Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;

(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).
~surah AN-NISA' ayat 138-139~

TRANSLATOR

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Thursday, January 29, 2009

APA SALAH SAYAP PARTI ???

Salam untuk semua....



Perlu ke sayap parti ni dalam sesebuah parti???
Apa fungsinya???
Adakah pembubaran sayap parti ini membantu dalam usaha mengurangkan politik wang dalam UMNO???



Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail menyatakan hasratnya dan cadangannya untuk membubarkan sayap parti dalam UMNO (Wanita, Pemuda dan Puteri) demi mengurangkan politik wang dalam UMNO...



Seperti biasa, saya akan menyediakan sedikit penulisan akhbar daripada utusan:
________________________________________________________________

KUALA LUMPUR 28 Jan. – Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail mahu organisasi UMNO disusun semula iaitu dengan membubarkan kesemua sayap parti termasuk Putera UMNO.

Beliau yakin langkah itu mampu membanteras gejala politik wang yang kini berleluasa terutama pada musim pemilihan parti.

Sambil mengambil contoh sistem parti di England beliau berkata, kewujudan parti tanpa sayap boleh mengurangkan perebutan jawatan sekali gus menghalang lebih banyak politik wang daripada berlaku.

“Saya terfikir perlukah ada Puteri, perlukah ada Putera. Kewujudan mereka dalam UMNO bagi saya akan menyebabkan lebih banyak berlaku politik wang kerana merebut jawatan.

“Begitu juga dengan Pergerakan Wanita, ia juga perlu dipertimbangkan (dibubarkan). Di England, Parti Buruh dan Konservatif tidak ada sayap Wanita dan masing-masing berpeluang menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan Lembaga Disiplin UMNO di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini...

sekiranya inginkan berita selanjutnya klik disini
__________________________________________________________________

PANDANGAN REVO,
Apakah impaknya sekiranya tiada sayap parti dalam sesebuah parti???
Tidak berguna ke orang yang berjiwa muda dalam sesebuah negara???
Bagaimana pula dengan golongan hawa???
Adakah mereka ini tidak mendatangkan hasil dalam pembentukkan sesebuah negara???

Saya tahu ini cuma satu cadangan daripada orang yang lebih berpengalaman tetapi tidak semestinya cadangan itu satu cadangan yang baik...
Bagi saya, sayap parti ini amat penting dalam sesebuah parti terutamanya pemuda kerana sekarang pemuda perlu dijana demi usaha dalam pembentukkan negara maju selaras dengan polisi negara...

Kalau kita lihat dari segi pentadbiran negara, idea-idea baru dan bernas juga perlu digunakan dalam mentadbir sesebuah negara...
Dalam sesebuah negara maju yang menuju ke WAWASAN 2020, bukan idea orang lama sahaja bahkan idea baru juga berguna terutamanya dari segi pengurusan ekonomi negara...

Kalau kita lihat dari sudut politik pula, orang muda sekarang yang memainkan peranan dalam pemilihan semasa pilihan raya kerana orang yang sudah lama, sudah pasti dengan pegangan mereka...
Tetapi orang baru ini yang perlu kita tarik agar dapat memberi peluang kepada kita mentadbir negara...
Mereka juga diperlukan kerana mereka inilah yang menjadi pengundi atas pagar...
Ini strategi yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat...
Kita kena buka mata....

Masalahnya siapa yang perlu lakukan tugas ini???
Siapa yang perlu menarik golongan muda ini???
Sudah semestilah sayap parti seperti pemuda dan puteri...

Ini yang perlu kita pertimbangkan dalam melakukan sesuatu cadangan...
Impaknya yang perlu kta kaji sebelum membuat cadangan dan keputusan...
Hal seperti ini yang kita perlu analisis demi memartabatkan ISLAM, MELAYU dan NEGARA...
Dalam menentukan sesuatu perkara jangan kita lihat pada satu aspek sahaja...
Banyak aspek dan impak yang kita perlu pertimbangkan...

Tetapi Alhamdulillah apabila ada yang bangkit dan menolak cadangan ini...
Kalau nak kurangkan rasuah banyak lagi caranya.......

Terima kasih... salam...
SELAMAT BERJUANG...

Saturday, January 24, 2009

HARAPAN UMMAT ISLAM DAN PALESTIN MUSNAH

Salam untuk semua...

kenapa saya katakan harapan kita sebagai ummat ISLAM dan PALESTIN hancur/musnah???
Ini semua kerana mainan politik oleh orang yang terlalu ummat ISLAM dan semua orang di dunia harapkan dapat mengubah dunia...



Baru-baru ini Barack Obama dan Hillary Clinton berikrar untuk menyelesaikan konflik dan pada masa yang sama Obama berjanji untuk melindungi keselamatan ISRAEL dan menyokong hak ISRAEL...

Dengan ini saya sertakan penulisan akhbar daripada KOSMO:

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan Setiausaha Negara yang baru, Hillary Rodham Clinton tersenyum ketika mereka berikrar untuk menggandakan usaha bagi mencari penyelesaian damai berhubung konflik Asia Barat, lapor sebuah akhbar semalam.

Obama ketika mengiringi Clinton di bangunan Jabatan Negara pada hari pertama wanita itu melaksanakan tugas barunya itu berkata: "AS komited melindungi keselamatan Israel dan kami sentiasa menyokong hak Israel untuk mempertahankan diri daripada sebarang ancaman."

Kemesraan antara kedua-dua pemimpin yang pernah menjadi seteru ketika berkempen untuk mewakili Parti Demokrat pada pilihan raya Presiden November tahun lalu itu terserlah ketika Obama berucap di hadapan 1,000 kakitangan Jabatan Negara pada Rabu lepas.

"Saya membawa hadiah awal untuk anda semua iaitu Hillary Clinton," katanya.

Clinton kemudian melahirkan rasa gembira kerana Obama sudi singgah di pejabatnya pada hari ketiga beliau menjadi Presiden dan menambah bahawa tindakan tersebut membuktikan bahawa Obama komited berhubung dasar luar AS.

Walaupun beliau mempertahankan Israel dalam ucapannya, Obama turut melahirkan kesedihan mengenai penderitaan penduduk Palestin selama ini.

"Kami melahirkan simpati kepada orang awam Palestin yang amat memerlukan makanan, air bersih dan khidmat perubatan setelah terlalu lama menderita akibat kemiskinan.

"Dasar pentadbiran ini adalah untuk bertindak secara aktif dan agresif dalam mencari perdamaian berkekalan antara Israel dan Palestin di samping Israel dan negara-negara jiran Arab," katanya. - Agensi



PENDAPAT REVO,
Selama ini seluruh dunia terutamanya ummat ISLAM mengharapkan seorang yang kononnya dapat mengubah dunia...
Siapa dia??? Hebat mana dia ni??? Apa kelebihan yang dia ada???
Nampaknya harapan dan impian hanya tinggal mimpi...
keinginan dan hasrat hanya tinggal anggan...

Obama telah menjanjikan kepada israel untuk melindungi keselamatan dan menyokong hak israel...
Apa hak ISRAEL???
Apa yang ISRAEL mahu???
Apa yang masih tidak cukup dengan ISRAEL ni???

Jawapannya mestilah sebuah negara taklukan...
Hak yang mereka mahu dari dulu lagi ialah PALESTIN...
Ini yang ISRAEL laknatullah mahu...
Ini membuktikan bahawa Obama juga menyokong apa yang dilakukan oleh ISRAEL terhadap PALESTIN...

Nampaknya semakin hancurlah PALESTIN sekiranya seluruh ummat ISLAM masih mengharapkan orang yang tak boleh diharapkan atau HopelessMan ini...
Sekarang apa yang penting ialah perjuangan dan kerjasama seluruh ummat ISLAM tidak kiralah dari mana sekalipun kita...

HARAPAN REVO,
Saya berharap kita semua dapat bersama-sama berganding bahu dalam memartabatkan ISLAM dan memperkuatkan serta mengeratkan lagi barisan ummat ISLAM kita agar maruah dan hak kita sebagai ummat ISLAM tidak tercemar...
Tidak perlulah kita mengharapkan orang lain terutamanya yang berlainan agama dengan kita untuk membela ISLAM dan ummatnya...
Sebenarnya perpaduan itu yang dapat membantu kita dalam mencapai kejayaan yang kita mahu..
Janganlah kita terus mengharapkan HopelessMan ini untuk menyelamatkan dunia terutamanya ISLAM dan ummatnya...

Terima kasih... Salam...
SELAMAT BERJUANG...

Monday, January 19, 2009

SURAT TERBUKA KEPADA TUN MAHATHIR

Salam untuk semua...



Harap semua ahli BPN dapat siarkan artikel ini di blog masing masing bagi membolehkan KITA MENDESAK agar Tun Mahathir ( bekas Presiden UMNO ) membuang yang keruh, ambil yang jernih dan kembali memberi sokongan kepada UMNO/BN.

Lebih lebih di bawah bakal PM Malaysia Ke-6 Datuk Seri Najib Tun Razak bulan Mac nanti .. ..
Agar kekuatan Melayu Islam akan kembali kuat bagi menghadapi lawan yang semakin gigih berusaha menjatuhkan pembela agama bangsa kita sejak sekian lama dengan fitnah dan tipudaya....

Ayuhlah sahabat demi melihat bangsa kita tidak lagi diusir di bumi sendiri angkara bersengketa sesama mereka...



Tajuk : TUN MAHATHIR HARUS BUANG YANG KERUH




1. DI Kuala Terengganu, petunjuk yg boleh menyenangkan hati ialah BN masih disokong oleh 30,200 pengundi bermakna BN masih relevan.

2. Kemenangan PAS masih merupakan sambungan tsunami politik PRU12, menunjukkan pembangkang masih beruntung kerana trend itu masih berterusan.

3. Tun Mahathir tidak sepatutnya menutup pintu untuk membantu BN hanya kerana tidak bersetuju dengan Pak Lah atas beberapa perkara, kerana sebagai PM Pak Lah sudah pasti mempunyai reason untuk meneruskan atau membatalkan satu-satu dasar untuk kepentingan negara. Perkara ini pun dilakukan Tun pada ketika dia sbg PM.

4. Tun M dikenali kerana semangat nasionalismenya yg kuat kpd bangsa Melayu & tanah air, namun dalam konteks UMNO Tun telah silap apabila tidak menyokong UMNO sepenuhnya semasa PRU12 dan PRK Permatang Pau & terbaru KTerengganu.

5. Jika Pak Lah seorg yg pendendam, sudah pasti Mukhriz tidak jadi Ahli Parlimen, malah sudah pasti Mukhriz akan digantung keahliannya kerana menulis surat yg tidak patut kpd Presiden.

6. Tunku dahulu tidak mengambil masa lama untuk memecat Tun Mahathir akan perkara yg sama.

7. Maka itu, jika Tun memang benar2lah sayangkan bangsa Melayu, maka Tun perlu membuang egonya.

8. Jika Tun dalam usia 84 masih sanggup terbang ke Kuwait untuk membantu rakyat Palestin, mengapa tidak kepada orang Melayu & UMNO yg pernah dipimpinnya dan yg meletakkannya ke mercu tanda.

9. Penulis berharap Tun berbaiklah semula dengan Pak Lah, janganlah memberi syarat untuk membantu UMNO dan orang Melayu, jika tidak penulis percaya tidak mustahil PRU13 Perdana Menteri Malaysia terpaksa dipilih dalam kalangan MP DAP!

10. Ia tidak mustahil, dahulu di Singapura ada 3 Kerusi MP UMNO, akhirnya PAP berjaya leraikan, mansuhkan dan tutup sama sekali peluang UMNO & Melayu di Singapura.

* ARTIKEL INI HASIL KIRIMAN SESEORANG YANG SAYANGKAN AGAMA BANGSA DAN NEGARANYA...



Harapan dan pendapat REVO
,
Sebenarnya, saya cukup kagum dengan kebijaksanaan Tun Dr Mahathir dalam mentadbir negara tetapi saya harap Tun dapat meneruskan peranan yang Tun lakukan selama ini demi anak bangsa tidak ketinggalan lagi...
Janganlah disebabkan seorang, seluruh rakyat mendapat padah...


Saya rasa Tun masih Ingat dengan sajak Tun yang bertajuk 'MELAYU MUDAH LUPA' dan 'PERJUANGAN BELUM SELESAI'.
Ingatlah bahawa perjuangan kita masih belum selesai kerana masih ramai lagi anak bangsa kita yang tidak terbela nasibnya...
Dan janganlah kita mudah lupa yang kita masih berada di bawah berbanding dengan kaum yang lain...


Dengan ini, saya meminta Tun dengan kebijaksanaannya dan jasanya selama ini, beliau dapat membuang yang keruh dan marilah kita bersama-sama mempertingkatkan ISLAM dan MELAYU agar anak bangsa kita terus maju dan tidak tertindas serta mundur di tanah sendiri....

Saturday, January 17, 2009

PENENTANGAN TERHADAP BLOG HINA ISLAM MENYEPI...

Salam untuk semua...

Kita sibuk dengan usaha murni kita dalam kempen 'KEAMANAN PALESTIN' dan kita juga sibuk dengan PILIHAN RAYA KECIL KUALA TERENGGANU dan kita juga sibuk dengan PILIHAN RAYA KAMPUS...
Tetapi kita sudah lupa dengan perjuangan kita sebelum ini dalam menentang blog yang menghina ISLAM serta RASULULLAH...

Isu blog ADIBAH AHMAD masih lagi belum selesai dan sekarang masih tiada sebarang tindakan...
Begitu juga dengan blog ADIBAH AHMED (http://adibahahmed.blogspot.com) yang sekarang ini masih senang-lenang mengeluarkan post yang menghina ISLAM dan RASULULLAH..
Kenapa tiada siapa yang menentang???
Mana perginya perjuang-perjuanag ISLAM???

Saya tahu sekarang seluruh dunia tengah sibuk dengan isu 'PALESTIN VS ISRAEL'..
saya juga tahu isu 'BLOG HINA ISLAM DAN RASULULLAH' ini tidak sehangat isu PALESTIN...
Tetapi kita tidak boleh melupakan isu blog ini sebab blog seperti ini juga boleh merosakkan maruah ISLAm dan boleh memesongkan akidah ummat ISLAM..
Blog ini telah melebihi tahap sensitiviti ISLAM...

HARAPAN REVO,
Marilah kita bersama-sama mengembalikan semangat kita dalam perjuangan menentang BLOG HINA ISLAM ini dan pada masa yang sama tidak mengurangkan semangat kita dalam kempen ,KEAMANAN PALESTIN'...
Marilah kita bersama-sama berganding bahu atas nama ALLAH dan Islam demi kesejahteraan agamaNya, ISLAM...
Mari kita bersama-sama menutup blog hina islam ini agar maruah ISLAM dan RASULULLAH tidak tercemar...

Dengan ini, saya menggesa semua ahli BLOGGERS PEMBELA NEGARA (BPN) untuk bangkit semula untuk menentang blog hina islam ini...
Saya juga menggesa semua ummat islam bersatu padu walaupun kita berbeza ideologi terutamanya ahli POLITIK yang lebih kuat pengaruh berbanding orang lain untuk mengajak semua menentang blog hina ISLAM ini...
Saya juga menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap penulis blog ini atas sebab tidak menjaga dan melepasi tahap sensitiviti orang lain terutamanya ummat ISLAM...

Terima kasih.. Salam... Selamat berjuangan...

Wednesday, January 14, 2009

RESOLUSI 2/2009 ISU PALESTIN DAN ZIONIS SERTA PANDANGAN BPN

Salam kepada semua...



RESOLUSI 2/2009 ISU PALESTIN DAN ZIONIS SERTA PANDANGAN BPN

RESOLUSI ISU PALESTIN DISERANG ZIONIS ISRAEL
DAN CADANGAN SERTA TINDAKAN BPN:

1. BPN DENGAN INI MENGUTUK SEKERAS KERASNYA TINDAKAN ISRAEL MENCEROBOH PALESTIN TERMASUK MEMBUNUH ORANG AWAM YANG TIDAK BERDOSA DENGAN SEWENANG WENANGNYA.

2. KAMI JUGA MENDESAK AGAR RAKYAT MALAYSIA BERSATU DENGAN MEMBOIKOT BAGI MELEMAHKAN EKONOMI SEMUA SYARIKAT YANG ADA KAITAN DENGAN ISRAEL@ZIONIS DAN MISI MEMBOIKOT INI HENDAKLAH DILAKUKAN SECARA SERIUS, DAN BUKAN SEKADAR SAMBIL LEWA UNTUK PERHATIAN DUNIA SAJA.

3. BPN MENGGESA MESIR SUPAYA TERUS MEMBUKA SEMPADANNYA DENGAN PALESTIN SUPAYA BANTUAN KEMANUSIAAN DAPAT DISALURKAN DENGAN KADAR YANG SEGERA DISAMPING MEMBERI PELUANG KEPADA RAKYAT PALESTIN UNTUK BERLINDUNG DI MESIR

4. PROTES MEMBOIKOT INI AKAN DITERUSKAN SEHINGGA ISRAEL@ZIONIS AKUR DENGAN RESOLUSI-RESOLUSI PBB DAN KEAMANAN PALESTIN DIKEMBALIKAN SEPERTI SEDIAKALA..

5. BPN MENGGESA MALAYSIA MENGADAKAN SATU SIDANG TERGEMPAR OIC BAGI MENGHANTAR TENTERA NEGARA ISLAM DI SEMPADAN PALESTIN UNTUK MEMBERI SOKONGAN MORAL KEPADA PEJUANG PALESTIN.

6. PERTUBUHAN OIC PERLU MENGESA LIGA ARAB MEMAINKAN PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KEMANUSIAAN BAGI MEMBANTU DALAM APA JUA BENTUK SOKONGAN KEPADA PALESTIN.

7. BPN MENGESA SEMUA PEMIMPIN PEMBANGKANG MENYATAKAN PENDIRIAN BERSAMA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL mereka DENGAN MENYERTAI PEMIMPIN KERAJAAN MEMBAKAR BENDERA ISRAEL DAN US SEBAGAI TANDA BANTAHAN KERAS MEWAKILI PAKATAN RAKYAT.

8. BPN MENGGESA NEGARA-NEGARA OPEC MELAKUKAN SIDANG TERGEMPAR BAGI MENYATAKAN PENDIRIAN BERSAMA DALAM MENANGANI KRISIS ISRAEL DAN PALESTIN.

9. RAKYAT MALAYSIA TANPA MENGIRA AGAMA DAN BANGSA DIGESA MENYUMBANGKAN SEBANYAK MUNGKIN WANG RINGGIT UNTUK RAKYAT PALESTIN DI SAMPING MEMBACA YASIN SEKALI SEHARI BAGI ORANG ISLAM YANG BERKESEMPATAN serta MENDOAKAN KEAMANAN DAN KESELAMATAN AKAN KEMBALI PULIH DISANA...

10. BPN MENARUH HARAPAN AGAR NEGARA KITA JUGA AKAN SELAMAT DARI DITIMPA NASIB YANG MALANG SEPERTI MEREKA YANG SUDAH SEMAKIN HILANG SEDIKIT DEMI SEDIKIT TANAH PUSAKA WARISAN KELUARGA SAMADA DENGAN RELA ATAU PAKSA.

Terima kasih... salam...

ISU HUDUD BERGEMA LAGI!!!

Salam kepada semua...

Isu hudud masih menjadi mainan politik Pemimpin Islam dan usaha ini dipandang baik...
Tetapi isu ini telah sekali lagi menjadi kontroversi dalam Pakatan Rakyat...

Kalau sebelum ini, golongan minoriti yang diketuai oleh DAP telah menolak HUKUM ALLAH ini dan kali ini mereka mengancam keluar Pakatan rakyat sekiranya PAS melaksanakan hukum hudud yang mulia ini apabila menjadi kerajaan persekutuan nanti...

Dengan ini saya bawakan anda semua artikel akhbar yang ditulis oleh wartawan berita harian dan pada masa yang sama juga ditulis dalam harian metro:

KUALA LUMPUR: DAP mengancam untuk menarik diri daripada Pakatan Rakyat sekiranya Pas masih mahu melaksanakan undang-undang hudud dan qisas jika pembangkang menerajui negara ini.

Pengerusi DAP, Karpal Singh ketika menyatakan perkara itu mengulangi pendirian bahawa hukum hudud dan qisas bukan menjadi dasar DAP dan tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum Mac tahun lalu.

“Sewajarnya Pas mengambil kira pandangan DAP sebagai anggota dalam Pakatan Rakyat dan menghormati pendirian kami,” katanya kepada pemberita di luar pekarangan Istana Negara di sini hari ini.


Nasihat REVO,
Kalu kita betul-betul memperjuangkan ISLAM, pasti kita tidak bersama-sama dengan orang yang menentang ISLAM...

Pandangan REVO,
klau kita nak HUKUM ALLAH ini dilaksanakan di Malaysia, kita Ummat Islam mestilah bergabung dan berganding bahu demi tidak mengira ideologi...
Ttapi kita kena lihat betulkan akhlak dan peribadi dulu sebelum ingin melaksanakan hukum Allah...
Kalau akhlak pun masih tak betul lagi, kita semasa ISLAM pun masih tak bersepadu, janganlah kita nak harapkan sokongan daripada orang bukan islam...
Kita kena fikirkan dan jangan lupa merevolusiakan diri dan pemikiran agar ISLAM dan MELAYU teru maju dalam dunia yang fana ini...

Terima kasih... salam...

Friday, January 9, 2009

UITM MULA MENGORAK LANGKAH...


Salam...

Post saya yang sebelum ini ada menyatakan tentang Mahasiswa dan demostrasi demi keamanan Palestin...







Dan pada hari ini, UITM sudah memulakan langkah awal mereka dalam memperjuangkan serta memberi sokongan moral kepada saudara kita di PALESTIN...
Hari ini, warga UITM SHAH ALAM telah berhimpun di perkarangan PUSAT ISLAM UITM SHAH ALAM demi menunjukkan perasan marah serta bantahan kepada perbuatan kejam ISRAEL...

Pada masa yang sama, Perdana Menteri kita YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi hadir untuk melancarkan 'tabung derma demi keamanan PALESTIN UITM'...
Dengan ini, pihak UITM mengambil kesempatan untuk menyampaikan memorandum untuk memberi sokongan kepada PALESTIN dan menunjukkan bantahan kepada perbuatan kejam ISRAEL...

Ini satu usaha yang baik bagi mewakili pihak institusi pengajian tinggi dan juga memberi sokongan kepada kerajaan yang akan membawa usul keamanan PALESTIN ini ke mesyuarat PBB dan PARLIMEN KHAS nanti...

Tidak lupa juga bahawa pada hari SABTU, 10/1/2009, pihak UITM telah menganjurkan aktiviti yang memberi kesedaran kepada semua warga UITM dan ummat ISLAM terhadap apa yang telah berlaku di PALESTIN di DATARAN CENDIKIA, PADA 8.30 MALAM...

Nasihat REVO,
Saya harap pihak UITM tidak berhenti di sini sahaja bahkan kita tidak putus-putus membela AGAMA dan rakyat PALESTIN...
Jangan jadikan sesuatu itu sebagai penghalang kepada perjuangan kita...
Saya juga berharap agar ada lagi usaha-usaha yang dijalankan oleh pihak UITM...
Sebagai pelajar ummat ISLAM dan pelajar UITM, saya akan terus menyokong segala usaha pihak UITM...

Penghargaan daripada REVO,
Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak atasan UITM yang bersedia untuk mengadakan aktiviti dan kempen ini.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada kelab-kelab dan persatuan-persatuan dalaman UITM yang berjuang dan bersama-sama pihak atasan UITM menganjur aktiviti ini.
Tidak lupa juga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan saya yang menyediakan gambar yang berfungsi sebagai ilusi yang boleh digunakan untuk penulisan post saya kali ini...
tidak dilupakan juga kepada semua pelajar UITm yang menyokong segala aktiviti dan kempen 'KEAMANAN PALESTIN' yang dijalankan oleh pihak UITM..

Terima kasih... Salam...

Thursday, January 8, 2009

MAHASISWA , DEMOSTRASI DAN PALESTIN!!!

Salam...



Anda mesti hairan dengan tajuk post saya kali ini...
Post saya kali ini ialah tentang kaitan Mahasiswa, demostrasi dan Palestin...
Ini memberi kelebihan kepada Siswa dan Siswi Universiti untuk membantu dan memberi pertolongan dari segi moral kepada saudara kita yang berada di Palestin yang menjadi mangsa bagi perbuatan KEJAM, ZALIM dan BIADAP orang ISRAEL...

Apa yang saya maksudkan ialah semua pelajar Universiti boleh melakukan demostrasi untuk memberi pertolongan dari sudut moral kepada rakyat Palestin yang dalam kesusahan akibat kekejaman ISRAEL...
Sementara itu, ini juga dapat menunjukkan sikap marah dan bantahan rakyat Malaysia atas perbuatan ISRAEL yang biadap ini...

Di sini, saya sediakan penulisan akhbar daripada utusan:

Mahasiswa dibenar sertai demonstrasi kutuk Israel
08/01/2009 3:50pm

KUALA LUMPUR 8 Jan. - Pelajar universiti di negara ini dibenar menyertai mana-mana demontrasi membantah tindakan kejam Israel menyerang Palestin manakala pihak universiti pula boleh menganjurkan demontrasi bantahan itu, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Katanya kementerian tidak mempunyai sebarang halangan kepada pelajar dan universiti untuk membuat bantahan seperti itu berikutan pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang diluluskan Parlimen bulan lepas, yang membenarkan pelajar bersekutu dengan atau menjadi anggota sesuatu pertubuhan, persatuan atau organisasi sama ada dalam atau luar negara.

“Pindaan kepada AUKU membenarkan pelajar untuk bergiat dalam aktiviti-aktiviti sebegini rupa, maka tidak ada halangan untuk mereka menyatakan sikap dan pendirian menyertai usaha yang dilakukan.

“Saya percaya dengan kematangan pelajar dan mereka boleh menggunakan kebijaksanaan sendiri (untuk menentukan pendirian mereka),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ’Malaysia Future Leadership’ anjuran CIMB Group and The Wall Street Journal Asia di Universiti Malaya di sini hari ini. - BERNAMA


Pendapat REVO,



Saya sebagai mahasiswa UITM, berharap pihak pentadbiran UITM dapat melakukan demostrasi atas alasan UITM mempunyai pelajar ISLAM yang paling ramai...
Saya juga ingin mengajak semua pelajar UITM untuk bersama-sama pihak UITM agar dapat melakukan demostrasi ini...
Saya juga berharap pihak UITM mempertimbangkan perkara ini dan pelajar dapat sama-sama menyertai sekiranya pihak UITM ingin melakukannya...
Saya juga berharap universiti lain juga dapat lakukan demostrasi ini...
Sebagai ummat ISLAM kita perlu lakukannya atas sifat perikemanusiaan dan belas kasihan kita...

Terima kasih... Salam...

Tuesday, January 6, 2009

Resolusi 1/2009 : BOIKOT BARANGAN ISRAEL/ USA !!!

Salam...

Resolusi 1/2009 : ISU PALESTIN DAN GESAAN BOIKOT BARANGAN ISRAEL / USA



1. Kami ahli BPN sebulat suara mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman tentera Israel keatas umat islam di bumi palestin' Kami juga mengesa agar semua blogger diMalaysia tanpa mengira idelogi agar bersama-sama mengutuk perbuatan yang tidak berperikemanusiaan tersebut.

2.Pengguna Islam Digesa Boikot Barangan Yahudi/ US . Marilah kita bersama-sama melaksakan kewajipan agar penghinaan kepada Islam mendapat pembalasan sewajarnya.



Link untuk barang barang Israel dan USA ada disiarkan di sini untuk disiarkan juga di blog blog sahabat BPN semua

http://www.inminds.co.uk/boycott-israel.html

http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/yahudiboikot.html

3. Kami juga menggesa agar pihak PBB lebih bertegas dalam menagani isu pencerobohan ini dan mendesak pihak Amerika agar berhenti dari terus menyokong tindakan dan polisi ketenteraan zionis tersebut.

4. Kami juga mengesa agar pihak kerajaan menghantar memorandum bantahan kepada Negara Israel dan Amerika terhadap pencerobohan ini. Sekiranya pihak Negara Amerika masih terus juga meneruskan dasar polisi luar mereka menyokong dan membantu pihak Yahudi Zionist maka kami mengesa pihak kerajaan Malaysia memutuskan perhubungan diplomatik dengan mereka.

5. SEMUA BLOGGER DIGESA MENYEBAR LUASKAN RESOLUSI INI DAN MENGHANTARNYA KEPADA MEDIA MASSA DAN ELETRONIK SERTA MENAMPAL DI MANA MANA FORUM ATAU MYSPACE ATAU YOUTUBE ATAU KOMEN BAGI MEMASTIKAN KESAN OPTIMUM GERAKAN INI

6. BPN mengesa agar pertubuhan OIC memainkan peranan mereka dengan lebih berkesan lagi serta bersatu dalam menangani situasi yang melibatkan negara Islam serantau.Semua negara OIC diminta untuk mendesak PBB agar bertegas dalam isu Palestin.



7. BPN menggesa semua ahli BPN dan juga para blogger menyiarkan logo BOIKOT ISRAEL USA dan Link senarai barangannya di blog blog masing masing demi agama bangsa dan negara kita.


Disediakan oleh :


Panglima Perang Cyber,
YDP Blogger Pembela Negara ( BPN )
http://penembak-tepat.blogspot.com

Sunday, January 4, 2009

MURID TADIKA TERTINDAS LAGI???

Salam kepada semua...

Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) telah diarah untuk mengosongkan 700 permis oleh kerajaan negeri Perak..
Apa semua ni???
Mana sifat kemanusiaan yang sepatutnya ada dalam MB Perak yang mewakili parti yang membawa imej ISLAM ni???
Mana janji2 yang telah ditaburkan dulu???
Tak serik-serik lagi ke selepas telah banyak tutup tadika???
ISLAM apa kalau buat benda macam ni???
Mana pembelajaran ISLAM yang kuat sebelum ni pergi???
Kenapa biadap sangat ni???


Untuk penerangan lebih lanjut, saya bawakan penulisan akhbar Utusan Malaysia yang dikarang oleh AZMI ABDUL MALEK:

BAGAN DATOH 3 Jan. - Kira-kira 13,000 murid tadika di negeri ini mungkin terjejas pembelajaran mereka ekoran tindakan kerajaan negeri Perak mengarahkan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) mengosongkan 700 premis tadika milik agensi itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beberapa pegawai Kemas mendakwa mereka telah diarahkan oleh Pejabat Daerah supaya menyerahkan kunci dewan orang ramai dan pejabat Kemas kepada kerajaan negeri sejak beberapa bulan lalu.

Menurutnya, sesetengah Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Persekutuan (JKKP) telah menyerahkan kunci premis berkenaan kepada Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Negeri (JKKKN) kerana tidak mahu bertengkar dengan mereka.

"Bagaimanapun masih ada pegawai Kemas yang belum menyerahkan kunci berkenaan kerana mempertahankan hak masing-masing.

"Kerajaan Perak tidak berhak mengguna dan mengendalikan program dalam bangunan yang dibina sendiri oleh Kerajaan Pusat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Mesra Rakyat dan Sukaneka anjuran Kemas Negeri Perak di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, kakitangan dan guru Kemas di negeri ini berhak mempertahankan kepentingan 13,000 kanak-kanak yang seharusnya mendapat pendidikan awal apabila sesi persekolahan bermula Isnin ini.

Beliau kesal dengan tindakan kerajaan negeri yang menidakkan hak anak-anak penduduk miskin di negeri ini untuk menerima pendidikan awal.

Sehubungan itu, beliau meminta kakitangan Kemas meneruskan program mereka walaupun dipaksa keluar daripada premis berkenaan.

"Saya juga meminta kerajaan negeri menarik balik arahan yang boleh merugikan masyarakat itu,'' tegasnya.

Menurutnya, adalah tidak wajar kanak-kanak prasekolah menjadi mangsa akibat keangkuhan dan permainan politik pihak tertentu di negeri ini.


Nasihat REVO:
Kepada kerajaan negeri,
Cukuplah dan berhentilah daripada terus menindas rakyat yang sebelum ini bertentangan dengan dasar PR..
Kepada pegawai Kemas,
Teruskanlah berjuang menentang arahan yang zalim yang diarahkan oleh kerajaan negeri Perak ini demi kebaikan masyarakat dan rakyat Perak...
Kepada Kerajaan Pusat,
jangan terus berdiam dan sambung perjuangan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang cuba memperjelaskan hal ini kepada kerajaan negeri Perak yang masih mentah lagi dan halanglah kerajaan negeri daripada terus menindas rakyat...

Terima kasih... salam...

Friday, January 2, 2009

TERBARU: BLOG HINA RASULULLAH 2...

Salam untuk semua...

Sebelum ini kita digemparkan dengan blog hina ISLAM dan RASULULLAH yang menggunakan identiti sebagai adibah ahmad yang merupakan seorang perempuan melayu dan dikenalpasti ia satu identiti palsu yang digunakan oleh blogger itu...

Kini, penemuan satu lagi blog yang dianggap biadap seperti ini ditemui... Blog ini mengunakan nama dan identiti yang seakan-akan sama dengan blog sebelum ini...
Blog ini menggunakan nama ADIBAH AHMED...

Blog yang saya maksudkan ialah http://adibahahmed.blogspot.com

Mari kita bersama-sama berganding bahu untuk menghapuskan blog yang seperti ini dan blog yang tidak tahu menghormati agama lain serta blog yang tidak memikirkan sensitiviti rakyat lain di Malaysia ini...

Terima kasih... Salam...
width='450';height='350';frameborder='0';scrolling='no';marginheight='0'; marginwidth='0';allowtransparency='true';src='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara/embed?;fgcolor=6699cc;bgcolor=ffffff;textbgcolor=ffffff;textfgcolor=000000;sound=1;border=1;w=$0;'>
style='width:450px;text-align:center;'> href='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara'style='color:#0000FF;'>Bloggers Pembela Negara-Fullscreen ====================================================================================== -->
REVOLUSI © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates