Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;

(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).
~surah AN-NISA' ayat 138-139~

TRANSLATOR

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Saturday, March 7, 2009

P.A.U : ADA DUIT KE???

Salam...
Salam hormat...
Salam perpaduan...

Apa sinonimnya persoalan ini dengan Perhimpunan Agung UMNO (P.A.U) yang akan dilangsungkan pada akhir bulan ini???
Adakah soalan ini akan sering ditanya oleh perwakilan UMNO???



Isu rasuah sering timbul apabila P.A.U ingin diadakan...
Pelbagai pihak cuba mengambil kesempatan ini untuk memanipulasikan isu ini demi kepentigan peribadi...
Bagaimana dengan P.A.U tahun ini???
Masih ada ke isu rasuah???



Setiausaha politik seorang menteri telah ditahan oleh SPRM kerana disyaki terlibat dalam rasuah tetapi SPRM tidak mengetahui sama ada kes ini terlibat dengan Pemilihan UMNO atau tidak...
Yang menjadi masalahnya ialah menteri berkenaan akan bertanding dalam pemilihan UMNO pada hujung bulan ini.

Saya bawakan penulisan akhbar dari UTUSAN:
---------------------------------------------------------------------------
SPRM tahan setiausaha politik menteri

Oleh UMAVATHI RAMAYAH
uma.ramayah@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 6 Mac – Setiausaha politik kepada seorang menteri Kabinet ditahan di sebuah restoran di sini kelmarin kerana dipercayai menerima suapan lebih RM70,000.

Penahanan lelaki berusia dalam 40-an tersebut dilakukan oleh sepasukan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah menjalankan intipan ketika menerima suapan kira-kira pukul 10.30 malam.

Selebihnya klik disini
------------------------------------------------------------------------
REVO:
Adakah kes ini melibatkan P.A.U???
Ini semua urusan dan tugas SPRM untuk menentukannya...




Tetapi apa yang ingin saya katakan ialah, kalau UMNO masih ingin relevan dengan rakyat maka UMNO perlulah menghentikan semua ini...
Hentikanlah rasuah kerana rakyat sudah mula jemu dan muak dengan cerita-cerita seperti ini...
UMNO perlu tahu yang rasuah dalam UMNO ini akan dijadikan isu dalam Pilihan Raya kecil yang akan berlangsung sejurus selesainya Perhimpunan Agung UMNO...

Kalau UMNO ingin rakyat memberi kepercayaan kepada BN, maka isu rasuah seperti ini perlu dibendung...
Jangan disebabkan kepentingan peribadi, parti tergadai...
Jangan disebabkan jawatan, anak bangsa tidak terbela...
Jangan disebabkan wang, BN kalah lagi pada PRK yang akan datang...

Jadi, sedarlah bahawa mata dan telinga rakyat Malaysia semuanya sedang memerhati dan mendengar perkembangan calon-calon yang bertanding pada pemilihan UMNO akan datang ini...
Kalau UMNO silap langkah, tiada harapanlah UMNO untuk menang pada PRK 7 April nanti...
Saya harap UMNO dapat meneruskan perjuangan yang suci selaras dengan misi dan visi penubuhan asal United Malays National Organisation...


Terima kasih...
Salam...
SELAMAT BERJUANG...

2 comments:

gotahlantun said...

Beginilah hakikatnya dari pandangan mata kasar khalayak yang rasa terkilan dengan sikap rakus segelintir ahli-ahli UMNO yang sanggup berhempas pulas sehingga hilang maruah diri semata-mata untuk mempertahankan kedudukan yang dianggapnya `hak untuk sepanjang hayat’.



Kalau ini terus dibiarkan, sudahnya, orang yang jujur dan ikhlas dalam perjuangannya tidak boleh berbuat apa-apa kerana disebabkan orang yang ada kepentingan diri cuba untuk menyekat perjuangan mereka, kerana dianggapnya boleh mengancam kedudukan dan menjejaskan hasil pendapatannya yang selama ini boleh dipulun semahunya dengan mudah.



Apakah makna perjuangan itu sebenarnya?
Untuk bangsakah, untuk agamakah, untuk negarakah atau untuk diri sendiri?



Kalau politik dijadikan sebagai medan yang rakus untuk melombong emas tanpa mempedulikan kepentingan rakyat keseluruhan, makanya, ditakuti barisan kepimpinan yang dipilih berlandaskan emosi mengatasi kebijaksanaan akal, adalah dikalangan yang `gila kuasa’. Akan terbarislah nanti kepimpinan yang sebenarnya adalah mengkhianat bangsa, agama dan negara sendiri.

Samo samo lah kito pikirkan..

Jeffry said...

SALAM SDR REVOLUSI
TINDAKAN KERAJAAN UTK MENGHAPUSKAN RASUAH AMAT DIALU2KAN. SEPATUTNYA TUGAS MEMERANGI RASUAH WAJIB DI DILAKUKAN BERMULA DR PIHAK ATASAN HINGGALAH KE AKAR UMBI KRN PERBUATAN RASUAH INI LAH ANTARA GEJALA PENYAKIT YG AMAT BERBAHAYA BILA DH TERKENA. PENYAKIT YG BLH BERJANGKIT DR SATU INDIVIDU KE SATU INDIVIDU YG LAIN. UMNO WAJIB MENGAMBIL LANGKAH YG LEBIH AGRESIF DEMI MEMBENDUNG GEJALA RASUAH SEBELUM IA MENJADI PARAH

width='450';height='350';frameborder='0';scrolling='no';marginheight='0'; marginwidth='0';allowtransparency='true';src='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara/embed?;fgcolor=6699cc;bgcolor=ffffff;textbgcolor=ffffff;textfgcolor=000000;sound=1;border=1;w=$0;'>
style='width:450px;text-align:center;'> href='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara'style='color:#0000FF;'>Bloggers Pembela Negara-Fullscreen ====================================================================================== -->
REVOLUSI © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates