Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;

(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).
~surah AN-NISA' ayat 138-139~

TRANSLATOR

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Saturday, September 5, 2009

SLOT KHAS : POLITIK SAMA SAHAJA SEMUANYA

Salam...
Salam Revolusi...
Salam Ramadhan Al-Mubarak...

Sebelum itu, saya mengambil kesempatan ini untuk minta maaf kepada pembaca kerana saya tidak dapat mengemaskini blog saya dengan segera kerana saya sibuk dengan pembelajaran...

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga YB Azman Mohd Noor, ADUN Bagan Pinang atas kembalinya Allahyarham ke rahmatullah...

--------------------------------------------------------------------------------

KAMPUNG BUAH PALA

Berbalik kepada tajuk asal,
POLITIK ini sama sahaja...

Selepas insiden 1 September 2009, Kampung Buah Pala berlaku,
Ini mengingatkan saya kepada peristiwa yang sama berlaku di KAMPUNG BEREMBANG yang kini masih belum selesai lagi...

Kini berlaku pula kepada warga P.Pinang yang menerima nasib yang sama seperti warga Kampung Berembang...
Sebab itu saya kata POLITIK ini sama sahaja semuanya...
Tak kiralah PR atau BN, sama sahaja...

Pentadbiran Lim Guan Eng sama sahaja macam pentadbiran Khir Toyo...
Semua tak boleh harap...
MB duduk goyang kaki dekat atas, rakyat dekat bawah merana...
MB duduk senang hati dekat atas, rakyat dekat bawah macam pelarian di negara sendiri...

Tengoklah apa yang dah jadi dengan Kampung Berembang,
rakyat duduk dalam pondok...
Semua ini kerja siapa??? Kerajaan BN dahulu la...
Sebab tu kalah masa PRU12...
Sekarang PR ambil alih, kata nak bantu penduduk Kg. Berembang???
Memang sudah ada keputusan tetapi ada perkara yang besar belum selesai...
Dengar-dengar daripada mulut penduduk macam itulah...

Ada penduduk kata, SMP rumah tak dapat lagi sebab ada masalah duit antara Kerajaan Negeri, Peguam dan Pemaju...
Apa cerita ini???
kalau ada keputusan tetapi tidak dapat SMP, rakyat belum tentu dapat rumah lagi...
Lepas itu, penduduk kata rumah yang sedang dibina itu macam tidak jalan sahaja...
Tetapi janji masuk sebelum raya... Apa cerita????
Siapa yang punya janji, saya tidak pasti...

Adakah PENDUDUK KG BUAH PALA akan menerima nasib yang sama dengan penduduk Kg Berembang???

Politik ini sama sahaja semua...
Baik BN, Baik PR...
Sama sahaja...
Cakap saja lebih...
Tangan sama juga...
Kuasa saja yang penting...

Terima Kasih...
Salam...

4 comments:

sasha2020 said...

Tak ada siapa yg salah kalau semua orang ikut undang-undang.

Kat kampung kerinchi dan pantai dalam kat KL dulu pun banyak setinggan. Bila Dewan bandaraya nak bangunkan kawasan kat situ, mereka disediakan rumah yg lebih selesa, semuanya bersetuju dan bila dah siap flat-flat dan kondominium kat situ, semua berpindah dengan gembiranya.

kalau kat semua kawasan, penduduk buat macam tu, tak ada siapa yg merempat, duduk bawah khemah , berdemo, huru hara dan sebagainya...

sasha2020 said...

Kay malaysia ni, dah jadi macam trend. Undang-undang tak perlu dihormati.

Macam-macam alasan diberi. Lawyer pun byk yg ada kepentingan terutama yg dah jadi DUN. Berlagak sombong dan errogant. Padahal, bodoh!!!

Contoh, macam kat Perak...

Contoh, semasa inkues Teoh. Si Gobin Sik Biol tu,...bodoh sangat soalan yg dikemukakan.

Contoh, kes Anwar sekarang ni. Bermacam permohonan...lepas satu, satu. Bila bicara nak mula??? Kan Anwar dah ada barisan peguambela yg hebat. Apa nak takut. Nanti , kalau Saiful buat permohonan supaya semua peguambela Anwar digugurkan, macam mana? sebabnya, mereka adalah ahli politik mereka yg berkepentingan...

Malaysia telah dirosakkan dan dihuru-harakan oleh pemimpin yg kecewa dlm UMNO dulu.
Beliau memang lidah bercabang, sesumpah, peliwat dan byk lagi...

NURA said...

salam sobat
salam ramadhan juga.
wah ramai sekali nich,,meriah difoto-fotonya.

ada AWARD sederhana untuk sobat,,mohon diterima ya,,di blog NURANURANIKU,trims.

daaksaytunk said...

buah pala mahupun kes kuil di shah alam adalah disebabkan oleh PR rakyat yang berjanji masa pilihanraya dulu, kalu depa menang depa nak bg itu ini, sekarang, lu pikirla sendiri!!

width='450';height='350';frameborder='0';scrolling='no';marginheight='0'; marginwidth='0';allowtransparency='true';src='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara/embed?;fgcolor=6699cc;bgcolor=ffffff;textbgcolor=ffffff;textfgcolor=000000;sound=1;border=1;w=$0;'>
style='width:450px;text-align:center;'> href='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara'style='color:#0000FF;'>Bloggers Pembela Negara-Fullscreen ====================================================================================== -->
REVOLUSI © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates