Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;

(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).
~surah AN-NISA' ayat 138-139~

TRANSLATOR

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Thursday, May 28, 2009

REVO KEMBALI MENERUSKAN PERJUANGAN !!!

Salam...
Salam Revolusi...

Maaf atas kelewatan saya update blog saya...
Kelewatan ini atas sebab masalah laptop yang mengalami 'DEMAM'..
laptop mengalami sedikit masalah yang tidak dijangkakan...
Saya rasa telah banyak isu yang telah saya terlepas untuk kongsikan bersama anda semua...
Saya akan cuba ulas serba sedikit isu-isu penting yang melanda negara kita...

PENANTI : RASUAH PKR VS KAK MIN !!!

Saya musykil dengan perjuangan PKR...
Dahulu sibuk dengan slogan menghapuskan rasuah...
Dahulu sibuk menuduh orang lain kotor, main rasuah...
Sekarang,
Bersih sangat ke PKR??? Baik sangat ke PKR???
Bagus sangat ke PKR??? Tak main rasuah ke PKR???
PKR tak ada POLITIK WANG ke???
Fikir la sendiri...

PKM : CHIN PENG HARAM JEJAK MALAYSIA !!!

Nak buat apa masuk balik Chin Peng pengkhianat ini...
Tidak ingatkah kita apa yang telah dia lakukan???
Tidak ingatkah kita dia pernah 'mencabul' keamanan negara???
Tidak ingatkah kita dia pernah membunuh nenek moyang kita dengan kejam dan zalim???
Ada yang kata: "Benarkan chin peng masuk sebab dia juga ada sumbangan menentang BRITISH mendapatkan kemerdekaan"
Ini satu alasan yang cukup tidak munasabah..
Tahukah kita kenapa PKM menentang BRITISH???
Mereka menentang demi melaksanakan dasar mereka...
Apa dasar mereka???
Dasar PKM : Mewujudkan NEGARA REPUBLIK PKM !!!
Adakah kita akan merdeka selepas itu???
Fikirlah sedikit...
Selepas itu negara kita akan jadi negara yang diperintah komunis yang kejam...
MERDEKAKAH KITA?????

Adakah kita fikirkan apa perasaan mereka yang mengalami dan mengharungi kekejaman PKM???
Kalau Chin Peng masih diberi muka dan dibenarkan masuk ke MALAYSIA,
Janganlah kita terkejut sekiranya rusuhan dan demonstrasi akan berlaku suatu hari nanti...

Terima Kasih...
Salam...

3 comments:

Alizul said...

Kepada semua yang simpati dan menyokong kepulangan Chin Peng:

Bagi sesiapa yang tidak mengetahui, atau sengaja membutakan mata dan hati tentang, sejarah dan ideologi Komunisme, sila muat turun (download) dan tontoni video-video di tiga link-link berikut (copy & paste link-link ini ke browser anda):

http://us2.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/1239/THE_BLOODY_HISTORY_OF_COMMUNISM_1

http://us2.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/1242/THE_BLOODY_HISTORY_OF_COMMUNISM-2

http://us2.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/2857/THE_BLOODY_HISTORY_OF_COMMUNISM_-3

Kesemua video di atas membentangkan sejarah/ideologi komunisme dari sudut atau perspektif Islam.

Bagi blogger-blogger yang berhujah di atas perikemanusiaan, pernahkah penganut-penganut mereka menunjukkan sikap keperimanusiaan ke atas mangsa-mangsa mereka? Tanyalah soalan ini kepada balu-balu, anak-anak, cucu-cicit dan keturunan mangsa-mangsa mereka?

Ada pula blogger yang menyeru atas nama Islam supaya memaafkan Chin Peng. Pernahkah Chin Peng dan pengikut-pengikut memohon maaf atas segala kekejaman mereka? Memang benar Islam menitikberatkan sifat bermaaf-maafan, tetapi apa gunanya jika orang yang melakukan kekejaman tidak sedikit pun menunjukkan sifat itu atau mempunyai perasaan perikemanusiaan?

Mengapa pula Islam dikaitkan di sini? Tidakkah kita tahu bahawa komunisme itu jauh bertentangan dengan Islam? Komunisme menidakkan atau tidak percaya kepada Allah. Setiap penganutnya digelar "atheis", iaitu seseorang yang tidak percaya kepada kewujudan Allah. Oleh sebab itulah kita dapati penduduk-penduduk Islam di negara-negara kominis sentiasa ditindas dengan kejam. Satu daripada banyak contoh-contoh adalah penduduk Islam di Turkestan Timur di negara Cina. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penindasan orang Islam di Turkestan Timur, sila baca buku di link berikut (copy & paste link ini ke browser anda):

http://us1.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/582/COMMUNIST_CHINA%E2%80%99S_POLICY_OF_OPPRESSION_IN_EAST_TURKESTAN

Sebagai negara yang majoriti penduduknya adalah Islam, mahukah kita melihat anasir-anasir komunisme ini wujud di kalangan kita? Pernahkan orang-orang komunis melepaskan atau meninggalkan (renounce) fahaman komunisme mereka? Pernahkah Rashid Mydin, Shamsiah Fakir dan lain-lain berbuat demikian? Fahaman mereka sangat tebal. Kita patut bersyukur dilahirkan sebagai orang Islam di negara yang majoritinya penduduk Islam. Ada juga blogger-blogger yang sentiasa menuduh kerajaan tidak Islamik (atau kafir). Jika benar, mengapa kita orang Islam bebas mengamalkan agama Islam di negara ini? Mengapa wujud beribu-ribu masjid, surau, sekolah agama, dan lain-lain di
negara ini? Pernahkah kerajaan menindas orang-orang Islam seperti berlaku di Turkestan Timur?

Bagi blogger-blogger yang berhujah bahawa komunisme disama ertikan dengan sama rata dan sama rasa, tahukah anda bahawa konsep-konsep ini hanyalah pada teori atau di atas kertas saja?. Pada teorinya, memang komunisme menuju kepada kewujudan situasi sempurna (atau "utopia") di mana akan wujudnya konsep sama rata dan sama rasa ini. Tetapi lihatlah sejarah negara-negara kominis (yang jelas ditunjukkan di video-video di atas), adakah konsep-konsep ini pernah diguna pakai? Jawabnya TIDAK. Apa yang sebenarnya berlaku ialah "utopia" yang diidam-idamkan tidak pernah wujud, malah para pemimpin negara-negara komunis menghancurkan negara mereka sendiri, seperti berlaku di negara-negara Cina di bawah Mao Tse Tung dan Soviet Union (sekarang Russia) di bawah Stalin.

Jadi bagi blogger-blogger yang mempertahankan kepulangan Chin Peng atau komunisme, lengkapkan diri dengan ilmu tentang sejarah komunisme sebelum menulis sesuatu tentangnya.

malaysia.suarademokrasi said...

salam,...
minta tuan blog follow blog saya
www.sd-malaysia.blogspot.com
thanks...:)

The Revolution said...

Salam...
Salam Revolusi....

Kepada 'ALIZUL',
Terima Kasih atas ulasan dan comment yang anda kongsikan bersama kami..
Terima kasih juga atas link video yang diberikan...

Kepada 'MALAYSIA.SUARADEMOKRASI',
Kalau tidak silap saya, saya sudah follow blog anda...
Cuba anda check semula list follower anda...
Tetapi,
jangan risau kerana saya akan buat check sekali lagi...

Terima Kasih..
Salam...

width='450';height='350';frameborder='0';scrolling='no';marginheight='0'; marginwidth='0';allowtransparency='true';src='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara/embed?;fgcolor=6699cc;bgcolor=ffffff;textbgcolor=ffffff;textfgcolor=000000;sound=1;border=1;w=$0;'>
style='width:450px;text-align:center;'> href='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara'style='color:#0000FF;'>Bloggers Pembela Negara-Fullscreen ====================================================================================== -->
REVOLUSI © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates