Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;

(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).
~surah AN-NISA' ayat 138-139~

TRANSLATOR

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Monday, May 18, 2009

POLITIK NEGARA YANG SEMAKIN CELARU !!!

Salam...
Salam Revolusi...

Kecelaruan politik Malaysia semakin serius...
Saya hanya huraikan kecelaruan ini dalam perjuangan kita memartabatkan ISLAM dan NEGARA ISLAM...

Kalau kita lihat pada hari ini, sudah banyak perkara yang berlaku...
Negara ISLAM sudah mula ditolak secara terang-terangan...
Sekarang ini kalau kita lihat, pemimpin yang dahulunya berkobar-kobar memperjuangkan ISLAM dan sekarang sudah mula terpesong dengan perjuangan asal mereka...

ISLAM mula dipermainkan...
Nama ALLAH sudah mula dipergunakan...
Azan mula diperlekehkan...
Ayat ALLAH mula dipergunakan untuk kepentingan politik...
Negara ISLAM mula ditolak dan digantikan oleh Negara Berkebajikan...
Pemimpin ISLAM hari ini sudah mula bersekongkol dengan musuhnya yang menentang Negara ISLAM dan mempermainkan ISLAM...
Sedangkan mereka sebagai seorang ulama' arif dengan firman ALLAH dalam surah Al-Mâ'idah ayat 57:

Bermaksud:"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan ugama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan - dari orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi penolong-penolong; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman. "


Bila azan dan solat dipermainkan dan diperlekehkan, pemimpin ISLAM yang memperjuangkan ISLAM ini berdiam diri kerana kepentingan politik...
Ada juga pemimpin yang dikatakan pemimpin ISLAM menyokong perbuatan BIADAP ini...
Sedangkan mereka mengaku yang mereka arif dengan firman ALLAH dalam surah Al-Mâ'idah ayat 58:

Bermaksud:"Dan apabila kamu menyeru (azan) untuk mengerjakan sembahyang, mereka menjadikan sembahyang itu sebagai ejek-ejekan dan permainan. Yang demikian itu ialah kerana mereka suatu kaum yang tidak berakal. "


Satu lagi pekara yang menjadi kebinggungan saya, apabila ada pemimpin ISLAM yang selama ini BERDEKAH-DEKAH memperjuangkan ISLAM tetapi sekarang mereka menolak persepakatan antara mereka dengan pemimpin ISLAM yang lain...
Mereka menolak pakatan yang mengabungkan kekuatan ISLAM yang mampu membawa ISLAM ke arah yang lebih tinggi di Malaysia ini, sedangkan mereka mengaku yang mereka arif dengan firman ALLAH dalam surah al-anfaal ayat 73:


Bermaksud:"Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar. "

Adakah ini yang dikatakan dengan pejuang ISLAM???
Adakah ini yang dikatakan dengan pemimpin ISLAM???
Adakah ini yang dikatakan dengan PARTI ISLAM???
Adakah ini yang dikatakan dengan penuntut Negara ISLAM???

Fikir-fikirkan lah...
Jadikan ini sebagai sempadan kita dalam berpolitik...
SEMOGA KITA UMMAT ISLAM TERUS BERSATU DEMI ISLAM DAN MELAYU...
SEMOGA KITA UMMAT ISLAM TERUS BERSATU DEMI MEMARTABATKAN ISLAM DAN NEGARA ISLAM...

Terima Kasih...
Salam...

1 comments:

Tungaklangit said...

salam persahabatan buar sdr shah

semoga usaha sdr diberkati Allah hendaknya

width='450';height='350';frameborder='0';scrolling='no';marginheight='0'; marginwidth='0';allowtransparency='true';src='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara/embed?;fgcolor=6699cc;bgcolor=ffffff;textbgcolor=ffffff;textfgcolor=000000;sound=1;border=1;w=$0;'>
style='width:450px;text-align:center;'> href='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara'style='color:#0000FF;'>Bloggers Pembela Negara-Fullscreen ====================================================================================== -->
REVOLUSI © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates