Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;

(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).
~surah AN-NISA' ayat 138-139~

TRANSLATOR

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Wednesday, July 15, 2009

MANEK URAI : PETANDA RAKYAT MUAK !!!!

Salam...
Salam Revolusi...

Maaf atas kelewatan saya mengemaskini blog ini...
Sebelum itu,

Tahniah kepada calon PAS yang memenangi kerusi DUN Manek Urai dengan majoriti yang kecil...
TAHNIAH !!!

Rakyat sudah MUAK???
Muak dengan apa???
Melihat kepada polar keputusan setiap PRK yang telah dijalankan termasuklah Manek Urai, rakyat sudah mula muak dengan propaganda dan mainan politik busuk PR...
Mari kita lihat kronologi PRK sehingga di DUN Manek Urai...

-----------------------------------------------------------------
Parlimen Kuala Terengganu

Di sini, PAS berjaya memikat hati rakyat untuk merampas Parlimen ini...
Tetapi,
Kita perlu sedar bahawa semasa PRK Kuala Terengganu ini, gelombang PRU 12 masih belum pulih...
------------------------------------------------------------------
Parlimen Bukit Gantang

Kalau kita lihat PRK ini pula,
Memang PAS menang tetapi adakah PAS sedar bahawa MELAYU sudah mula menolak PR???
PAS tidak dapat pertahankan semula beberapa peti undi MELAYU yang telah ditawan oleh PAS semasa PRU 12...
Kalau kita lihat statistiknya, PAS menang dengan bantuan orang bukan melayu...

Di sinilah bermulanya penolakkan rakyat terhadap PR...
-------------------------------------------------------------------
DUN Penanti

Di sini, satu lagi kejayaan PR dalam mengekalkan kerusi DUN yang berada di dalam kubu sendiri...
Tetapi,
Disebabkan ingin menyelesaikan konflik dalaman PKR, PR menggunakan Pilihan Raya sebagai mediumnya...
PRK DUN penanti ini bukan sahaja di pulau oleh BN tetapi juga oleh rakyat...
Hasilnya, hanya 46% yang keluar mengundi dan jumlah majoriti yang diperolehi oleh PR juga berkurangan...
--------------------------------------------------------------------
DUN Manek Urai

Yang terbaru, kita dapat lihat sekali lagi penolakkan rakyat terutamanya Orang MELAYU terhadap PR...
Pada PRU 12, PAS berjaya dikubu sendiri dengan majoriti sebanyak 1,352 undi...
Pada PRK kali ini, PAS masih berjaya mempertahankan kubu mereka tetapi dengan hanya 65 undi majoriti...
Anda boleh lihat dalam MSTAR...
Kalau kita lihat seramai 99.2% pemilih daripada orang MELAYU...
Dengan penurunan majoriti yang agak mendadak ini membuktikan sekali lagi bahawa rakyat menolak mainan politik busuk PR...
--------------------------------------------------------------------

Adakah ini yang dimaksudkan oleh anwar dengan GELOMBANG RAKYAT nya???
Adakah selepas ini PR masih mampu memenangi PRK yang akan datang???
Adakah PR mampu merampas kerajaan pada PRU 13 nanti???
Adakah Anwar mampu merealisasikan impiannya untuk duduk di kerusi PERDANA MENTERI pada PRU 13 nanti???

Terima Kasih...
Salam...

0 comments:

width='450';height='350';frameborder='0';scrolling='no';marginheight='0'; marginwidth='0';allowtransparency='true';src='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara/embed?;fgcolor=6699cc;bgcolor=ffffff;textbgcolor=ffffff;textfgcolor=000000;sound=1;border=1;w=$0;'>
style='width:450px;text-align:center;'> href='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara'style='color:#0000FF;'>Bloggers Pembela Negara-Fullscreen ====================================================================================== -->
REVOLUSI © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates