Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;

(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).
~surah AN-NISA' ayat 138-139~

TRANSLATOR

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Sunday, October 11, 2009

SLOT PRK : SATU LAGI PENGHINAAN BUAT PR

Salam...
Salam Revolusi...
Salam Pilihanraya...

Sebelum itu, saya ingin mengucapkan TAHNIAH kepada Tan Sri Isa Samad yang telah dipilih oleh hampir seluruh penduduk Bagan Pinang sebagai wakil rakyat Bagan Pinang!!!!
PRK Bagan Pinang memperlihatkan kita satu lagi penghinaan oleh rakyat terhadap PAS dan Pakatan Rakyat di mana Barisan Nasional telah menang besar dengan majoriti lebih dari 2 kali ganda daripada majoriti semasa PRU12 yang lepas...

Sebelum ini, Di PRK Bukit Gantang PAS-PR telah menerima penghinaan daripada ummat Islam dan Orang Melayu di mana PAS telah kalah hampir semua peti undi kawasan orang Melayu Islam yang pernah dimenangi pada PRU12...

PKR-PR juga telah menerima penghinaan pada PRK Penanti di mana bukan sahaja BN memboikot 'pilihan raya buatan PR' bahkan juga diboikot oleh penduduk Penanti sehingga tidak sampai 50% yang keluar mengundi...

Selepas itu, PAS-PR juga menerima penghinaan daripada ummat Islam dan Orang Melayu di PRK Manek Urai di mana PAS telah jatuh majoriti dengan mendadak daripada BERIBU-RIBU kepada 65 undi sahaja...

Dan kali ini, sekali lagi PAS-PR menerima penghinaan daripada penduduk Bagan Pinang di mana majoriti yang dimenangi oleh Barisan Nasional pada PRK Bagan Pinang melebihi 2 kali ganda iaitu sebanyak 5435 undi berbanding majoriti yang dimenangi BN pada PRU12 sebanyak 2333 undi...

PAS, PKR dan DAP perlu sedar,
Rakyat sudah muak dan jemu dengan cara kempen PR...
Rakyat sudah tidak percaya dengan cara pentadbiran PR...
Rakyat sudah tidak dapat menerima undang-undang Rimba buatan PR...


'BERPIJAKLAH DI BUMI YANG NYATA, JANGAN BERPIJAK DI SYURGA BUATAN PAS !!!!!'

'PAKATAN RAKYAT PERLU BERTAUBAT'!!!!


Terima Kasih..
Salam...

0 comments:

width='450';height='350';frameborder='0';scrolling='no';marginheight='0'; marginwidth='0';allowtransparency='true';src='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara/embed?;fgcolor=6699cc;bgcolor=ffffff;textbgcolor=ffffff;textfgcolor=000000;sound=1;border=1;w=$0;'>
style='width:450px;text-align:center;'> href='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara'style='color:#0000FF;'>Bloggers Pembela Negara-Fullscreen ====================================================================================== -->
REVOLUSI © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates