Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;

(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).
~surah AN-NISA' ayat 138-139~

TRANSLATOR

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Tuesday, March 24, 2009

BPN DITENTANG HEBAT !!!

Salam...
Salam hormat...

Sebelum saya mengulas tajuk ini dengan panjang lebar, saya harap Yang di-Pertua Bloggers Pembela Negara (BPN) mengizinkan saya untuk mengulasnya...

Setiap perjuangan dan perbuatan yang baik sering ditentang...
Isu seperti ini sudah menjadi lumrah dan fitrah manusia dalam dunia...



Kalau kita lihat dan imbas kembali pada zaman RASULULLAH dahulu,
RASULULLAH sering menerima tentangan yang hebat dalam pelbagai cara termasuklah dihina, di maki dan sehingga ada yang cuba membunuh baginda...

Isu seperti ini perlulah dilalui dengan tenang dan jangan sesekali kita mengalah...
Selagi perjuangan kita demi ISLAM dan MELAYU, nescayalah bahawa perjuangan kita perjuangan yang betul...



BPN telah diserang dan ditentang habis-habisan oleh pihak dan puak yang takut akan kemajuan yang ditunjukkan oleh BPN dalam memperjuangkan ISLAM dan MELAYU...
BPN bukan sahaja di hina, di maki dan di kutuk, bahkan ada antara mereka yang telah mula menyerang peribadi beberapa ahli BPN...

Antara yang kuat menentang kami ialah blogger dari http://www.parpukunyit.blogspot.com/
Antara ahli kami yang ditentang oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini seperti Panglima Perang Cyber,ParpuKari, Perak Bangkit, GOMO dan beberapa lagi...
Gambar sebenar Perak Bangkit telah disebarkan oleh beberapa pihak yang busuk hati dan mereka cuba memburukkan Perak Bangkit...
Ini memang perbuatan yang keji dan jijik...

REVO:
Kepada ahli BPN,
kita perlulah belajar daripada sejarah RASULULLAH dalam memperjuangkan ISLAM dan jadikan apa yang dilalui oleh RASULULLAH sebagai teladan untuk kita meneruskan perjuangan demi ISLAM dan MELAYU...

Kepada sesiapa yang berhasrat untuk menjatuhkan BPN,
Kami tidak akan mengalah dan berundur kerana kami bukanlah berjuang untuk pihak tertentu seperti mana yang dilakukan oleh anda semua dan kami bukanlah pengkianat bangsa kami, MELAYU...



Kami tidak takut memperjuangkan agama ALLAH,ISLAM dan kami tidak gentar membela bangsa kami, MELAYU...

Kepada pembaca artikel saya pada kali ini,
Jangan anda semua tertipu dengan pihak-pihak yang biadap dan tidak bertanggungjawab ini...
Mari kita bersama-sama berganding bahu demi ISLAM dan MELAYU agar kita terus maju dan tidak ketinggalan dalam semua aspek...
Semoga perjuangan kita dapat berkat dan diredhai ALLAH...


Terima kasih...
Salam...
SELAMAT BERJUANG...

12 comments:

ONE said...

salam,

teruskan perjuangan wahai saudara-saudaraku..

PaKMie said...

Salam....

Kami tetap dibelakang kalian, demi agama,bangsa dan negara.

Percaya dan yakinlah jika kita ingin berjuang, berjuanglah dalam Umno. Umno telah banyak berjasa kpd rakyat dan telah terbuti kpd rakyat negara ini.

Bersihkan hati,bersihkan diri dari tanggapan dan tomohan sesama islam dan terimalah kenyataan.

Asalamualaikum dan salam perjuangan seluruh warga BPN!

Syabas juga utk Yg DiPertua BPN pg5perangcyber dan kwn2 kerana meletakkan BPN ketahap hari ini...PaKMie.blogspot.com

GOMO said...

SALAM...
KITA TETAP MEMPERJUANGKAN YANG HAK...
TERUSKAN BERJUANG WALAU APA CARA SEKALIPUN...
SALAM...

Pak Tam said...

Kami tetap bersama anda. Teruskan perjuangan kita, jangan putus asa. Demi bangsa dan agama, kita tidak akan mengalah!

aspirasi2020 said...

BERANI KERANA BENAR

gotahlantun said...

UMNO TERUS MARA UNTUK RAKYAT MALAYSIA.

megat said...

kita berganding bahu,sama sama sepakat menentang laknat PR

Pejuang Bangsa said...

jangan patah semangat semua warga BPN !! perjuangan harus diteruskan !!

Perjuangan membela agama,bangsa dan negara memang mendapat tentangan dan ujian dari pihak musuh dan kita semua harus kuatkan semangat dan bersatu padu ...

salam perjuangan

helang1201 said...

salam...

minta ulas sedikit tentang "21 Resolusi Piagam Kota Melaka" yg dikeluarkan UiTM..

green_hawk1201@yahoo.com

raz said...

aku sokong perjuanganmu...

The Revolution said...

Salam...

kepada helang1201,
Saya akan cuba sempurnakan permintaan anda secepat mungkin...

Saya akan sampaikan ulasan saya menggunakan email saya therevolution.mezay@yahoo.com atau mezay90@yahoo.com

Harap anda dapat bersabar..

Terima kasih...
Salam...
SELAMAT BERJUANG...

The Revolution said...

Salam...

Berkenaan permintaan dan pertanyaan Helang1201,
Tiada apa yang saya lihat salah dengan "21 Revolusi Piagam Kota Melaka" itu...

Dengan krisis/konflik politik Malaysia sekarang, dengan krisis ekonomi yang melanda pada hari ini,
Saya rasa perkara yang ada dalam 21 Resolusi itu, penting dan berguna untuk ummat ISLAM dan MELAYU sekarang...

UiTM sentiasa dengan MISI dan VISI nya dalam membantu masyarakat MELAYU dan BUMIPUTRA dalam pendidikan, ekonomi, dan pelbagai lagi aspek...

Saya menganggap anda sudah tahu isi kandungan 21 Resolusi itu...
Dan saya harap anda faham apa yang cuba UiTM lakukan demi ISLAM dan MELAYU...

Terima kasih atas pertanyaan itu sekali lagi...
Saya harap informasi ini cukup untuk anda...

Terima kasih...
Salam...
SELAMAT BERJUANG...

width='450';height='350';frameborder='0';scrolling='no';marginheight='0'; marginwidth='0';allowtransparency='true';src='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara/embed?;fgcolor=6699cc;bgcolor=ffffff;textbgcolor=ffffff;textfgcolor=000000;sound=1;border=1;w=$0;'>
style='width:450px;text-align:center;'> href='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara'style='color:#0000FF;'>Bloggers Pembela Negara-Fullscreen ====================================================================================== -->
REVOLUSI © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates