Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;

(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).
~surah AN-NISA' ayat 138-139~

TRANSLATOR

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Saturday, June 6, 2009

HADI : LIDAH BERCABANG , TALAM DUA MUKA

Salam...
Salam Revolusi...

Sebelum saya memulakan ulasan tajuk artikel saya, saya hendak minta maaf kepada PENYOKONG TAKSUB PAS yang pasti akan memarahi saya atas kritikan saya terhadap TG HJ HADI...
Saya pernah berjumpa dengan ramai yang taksub terhadap PAS ini dan saya juga pernah serta masih berkawan dengan puak taksub ini...

Saya juga pernah mengkritik tentang perbuatan dan fatwa pemimpin tertinggi Ulama' PAS seperti Nik Aziz dan Hj Hadi...
Tetapi,
Puak taksub ini memarahi saya dengan kata-kata:
"KAU SIAPA NAK TEGUR DAN KRITIK NIK AZIZ ATAU HJ HADI??? KAU ULAMA' KE??? KAU MANA LAYAK KRITIK NIK AZIZ DAN HJ HADI SEBAB DORANG TU ULAMA'???

Berbalik kepada tajuk asal artikel saya kali ini, HADI:LIDAH BERCABANG, TALAM DUA MUKA !!!
Dalam ucapan dasar HJ HADI, satu kata2 Hadi yang saya ingin pinjam:
"PAS ingin menggesa pihak kerajaan untuk mengambil langkah berani dengan memulakan tindakan (undang-undang) bagi membersihkan pemimpin utama negara yang dipaparkan oleh media asing sebagai mempunyai bebanan kes rasuah dan jenayah.Tindakan saman ini adalah perlu supaya imej Malaysia yang tercalar akibat berita yang sangat memalukan ini dapat dipulihkan."
rujukan: MALAYSIAKINI

Tetapi apa yang menjadi masalahnya,
SIAPA YANG SIBUK MENCANANG PERKARA SEPERTI INI SERATA DUNIA???
SIAPA PULA YANG MENJADI SEKUTU KEPADA SI PENCANANG NI???

Bila kita kaitkan Pemimpin Utama dengan JENAYAH sudah pasti kita akan merujuk kepada DS Najib dan Altantuya...
Walaupun perkara ini tidak terbukti lagi tetapi pelbagai pihak membuat fitnah terutamanya daripada Pakatan Pembangkang...
Siapa yang bawa cerita ini kepada MEDIA ASING seperti CNN, BBC, AL-JAZEERA dan banyak lagi???
SIAPA???
Siapa yang bawa ISU ini kepada MEDIA INDONESIA???
Siapa yang mempunyai connection dan pengaruh dengan media asing???
Siapa yang selalu memainkan ISU ini dalam kempen dan ceramah sama ada dalam pilihan raya atau KHUTBAH JUMAAT???

Tolong jangan cakap tidak serupa bikin lah...
Kalau sudah tiada isu, jangan cuba mengaburkan mata rakyat...
Kalau media asing berhenti membuat berita pasal pemimpin Utama negara,
ADAKAH PR AKAN AKAN BERHENTI MEMBUAT FITNAH INI???
ADAKAH PR AKAN BERHENTI MENYEBARKAN CERITA TIDAK TERBUKTI INI KEPADA RAKYAT???
ADAKAH PR AKAN BERHENTI MEMBUAT DOSA FITNAH INI DALAM CERAMAH DAN KHUTBAH JUMAAT???
Fikir-fikirkanlah wahai PEMIMPIN UTAMA PAKATAN RAKYAT...

Kepada 'Puak Taksub PAS',
ISLAM menyuruh kita supaya sentiasa menegur dan menasihati sesama kita...
Setiap manusia selain RASULULLAH tidak lari daripada kesalahan dan dosa...
Kita kena ingat bahawa manusia yang MAKSUM hanya lah RASULULLAH S.A.W...
Adakah kita sedar dengan perkara ini???
Atau Pemimpin anda telah mengisytiharkan bahawa mereka MAKSUM???
Wuallahualam...
Terpulanglah kepada tahap keimanan dan keISLAMan anda...

Terima Kasih...
Salam...

4 comments:

Anonymous said...

Saya ingatkan Nik Aziz aje yang sewel,rupanya Hadi pon sama.

Adakah dia bodoh sangat sampai tak tahu yang fitnah2 atas Najib datang juga dari PAS?

Pernahkah dia suruh orang2 dia berhenti fitnah?

Kalau orang PAS sendiri komen pasal rasuah dlm PAS atau si NIk Abduh cakap pasal pembantu2 Nik Aziz,habis kena tuduh fitnah.

Ni macam ke PAS nak jadi parti Islam ?

Bodoh betul orang2 PAS ni,menyesatkan.

wakilrakyat said...

Tulisan yang menarik. Orang PAS ni bukan saja macam tu dari atas tapi sampai kebawah nun. Saya baru-baru ini berpeluang mengendalikan kursus untuk student sebuah kolej agama di utara ni, yang kebanykan anak-anak orang PAS. Punya la mangkaq, bab ilmu ilmiah punya la teruk tambahan kalau yg dari kecik dah masuk pasti, maahad dan SAR. Rasa kesian pun ada jugak. Nak kata ilmu agama pandai pun tak juga. yang mereka benar-benar pandai adalah menuduh kerajaan zalim dan serba tak betul. Walau seribu penjelasan atau pakar mana pun yang jelaskan pada mereka, mereka tetap tidak boleh menerima dan berubah. Sedih.

SO? kalau lepas ni orang PAS pertikai kelayakkan anda untuk menegur ulama-ulama dan tok-tok guru mereka, janganlah hairan sangat.

peminat no 1 said...

sbnrnye mksd hj. hadi tu nk s0h najib letak jwtan PM..sbbkn die maruah malaysia p0n terkene tempias...d0k pi percaye bulat2 tafsiran malaysiakini tu awatnya...aduhai...
sepat0tnye umno kne bertrme kaseh pd hj hadi sbb still nk berunding ngn umno..dmi islam n bangsa...klu ik0t nafsu hj hadi mau sje die biaqkn umno pupus dr muke bumi malaysia nie...tp sbbkn perasaan sayangkn saudara seislam n dmi islam, beliau masih terbuka hati nk tl0ng slmtkn umno..wlup0n beliau tahu SEGELINTIR org dlm pas sndri akn menentang idea "kerajaan perpaduan"...sekali lg aq ckp kt puak2 umno nie..K0RANG PATUT BERTERIMA KASEH PD HJ HADI!!
lu pk la sndri!!
wallahua'lam...

The Revolution said...

Salam...
Salam Revolusi...

kepada 'peminat no 1',
Terima kasih kerana meninggalkan komen dalam blog ini...
Memang HJ HADI ingin berunding dengan UMNO sebab ummat ISLAM dan orang MELAYU...
SEBAB ummat ISLAM dan orang MELAYU sudah semakin menolak PAS...
Sebab itu PAS sudah takut...
Biasalah, manusia biasa tidak lepas daripada keinginan nafsu untuk mendapatkan jawatan...

Kalau kita lihat di Bukit Gantang dan Penanti,
Undian ummat ISLAM dan orang MELAYU untuk PAS sudah merosot...
Sebab itulah PAS nak kerajaan perpaduan ini...

Kalau dulu kita lihat,
PAS mengKAFIRkan UMNO da tidak mahu berbincang dengan UMNO sebab UMNO kafir...
Tetapi sekarang kerana keinginan nafsu itulah yang menjadikan PAS sudah mahu bergabung dengan DAP...
Dan bila nampak gabungan antara PAS dan DAP tidak menjadi, maka diwujudkan pula idea untuk kerajaan perpaduan ini...

Pasal MALAYSIAKINI pula,
Saya merujuk pada MALAYSIAKINI kerana MALAYSIAKINI didomonasi oleh pembangkang tetapi tidaklah ekstrim seperti suara keadilan dan harakah...

Walau bagaimana pun,
Saya menyokong KERAJAAN PERPADUAN ini kerana idea ini dapat membantu ummat ISLAM dan orang MELAYU serta dapat memartabatkan ISLAMdan MELAYU di Malaysia...

Salam...

width='450';height='350';frameborder='0';scrolling='no';marginheight='0'; marginwidth='0';allowtransparency='true';src='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara/embed?;fgcolor=6699cc;bgcolor=ffffff;textbgcolor=ffffff;textfgcolor=000000;sound=1;border=1;w=$0;'>
style='width:450px;text-align:center;'> href='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara'style='color:#0000FF;'>Bloggers Pembela Negara-Fullscreen ====================================================================================== -->
REVOLUSI © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates