Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;

(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).
~surah AN-NISA' ayat 138-139~

TRANSLATOR

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Monday, May 11, 2009

MB PERAK MILIK NIZAR !!!

Salam...
Salam Hormat...
Salam Revolusi...

Mahkamah telah sahkan bahawa DS Nizar Sebagai Menteri Besar Perak yang sah...
Tahniah diucapkan kepada Nizar atas keputusan mahkamah yang menyebelahinya...

Tetapi,
Adakah Nizar mahu minta pekenan SULTAN bubarkan DUN apabila sudah ada kuasa ini???
Adakah Nizar akan menghadap SULTAN seperti yang dijanjikan kepada rakyat???
Adakah Nizar mampu untuk berkerja dalam dewan dengan majoriti yang sedikit???
Adakah Nizar mampu memperkukuhkan jawatannya dengan hanya 27 ADUN yang menyebelahinya???
Adakah Nizar berpegang pada janji???
Adakah berbaloi apa yang dilakukan dalam DUN 7 Mei hari itu dengan apa yang anda peroleh sekarang???

Ingat lagi pada peristiwa ini???
Walaupun Nizar merupakan MB Perak, Nizar tetap merupakan penderhaka dan ini telah terpahat dalam Orang MELAYU...
Sebab itu Nizar hilang undian Orang MELAYU pada Pilihanraya kecil Bukit Gantang...
Perkara ini tidak dapat disangkal lagi...

Walau bagaimanapun, tahniah sekali lagi daripada THE REVOLUTION atas kejayaan memiliki MB Perak...
Inilah dia ketelusan sistem kehakiman negara yang selama ini menjadi isu yang disebut-sebut oleh pembangkang tentang ketidakadilannya...
Sistem Kehakiman Negara masih lagi telus dan keputusan sistem yang telus inilah dahulu pembangkang tidak hormati...
Kini keputusan menyebelahi mereka...
Kali ini sudah pasti mereka hormati keputusan ini...
Inilah dia lumrah hidup dan fitrah kehidupan seorang pembangkang, Pakatan Rakyat...

Terima Kasih...
Salam...

3 comments:

Rahman,Ahchong,Muniandy said...

Mantapkan perpaduan sesama kita walaupun ada perbezaan pendirian. Jangan sehingga nasi menjadi bubur, di mana terlajak kata boleh dimaafkan, tetapi terlajak perbuatan mungkin akan mengundang bencana.

nalapambu said...

BN/UMNO nampak jelas takut menghadai PRU di negeri Perak.

Pakatan Rakyat sekarang tidak masalah untuk menang di mana2 PRU untuk menumbangkan BN/UMNO.

Sekarang sokongan kaum bukan melayu sudah padu kepada PR.

Di mana2 kawasan penduduk Bukan melayu melebihi 30% PR pasti akan menang.

Kaum melayu berpecah kepada 3 kumpulan. UMNO, PAS dan PKR.

Jika bilangan penyokong PAS dan PKR sama jumlah dengan UMNO, BN/UMNO pasti tumbang. Kerana PAS dan PKR mendapat sokongan padu dari kaum bukan melayu dari DAP.

Di mana sahaja penduduk melayu ini sudah berada dalam PAS se kurang2 nya 25% dan dalam PKR lebih kurang 15%.

Jumlah ini ialah penyokong tegar PR, di kuatkan pula dengan sokongan kaum cina dan india dari DAP.

PR pasti akan dapat menawan semula Perak.

The Revolution said...

Salam...
Salam Revolusi...

kepada 'NALA',
kalau kita lihat pada PRK bukit gantang, sokongan MELAYU dalam PAS dan PKR telah berkurang dan beralih ke UMNO...
Tidak mustahil sokongan MELAYU akan jadi bertambah kuat apabila PR dan komunisme berleluasa...

UMNO tidak gentar dengan PRK di Perak...
Kita sudah dapat lihat kependerhakaan pengkhianatan kepada Sultan dan Orang MELAYU...
Ini telah dibuktikan pada PRK Bukit Gantang...
Sekarang ini, PR hanya mengharapkan undia cina dan india sepertimana yang dahulu diharapkan golongan komunis...
Strategi seperti ini akan menjatuhkan PR...

Tetapi,
Adakah sultan akan perkenankan pembubaran DUN...
Kalau Sultan perkenan, PR masih ada peluang...
Jika tidak, PR akan jatuh sekali lagi dengan vote of confidence dalam sidang DUN nanti...

Terima Kasih...
Salam...

width='450';height='350';frameborder='0';scrolling='no';marginheight='0'; marginwidth='0';allowtransparency='true';src='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara/embed?;fgcolor=6699cc;bgcolor=ffffff;textbgcolor=ffffff;textfgcolor=000000;sound=1;border=1;w=$0;'>
style='width:450px;text-align:center;'> href='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara'style='color:#0000FF;'>Bloggers Pembela Negara-Fullscreen ====================================================================================== -->
REVOLUSI © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates