Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;

(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).
~surah AN-NISA' ayat 138-139~

TRANSLATOR

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Friday, July 31, 2009

SLOT KHAS : TANPAMU PEJUANG NEGARA !!!


TANPAMU PEJUANG NEGARA !!!

Tanpamu,
Jeritan keperitan terus berlegar diruang angkasa...
Tanpamu,
Sungai berdarah terus mengalir membanjiri bumi...
Tanpamu,
Jasad tanpa roh terus berbukit menutupi tanah...
Tanpamu,
Anak bangsa menjadi mangsa penjajah jahanam...
Tanpamu,
Anak bangsa terus terseksa...


Tanpamu,
Kebebasan hanya wujud di alam mimpi...
Tanpamu,
Kemajuan hanya bermain dihujung bibir...
Tanpamu,
Keamanan hanya khayalan di dunia realiti...
Tanpamu,
Tiada lagi MALAYSIA dihati anak bangsa...
Tanpamu,
Kemerdekaan bukanlah milik kita...


Perjuanganmu bukanlah hanya sekecil zarah,
Tiada kemerdekaan tanpa segunung jasa dan semangatmu,
Jasamu dikenang, semangatmu dihargai
Selamat HARI PAHLAWAN untukmu wahai PEJUANG NEGARA...

------------------------------------------------------------------------

REVO:
Saya mengucapkan SELAMAT HARI PAHLAWAN kepada semua pejuang tanah air yang telah banyak berjasa dan berkorban demi anak bangsa untuk menuntut kemerdekaan dan keamanan negara...
SELAMAT HARI PAHLAWAN...

Terima Kasih...
Salam...

3 comments:

antijk said...

Seekor lagi al juburi yang perlu diperhatikan

http://jamilismail.blogspot.com

peminat no 1 said...

salam...
mengapa setelah sekian lame fatwa mengenai pengharaman acara meletakkn kalung bunga di tugu negara difatwakan, tp pemimpin umno masih lg melakuknnye..
inilah sebenar2 kesesatan umno yg xdpt disangkal lg..
minta saudara revo jelaskn mengenai hal ini..
wallahu-a'lam..

The Revolution said...

Salam....
Salam Revolusi....

Saya memang sedikit tidak setuju dengan majlis meletakkan kalung bunga di tugu negara itu kerana bagi saya terdapat banyak lagi cara yang boleh dilakukan untuk menyambut HARI PAHLAWAN...

Tetapi,
Selagi cara itu tidak memesongkan akidah kita maka tidaklah salah untuk melakukannya....
Majlis itu hanyalah sekadar simbolik untuk memperingati jasa pejuang2 negara terdahulu yang telah banyak berjasa untuk negara..
Tetapi,
Haram bagi mereka yang senang untuk terpesong akidahya jika perkara seperti itu dilakukan...

Kita tidak boleh melabelkan seseorang itu sesat selagi akidah dan ahklaknya tidak terpesong daripada ISLAM...

Kalau kita boleh sewenang-wenangnya melabelkan sesat pada seseorang itu,
maka kalau tunduk pada lilin juga kita boleh katakan dia sesat...
maka kalau melakukan upacara agama lain seperti sembah lilin juga kita boleh katakan sesat...
maka kalau masuk tempat beribadah agama lain pun kita boleh katakan sesat...
FIKIR-FIKIRKANLAH

Terima Kasih...
Salam...

width='450';height='350';frameborder='0';scrolling='no';marginheight='0'; marginwidth='0';allowtransparency='true';src='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara/embed?;fgcolor=6699cc;bgcolor=ffffff;textbgcolor=ffffff;textfgcolor=000000;sound=1;border=1;w=$0;'>
style='width:450px;text-align:center;'> href='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara'style='color:#0000FF;'>Bloggers Pembela Negara-Fullscreen ====================================================================================== -->
REVOLUSI © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates