Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;

(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).
~surah AN-NISA' ayat 138-139~

TRANSLATOR

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Sunday, April 12, 2009

APA NASIB TS MUHYIDDIN ???


Salam…
Salam Hormat…
Salam Perpaduan…

Apa nasib Tan Sri Muhyiddin???
Ke mana hala tujunya selepas ini???

Setelah beberapa hari kabinet baru diumumkan oleh DS Najib, persoalan ini yang tertimbul disegenap minda dan fikiran saya…
Kita tidak tahu apa yang cuba dilakukan oleh DS Najib…
Kita tidak tahu apa strategi yang diguna pakai oleh DS Najib…
Kita tidak tahu langkah susulan yang akan dilakukan oleh DS Najib…


Tetapi,
Kenapa Menteri Pelajaran????
TS Muhyiddin yang kewibawaan dan ketokohannya itu disandarkan di atas sifat ketegasan dirinya tetapi kenapa Menteri Pelajaran yang diberikan???
Sebelum kabinet baru diumumkan, saya merasakan bahawa TS Muhyiddin akan diberi amanah sebagai Menteri Pertahanan atau Menteri Dalam Negeri…
Paling tidak pun beliau kekal dengan portfolio yang lama….
Tetapi, akhirnya Menteri Pelajaran yang dimiliki….
Kenapa????
Ini semua ALLAH dan DS Najib sahaja yang tahu…
Bukan saya ingin menidakkan Menteri yang baru ini, tetapi saya memikirkan tentang keberkesanan ‘Pasukan Baru’ DS Najib ini…

Kenapa perlu tukar Menteri Pelajaran????
Sedangkan, isu yang timbul semasa Menteri Pelajaran yang lama masih belum selesai...
Kenapa perlu tukar???
Biarlah Menteri lama itu perhabiskan dahulu…
Sepatutnya, menteri lama yang perlu bertanggungjawab atas setiap isu yang bangkit semasa pentadbiran beliau…


Sebab inilah saya memikirkan hala tuju TS Muhyiddin dalam kabinet baru ini…
Sekali lagi saya ingin memperjelaskan bahawa dengan sifat ketegasan dan kewibawaan yang ada pada TS Muhyiddin, sepatutnya TS Muhyiddin dapat Menteri yang lebih baik dan lebih sesuai untuk beliau…
Walaubagaimanapun, semoga menteri-menteri dalam kabinet baru yang diusahakan oleh DS Najib ini dapat menjalankan tugas untuk rakyat bukan untuk kepentingan peribadi dan keluarga semata-mata…
Saya tahu bahawa apa yang dilakukan oleh DS Najib itu mestilah bersebab...
Ini hanya pendapat dan pandangan saya sebagai rakyat dan penduduk Malaysia ini…


Terima kasih…
Salam…
SELAMAT BERJUANG…

6 comments:

Panglima Perang Cyber said...

Nampaknya ia persepsi baru yang perlu ditangani dengan hati hati...

saya yakin orang biasa3 dan lembek tak boleh pegang kementerian panas seperti pelajaran tersebut.

cuma kenapa dan kenapa kita tunggu masa menentukannya..

moga berjaya kabinet baru DS Najib ini...

Anonymous said...

wey!!! xde bnde lain lagi ke nak mengarut???? persepsi bodoh apa2 la ngko ni.....

Rammers said...

I rasa you tengok betul-betul rupa TS muhyiddin kan rupanya lebih pada Guru Besar. Dato' Hisyamuddin lebih pada budak nakal...tu la pasal....Budak Nakal diletakkan dekat KDN. Hahahaha....

BHM said...

Salam ziarah...

http://aspirasi-baru.blogspot.com

ASPIRASI BARU - "Menyusuri Transformasi, Menterjemah Aspirasi"

aku said...

saya rasa wacana bebas sepert yg diutarakan the revo tak harus dianggap sbg persepsi, lantas menutup peluang penyokong2 umno berfikir demi membuat perubahan.

paradigma begini yg harus dinurture dlm setiap ahli politik baik PR mahupun BN.cuma mungkin maksud panglimaperg cyber lebih kpd perbincgn secra tertutup tanpa perlu dipublish didlm blog.

namun itu adlh hak the revo,dan sy rasa adlh pntg utk TS MY utk kembali memberi nafas baru kpd Kementerian Pelajaran, sbb bukan menteri yg berkuasa sepenuhnya ttp dasar parti yg meguasai kerajaan...

The Revolution said...

Salam...
Salam Hormat...
Salam Perpaduan...

Terima kasih atas sokongan 'AKU',
Saya juga berharap TS Muhyiddin dapat memberi nafas baru kepada Kementerian ini...
Isu2 yang timbul juga mestilah dapat ditangani dengan baik...

Terima Kasih...
Salam...
SELAMAT BERJUANG...

width='450';height='350';frameborder='0';scrolling='no';marginheight='0'; marginwidth='0';allowtransparency='true';src='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara/embed?;fgcolor=6699cc;bgcolor=ffffff;textbgcolor=ffffff;textfgcolor=000000;sound=1;border=1;w=$0;'>
style='width:450px;text-align:center;'> href='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara'style='color:#0000FF;'>Bloggers Pembela Negara-Fullscreen ====================================================================================== -->
REVOLUSI © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates