SGT KEPURA2ANNYA!..TAK MENGAKU LANGSUNG AKAN PEMBABITAN PUAK PEMBANGKANG MENYERTAI PERHIMPUNAN HARAM MEREKA. MCM NAK MENUTUP TAIK GAJAH DGN DAUN AJE!.

APE LAH AKAN JD PD NASIB2 ANAK MELAYU AKAN DTG?..

anas afrohead said...

sempit sungguh pemikiran mereka yang kononnya 'pejuang bahasa' ini..

risaukan perkara temeh kita takkan maju..

width='450';height='350';frameborder='0';scrolling='no';marginheight='0'; marginwidth='0';allowtransparency='true';src='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara/embed?;fgcolor=6699cc;bgcolor=ffffff;textbgcolor=ffffff;textfgcolor=000000;sound=1;border=1;w=$0;'>
style='width:450px;text-align:center;'> href='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara'style='color:#0000FF;'>Bloggers Pembela Negara-Fullscreen ====================================================================================== -->
REVOLUSI © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates