Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;

(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).
~surah AN-NISA' ayat 138-139~

TRANSLATOR

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Wednesday, July 8, 2009

PPSMI : PEMANSUHAN BUKAN PENYUDAHNYA

Salam...
Salam Revolusi...

Kerajaan telah mengambil satu keputusan untuk memansuhkan PPSMI pada 2012...
Keputusan telah dibuat dan saya akur walaupun saya kecewa dengan keputusan ini...
PPSMI yang mampu memberi kemajuan kepada ANAK BANGSA ORANG MELAYU, kini dimansuhkan atas sebab desakan daripada pihak yang tidak mahu dan dengki melihat MELAYU maju...

Kita perlu ingat bahawa PPSMI ini bukan menjadi tujuan utama memperkuatkan BI tetapi inilah bahasa ilmu dan sebagai persediaan orang MELAYU ke arah dunia GLOBAL...
Tetapi,
Orang Melayu sekarang tidak pernah berfikir ke arah kemajuan diri...
Saya percaya bahawa isu PPSMI ini tidak akan lenyap begitu sahaja...
Saya pasti selepas ini akan berkumandang juga...
Saya ingin bawakan 3 reaksi tentang pemansuhan PPSMI ini...

----------------------------------------------------------------
TUN DR MAHATHIR

Tun menyifatkan pemansuhan PPSMI ini akan menjejaskan masa depan anak-anak terutamanya orang MELAYU...
Anda boleh lihat di MSTAR...
----------------------------------------------------------------

Saya menyokong pendapat ini kerana saya sebagai anak MELAYU yang pernah mengharungi sistem PPSMI ini...
Bagi saya PPSMI ini mampu membawa orang MELAYU ke arah kemajuan...
PPSMI ini sebenarnya membantu orang MELAYU apabila menyambungkan pelajaran ke arah yang lebih tinggi seperti Universiti...
Pilihlah sama ada,
Kita mahu anak bangsa kita berusaha sekarang demi masa depan...
ATAU
Kita mahu anak bangsa kita bersenang sekarang, tetapi tercicir di masa depan...

--------------------------------------------------------------
GERAKAN MANSUH PPSMI(GMP)

GMP menyokong dan menyifatkan keputusan kerajaan ini memenuhi 'SELERA RAKYAT'...
Anda boleh lihat di MSTAR...
--------------------------------------------------------------

SELERA RAKYAT???
Biar betul???
Seleran rakyat ke???
ATAU
SELERA GMP yang didominasi PR???
DAN
SELERA pemimpin PAKATAN RAKYAT???

PR memang tidak pernah dan tak akan memperjuangkan perjuangan demi kemajuan ORANG MELAYU...
Sebab itu KETUANAN MELAYU ingin dihapuskan...
Sebab itu DASAR EKONOMI BARU ingin dihapuskan...
Sebab itu UITM ingin dibuka kuotanya untuk bukan bumiputera...
Dan terbaru,
Sebab itu PEMANSUHAN PPSMI disokong...

--------------------------------------------------------------
Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena)

Gapena mahukan PPSMI ini juga dimansuhkan pada peringkat STPM dan Matrikulasi...
Anda boleh lihat di MSTAR...
--------------------------------------------------------------

Rumah siap, pahat berbunyi...
Inilah dia yang sering dan akan terus berlaku dalam kehidupan Masyarakat MELAYU...

Bagi saya, STPM dan MATRIKULASI ini ialah pembelajaran selepas SPM...
Dan institusi ini sebenarnya setaraf dengan Universiti...
Pembelajarannya mestilah sama dan setanding dengan IPT...
Saya cukup menyokong PPSMI ini diteruskan di STPM dan MATRIKULASI...

Ingatlah,
BAHASA TIDAK AKAN MAJU KALAU BANGSA TIDAK MAJU...
Bangsa lain tidak akan belajar bahasa kita kalau bangsa kita mundur kebelakang...
Memang benar kita pejuang BAHASA tetapi adakah perjuangan kita mampu memberi kemajuan kepada ANAK BANGSA???
FIKIR-FIKIRKAHLAH...

Terima Kasih...
Salam...

2 comments:

Srikandi said...

hmm..pd sayalah..amat rugilah jika kerajaan memansuhkan PPSMI ni..kerana bg sy banyak kebaikan dari keburukan...Cuba kita pk apa akan jd pada generasi akan datang jika sekiranya PPSMI ni dimansuhkan??? sampai bila kita nak melihat anak2 bangsa kita sendiri terpinggir dan terus dipinggirkan..jangan marah kerajaan jika sukar utk mendapatkan pekerjaan..dewasa ini, mana2 pekerjaan juga memerlukan penguasaan bahasa inggeris yang fasih dan mahir..seperti kita sedia maklum, mmglah Bahasa Melayu itu bahasa kebangsaan kita, tetapi jangan kita alpa bahawa bahasa inggeris ni jg merupakan bahasa antarabangsa..bahasa ini jg punca rezeki kepada anak2 bangsa kita di luar Negara..Pihak pembangkang mmg xnk lihat anak Melayu ni maju dalam kehidupan..DAP ingin lihat anak bangsa kita mundur supaya mudah dia menjajah Negara kita..Moga pe yg bakal menggantikan PPSMI xkan merugikan bangsa kita pd ms akan datang..

Anonymous said...

saya tidak setuju dengan pemansuhan ppsmi!
kerana sy merupakan salah seorang pelajar pernah mengharungi sistem ini..
mengapa sudah bertahun2 sistem ini dijalankan, dan baru sekarang, pihak tertentu mengambil tindakan memansuhkannya..
cuba tanya pendapat rakyat,
terutama golongan pelajar dan guru itu sendiri..
kita dapat lihat, banyaknya terma sains dan matematik digunakan dalam bahasa inggeris,
ini juga memudahkan pemahaman kita,
memang, sebagai orang melayu kita harus memartabatkan bahasa kita..
tp dengan memansuhkan ppsmi,
ini lagi akan menjatuhkan martabat bangsa MELAYU itu sendiri...
saya sedih dengan tindakan pihak tertentu..
kebaikan ppsmi,
apabila pelajar melangkah ke alam universiti,
mereka akan biasa dengan terma2 yang digunakan..
kerana,
universiti menggunakan bahasa inggeris sepenuhnya..

p/s: sebagai rakyat, saya sedih dengan pemansuhan ini..maaf

rakyat kecewa

width='450';height='350';frameborder='0';scrolling='no';marginheight='0'; marginwidth='0';allowtransparency='true';src='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara/embed?;fgcolor=6699cc;bgcolor=ffffff;textbgcolor=ffffff;textfgcolor=000000;sound=1;border=1;w=$0;'>
style='width:450px;text-align:center;'> href='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara'style='color:#0000FF;'>Bloggers Pembela Negara-Fullscreen ====================================================================================== -->
REVOLUSI © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates