Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;

(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).
~surah AN-NISA' ayat 138-139~

TRANSLATOR

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Tuesday, February 24, 2009

APA COMMENT PAS???

Salam buat semua...
Salam hormat...



Berita terbaru tentang negeri di bawah pimpinan pembangkang, Pakatan Rakyat, ialah tentang Penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama yang diwujudkan kerajaan PR di P.Pinang dan majlis ini dianggap menghina ISLAM oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang kerana menyamakan ISLAM dengan agama lain...

Saya bawakan penulisan akhbar utusan:
---------------------------------------------------------------------
Oleh HASNURUL MOHAMED
utusanpenang@utusan.com.my

NIBONG TEBAL 23 Feb. – Penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama oleh kerajaan negeri Pulau Pinang mesti dihentikan kerana ia meletakkan Islam sama taraf dengan agama-agama lain.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Shabudin Yahaya berkata, cubaan menyamakan Islam dengan fahaman agama lain ternyata menghina Islam dan tindakan seperti itu mesti dihentikan.

Katanya, MAINPP berasa cukup tersinggung apabila ada beberapa ahli jawatankuasa (AJK) majlis tersebut terdiri daripada orang Melayu.

‘‘Saya difahamkan ada tiga orang AJK Melayu beragama Islam duduk dalam majlis tersebut yang kononnya mahu menuntut kesamarataan agama.
selanjutnya..
----------------------------------------------------------------
REVO:



Apa pula comment PAS???
Takkan lah masih hendak berdiam diri???
Mana perjuangan ISLAM anda???
Mana pergi perjuang2 ISLAM PAS???



Mana pergi Haji Hadi???
Takkanlah maasih nak tidur lagi???
Bangunlah perjuangkan apa yang dijanjikan sejak dulu lagi...

Kalau bangsa yang ingin disamatarafkan, itu masih boleh dipertimbangkan dan memang tidak salah untuk setarafkan darjat bangsa itu...
Tetapi bila sudah ISLAM yang ingin disamatarafkan,
ini sudah melampau dan biadap...

Saya risau sekiranya satu hari nanti, ISLAM tidak menjadi agama rasmi negara kita, MALAYSIA..

Perkara ini boleh berlaku dan jangan terkejut bila perkara ini berlaku kerana kalau tiada pemimpin yang betul-betul memperjuangkan ISLAM, maka jadilah begini...
Kalau mulut sahaja cakap nak perjuangkan ISLAM tetapi tangan tak jalan dan hati kita tak semaikan dengan perjuangan itu, perjuangan apa macam tu???

Marilah kita bersama-sama mempertahankan ISLAM agar ISLAM tidak terus dihina dan dipandang rendah oleh masyarakat bukan ISLAM...
Jangan sampai ISLAM sudah jatuh dekat MALAYSIA ni, baru kita nak sedar...
Jangan sudah terhantuk, baru nak terngadah...

Sedarlah wahai ummat ISLAM, ISLAM akan terus cuba dijatuhkan sekiranya kita tidak mempertahankannya...

Terima kasih... Salam...
SELAMAT BERJUANG...

Wednesday, February 18, 2009

KEBODOHAN YANG KETERLALUAN !!!

Salam buat semua....

Berita terbaru krisis politik Perak tentang penggantungan dari masuk Dewan Undangan Negeri Menteri Besar Perak dan exco yang Barisan Nasional yang dilantik oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah...



Penggantungan ini kerana kononnya pelantikkan dan angkat sumpah yang dilakukan bertentangan dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak...

Saya bawakan penulisan akhbar mstar:
----------------------------------------------------------------------
MB Perak dilarang hadir DUN 18 bulan, 6 Exco 12 bulan

IPOH: Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir digantung sertamerta dan dilarang daripada menghadiri sesi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak selama 18 bulan.

Sementara enam Anggota Majlis Mesyuarat (Exco) kerajaan negeri digantung selama 12 bulan daripada menghadiri sesi DUN juga berkuatkuasa hari ini.

Speaker DUN Perak V. Sivakumar mengumumkan keputusan itu selepas Zambry dan enam Exco berkenaan tampil di hadapan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN di sini hari ini.

Kesemua tujuh Adun BN itu sebelum ini diberi notis saman supaya tampil di hadapan jawatankuasa itu berikutan aduan Adun Canning (DAP), Wong Kah Woh, bahawa majlis angkat sumpah jawatan mereka bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan menghina DUN kerana Menteri Besar Ke-10, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, belum meletak jawatan secara rasmi.

Sivakumar berkata setelah meneliti aduan tersebut, beliau mendapati satu kes prima facie terhadap Zambry (Adun Pangkor), Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).

selebihnya klik disini
------------------------------------------------------------------
REVO:

Keputusan bodoh apa yang PR buat ni???
Nak salahkan siapa sebenarnya ni???
Nak salahkan Sultan ke???
Jangan biadap sangat...



Bapak kotor politik PR ni???
Sebelum ni kata BN yang main kotor...
Tak ke menipu tu berdosa???
Jadi, siapa yang masuk PR dan undi PR, berdosa jugalah korang...

Masuk parti dorang dapat pahala, masuk parti lain dapat dosa...
Masuk parti dorang masuk syurga, masuk parti lain masuk neraka...

Kepala otak kau la...
Jangan la nak mempermainkan ISLAM...
Sudah-sudah la menipu guna agama...
Dilaknat Allah...

Sedar la diri tu...
Sekarang ini, keputusan yang dibuat tu salah siapa???
Siapa yang lantik MB dan exco BN???
Sultan kan???
Nak salahkan Sultan ke???
PR ni tak fikir ke???

Apa??? langgar Undang-Undang???
Siapa yang langgar undang-undang???
Siapa yang buat keputusan???
Sultan kan???
Nak salahkan Sultan ke???
Jangan jadi bodoh la...

PR ni tak sedar ke berapa ramai orang yang pakar dalam undang2 memperakui keputusan Sultan itu atas mengikut undang2 tubuh negeri perak dan perlembagaan negara...
Bahkan Pengerusi Majlis Peguam yang dikawal oleh PR tu pun kata Sultan yang betul...
Tak payah la tunjuk korang yang lagi hebat undang2 dari orang lain...
Korang bukannya ada kelulusan undang2 pun...

Jangan kurang ajar...
Jangan biadap...
Jangan bodoh sangat...
Jangan kejam...
Jangan zalim...

Tetapi pengundi yang nak pemimpin yang kurang ajar, biadap, bodoh, kejam, dan zalim ini...
Kita kena ingat, pemimpin ini melambangkan keperibadian kita...
Kalau pemimpin itu kurang ajar, maka kita lagi kurangajar sebab kita pilih dia..
Kalau pemimpin itu biadap, maka kita lagi biadap kerana kita pilih kita...
Kalau pemimpin itu bodoh, maka kita lagi bodoh kerana kita yang pilih dia...
Kalau pemimpin itu kejam, maka kita lagi kejam kerana kita yang pilih dia...
kalau pemimpin itu zalim, maka kita lagi zalim kerana kita uang pilih dia...

Korang nak ke jadi kurang ajar, biadap, bodoh, kejam dan zalim...
Jadi fikir-fikirkan lah sebelum memilih pemimpin pada PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau nanti...

Terima kasih... Salam...
SELAMAT BERJUANGAN...

Wednesday, February 11, 2009

KENAPA NIZAR PERLU LETAK JAWATAN???

PANDANGAN PENSYARAH UNDANG-UNDANG UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) BERKAITAN KRISIS DI PERAK


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Saya akan kemukakan fakta berlandaskan undang-undang yang terdapat dalam Perlembagaan negeri Perak dan Perlembagaan Persekutuan. Sesungguhnya tindakan meyaman sultan merupakan tindakan biadap dan tergopoh gapah. Menyedihkan apabila tajuk posting terbaru Anwar Ibrahim berbunyi : Constitutional crisis caused by the Sultan, yang jelas merujuk kepada DYMM Sultan Azlan Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan.

Mengapa Nizar Harus Letak Jawatan

Perlembagaan Persekutuan dalam artikel 43(2)(a) jelas menyatakan bahawa Yang Dipertuan Agong berhak melantik ketua eksekutif yang telah mendapat sokongan majoriti Dewan Rakyat. Benar dakwaan Nizar mengatakan bahawa Sultan bertindak atas nasihat beliau sebagai ketua kerajaan. Ini termaktub di dalam artikel 40(1) dan 40(1A) yang terdapat didalam perlembagaan. Namun Nizar harus membaca Artikel 40(2)(a), (b), dan (c) bersama. Ini kerana ia jelas menyatakan hak esklusif Sultan yang boleh bertindak sendirian tanpa mengikuti nasihat beliau di dalam perkara membabitkan perlantikan ketua kerajaan (selagi beliau mematuhi provisio dalam 43(2)(a)), kedua baginda mempunyai kuasa untuk TIDAK MEMBUBARKAN DEWAN PERWAKILAN (Parliament atau DUN Negeri), dan terakhir memanggil semua Raja-raja untuk mesyuarat Majlis Raja-raja.

Berikut merupakan provisio yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi berdasarkan Akta Interpretasi, ia diaplikasi kepada semua perlembagaan negeri kerana perlembagaan negeri mesti sama dengan perlembagaan persekutuan. Berbalik kepada perlembagaan di Perak, Artikel 16 Fasal 7 Perlembagaan Negeri Perak menyebut seseorang anggota majlis selain MB (Menteri Besar) memegang jawatan atas perkenan Sultan. Dengan lain perkataan, MB tidak boleh dipecat. Klausa ini telah disalah tafsir oleh pemimpin dan penyokong Pakatan pembangkang. Benar seorang Menteri Besar tidak boleh dipecat oleh Sultan jika Menteri Besar itu masih mempunyai sokongan majoriti Dewan perwakilan. Tetapi jika keadaan sebaliknya, Sultan mempunyai hak untuk memecat MB.

Hung Parliament

“Hung parliament” bermaksud tiada majoriti jelas dalam sesebuah Dewan Rakyat atau DUN. Sebagai contoh, parti A mempunyai 89 kerusi dan parti B 88 kerusi, atau kedua-dua sama 89 kerusi, dalam situasi ini lebih elok diadakan pilihanraya semula kerana beza kerusi cukup tipis. Walaubagaimanapun tidak wujud situasi “hung parliament” di Perak ketika ini kerana BN memiliki majoriti 3 kerusi. Dan seperkara lagi yang harus diambil kira ialah jumlah kerusi yang terdapat di Perak ialah 59 kerusi. Perbezaan jelas dan tiada masalah kerana perbezaan ialah 3 kerusi daripada 59 kerusi merupakan suatu jumlah yang jelas.

3 ADUN Sudah jumpa Sultan

Anwar Ibrahim dan bekas speaker DUN Perak Sivakumar mahu mengadakan sidang khas DUN bagi menjalankan “vote of no confidence” terhadap Nizar. Untuk pengetahuan kedua-dua manusia di atas, perlembagaan tidak pernah menyebut bagaimanakah caranya untuk jelaskan “vote of no confidence” itu. Dalam kes Stephen Kalong Ninkan v Tun Abg Hj Openg & Tawi Sli (1966), sebuah surat ditandatangani oleh majoriti ADUN negeri Sarawak tidak diterima oleh mahkamah kerana ia dikatakan terdapat unsur penipuan dan tidak jelas. Tambahan pula tidak semua ADUN hadir ke persidangan khas terbabit. Ini menunjukkan bahawa surat ditandatangani boleh menjadi sah jika ia tidak terdapat unsur penipuan. Oleh itu, tidak disebut bagaimana cara “vote of no confidence” itu sewajarnya diadakan. Cukupkah dengan berjumpa dengan DYMM Sultan? Atau mengangkat tangan sebagai undian seperti kita lakukan untuk pilih ketua darjah dahulu? Atau dengan surat berserta tandatangan yang sah?

Oleh kerana ia tidak disebut, maka apa jua cara pun boleh diguna selagi ia boleh membawa perhatian DYMM ke atas isu terbabit. Saya difahamkan ketiga-tiga ADUN Bebas tersebut telah pun berjumpa mengadap ke-bawah Duli Tuanku untuk menyatakan pendirian mereka. Jangan dipersoalkan 28 ADUN BN yang lain kerana sudah tentu mereka menyatakan sokongan terhadap BN. Begitu juga 28 lagi ADUN Pakatan. Tumpuan kita seharusnya kepada 3 ADUN ini sahaja.

Perjanjian Yang Tidak Sah.

Saya juga difahamkan bahawa terdapat perjanjian tidak bertarikh ditandatangani oleh wakil-wakil Pakatan setelah menang dalam pilihanraya lalu. Perjanjian tersebut menyatakan mereka akan letak jawatan jika lompat parti. Persoalannya adalah ia tidak logik dan tidak sah dari segi undang-undang.
Artikel 10(1) (c) menyatakan hak warganegara untuk menyertai mana-mana persatuan, selagi ia berdaftar dan sah. Namun artikel 10(2)(c) menyatakan “parliament may by law impose on the right conferred by paragraph (c) of clause (1), such restriction as it deems necessary or expedient in the interest of the security of the Federation or any part thereof, public order or morality.”
Persoalannya disini adakah BN merupakan pertubuhan yang tidak bermoral dan mengancam keselamatan negara? Tidak bermoral kerana lompat parti? Dulu Nizar kata ia tidak salah dari segi undang-undang bukan?

Kesemua hujah diatas dibuat selepas saya merujuk kembali perlembagaan persekutuan dan undang-undang tubuh kerajaan Negeri Perak. Tindakan Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan amatlah dialu-alukan demi membuktikan hujah saya diatas. Karpal tahu undang-undang ini, cuma oleh kerana beliau bertindak berkapasitikan posisi beliau sebagai pemimpin pembangkang, sudah tentu beliau tidak mahu mengalah. Datuk Ambiga Sreenevasan, President Bar Council dalam keterangannya kepada NSTP juga mengatakan Sultan mempunyai kuasa untuk memecat Nizar. Pakar perlembagaan dan pensyarah Fakulti Undang-undang UiTM, Prof Dr.Shad Saleem Faruqi dalam kenyataannya kepada Bernama juga bersetuju bahawa Sultan mempunyai kuasa esklusif terbabit.

Lebih menarik lagi, orang yang membuat keputusan ini ialah DYMM Sultan Azlan Shah sendiri yang juga merupakan mantan Ketua Hakim Negara. Sudah tentulah beliau telah mengkaji terlebih dahulu akan kesahihannya. Siapa Karpal Singh?

Detik Terkena Batang Hidung Sendiri.

Suatu ketika dahulu Anwar kerap kali menyatakan bahawa beliau mahu merampas kuasa dengan beberapa ahli parlimen BN yang akan melompat ke Pakatan. Kini situasi telah berubah. Anwar telan ludah sendiri. Kepada penyokong Pakatan yang tidak berpuas hati, terimalah hakikat bahawa ini merupakan proses demokrasi yang kamu semua pernah perjuangkan dahulu sebelum 16 September 2008.

Saya juga berharap kenyataan saya kali ini dapat menenangkan perasaan penyokong Pakatan yang marah dan kecewa. Terima lah hakikat bahawa kita masih bersultankan Melayu, bukan bertuankan Anwar Ibrahim. Kita masih berbudayakan Melayu dan Malaysia, bukan kurang ajar dan derhaka, dan ini semua berlaku diatas “kebenaran” undang-undang itu sendiri, dan bukan dengan sesuka hati DYMM Sultan Azlan Shah. Daulat Tuanku!

oleh,
Siddiq Azani,Fakulti Undang-undang UiTM Malaysia.

Sunday, February 8, 2009

NIZAR VS SULTAN AZLAN SHAH

Salam buat semua...

Nizar nak ajar Sultan???
Ajar apa???
Undang-undang???
pelik tu...
Siapa yang sepatutnya ajar tentang undang-undang ni???

Saya bawakan anda biodata dan latar belakang Nizar dan Sultan Perak.
------------------------------------------------------------------




Sultan Azlan Shah
Nama:Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.
Education
Study law at the University of Nottingham where he obtained the degree of Bachelor of Laws in 1953.
• University of Nottingham, Honorary Doctor of Law, July 11, 1986
• Honourable Society of Lincoln's Inn, Honorary Bencher, 1988
• Universitas Gajah Mada, Jogjakarta, Indonesia, Honorary Doctor of Law, September 28, 1990
• Universiti Brunei Darussalam, Honorary Doctor of Law, October 30th 1990
• Chulalongkorn University, Bangkok, Thailand, Honorary Doctor of Law, December 19, 1990.
• Royal College of Physicians of Ireland, Royal College of Surgeons in Ireland, Royal College of Surgeons of Edinburgh, Honorary Fellow, October 2, 1991
• Royal College of Surgeons, England, Honorary Fellow, 1999.
Career:
• Malaysia judge
• Lord President of the Federal Court.
---------------------------------------------------------------------



Nizar
Nama:Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin
Education:
• Anglo-Chinese School (Primary), Kampar, Perak.
• Anglo-Chinese School (Secondary), Kampar, Perak.
• Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh Perak
• Advance A-Level, Norwich City College Of Arts & Technology, Norwich, Norkfolk, England.
• BSc. Mechanical Engineering, University of Aston, Birmingham, England.
Career:
• Senior Manager, Daya Urus Sdn Bhd
• Managing Director, Pen Urus Harta Sdn Bhd (Subsidiary of Penang Development Corporation)
• Managing Director, Bakat Gemilang Sdn Bhd
• Partner, MEC’s Engineer - Engineering Consultant.
----------------------------------------------------------------------------
REVO:
Siapa yang lebih layak mengajar tentang undang-undang ni???
Sedarlah diri tu nizar...
sebab kau tak ada kelayakan dalam undang-undang pun....

Kalau nak dibandingkan dengan Sultan, sultan jauh berjuta-juta batu lebih pandai daripada kau tentang undang-undang ini....

Tak payah la kau nak mengajar sultan....
Undang-undang mana kau pakai yang kau katakan Sultan salah ni???
Buku mana kau baca???
Siapa yang bagi tahu kau???
Anwar??? Hj Hadi??? Karpal???
Betul ke apa yang dia cakap tu???

Karpal tu peguam???
Sedarlah sebab karpal tu bukan melayu...
Kita tidak tahu agenda yang cuba disembunyikan...
Anwar cakap????
Apa kelayakan Anwar dalam undang2???
Tak ada pun...
Dia tidak layak bercakap tentang undang2....
Hj Hadi????
kalau Anwar pun tak boleh, apa lagi Hj Hadi tu...

Cukup-cukuplah kena tipu....
Bangunlah dari mimpi tu.......
Janganlah jadi Hang Jebat.....
Hentikan je lah........
malu la sikit......
Jangan jadi orang Melayu yang bodoh.........

KEPADA ORANG MELAYU YANG LAIN, JANGANLAH KITA JADI ORANG MELAYU BODOH...
JANGAN DERHAKA KEPADA SULTAN KITA.....
KALAU TAK ADA SULTAN, KITA TAK AKAN DIIKTIRAF DEKAT MALAYSIA NI....
JANGAN SEBAB KAUM LAIN, KITA DERHAKA KEPADA KETUA KITA...
BIAR MATI ANAK, JANGAN MATI ADAT.....
SEDARLAH WAHAI BANGSAKU....
TERUSKAN PERJUANGAN KITA DALAM MENENTANG ORANG YANG CUBA UNTUK MENJATUHKAN ISLAM DAN MELAYU.......
NIZAR CUBA JATUHKAN ISLAM DAN MELAYU KERANA DIA INGIN JATUHKAN KETUA ISLAM DAN MELAYU DI PERAK........


Terima kasih... Salam...
SELAMAT BERJUANG...

Saturday, February 7, 2009

MBGK: MENTERI BESAR GILA KUASA!!!

Salam buat semua...

Apa cerita ni???
Tak sedar diri ke???
Tolonglah malu sedikit???
Buat malu ISLAM dan MELAYU sahaja....



Bekas Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin masih menganggap dirinya sebagai MB yang sah kerana menunggu keputusan mahkamah walaupun sudah sah dia tidak lagi menjadi MB Perak.

Seperti biasa penulisan akhbar Utusan dan Bernama disediakan:
--------------------------------------------------------------------
IPOH 7 Feb. - Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang masih menganggap menjawat jawatan Menteri Besar, berkata barisan exco Pakatan Rakyat akan meneruskan tugas seperti biasa sehingga Mahkamah Tinggi memutuskan kedudukan kerajaan negeri itu.

Mohammad Nizar yang mempengerusikan mesyuarat khas exco di kediaman rasmi Menteri Besar Perak berkata Pakatan Rakyat menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan sama ada kerajaan negeri yang ada sekarang sah atau sebaliknya.

“Jadi kita serah sebulat-bulatnya kepada mahkamah untuk menentukan. Kalau mereka teruskan (angkat sumpah exco kerajaan negeri Barisan Nasional) sebelum mahkamah bersidang, maknanya kita akan ada dua menteri besar dan dua kerajaan.

Belum pernah ada dalam dunia begini,” katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di sini hari ini. - Bernama
-------------------------------------------------------------------------

REVO:
Tolong la sedar sikit diri tu Nizar....
Ko tu dah tak layak jadi MB Perak sebab kau telah dibuang oleh SULTAN PERAK...
Tak sedar lagi ke???

Kau kena ingat yang lantik kau jadi MB, Sultan yang lantik kau...
Kalau bukan kerana Sultan, jangan haraplah kau nak rasa duduk dekat kerusi MB tu...
Jangan nak berangan la........

Sultan yang lantik kau, jadi Sultan yang berhak nak tarik balik walau siapa sekali pun kau...
Kau jadi Perdana Menteri sekali pun, kalau Sultan nak tarik, kau akan jatuh juga...

Jangan kita jadi melayu bodoh...
jangan disebabkan kuasa, melayu dipijak...
Kalau bukan sebab Sultan Perak, kau tak akan jadi MB sebab DAP yang nak jadi MB dekat Perak tu...
Baru dapat MB dah nak besar kepala sampai nak lawan Sultan...
Baru jadi kerajaan negeri, kalau jadi Kerajaan Pusat nanti, apa yang jadi pun tak tahu la...
Inilah dia orang Melayu yang bodoh...
Malu dibuatnya bila ada orang melayu yang bodoh macam ni...
Kepada sesiapa yang baca artikel ini, jangan jadi bodoh macam Nizar ni sebab kita sendiri akan merana nanti...

Nak lawan Sultan konon...
Nak saman Sultan pula tu...
Tolong la sedar sikit...

Jangan kau sentuh Sultan kami...
Jangan kau sentuh raja kami...
Jangan kau sentuh ketua kami...
kalau kau berani sentuh, Sultan kami lebih berani...
Kalau kau sentuh, kami, orang MELAYU lebih berani daripada orang bodoh macam kau ni...

Kenapa tak boleh terima yang kau bukan MB lagi???
Sebab Camry ke???
Sebab rumah ke???
Sebab duit ke???
Sebab DAP ke???

Kalau itulah sebabnya sampai nak lawan Sultan tu, BERAMBUS kau dari kerusi MB tu...
Sebab kerusi itu BN yang punya...
Tolong sedar diri tu sedikit...


Terima kasih... Salam...
SELAMAT BERJUANG...

Wednesday, February 4, 2009

SISTEM BARTER: 1 PARLIMEN TUKAR DENGAN 1 NEGERI !!!

Salam buat semua...

Syukur kepada ALLAH,
Tahniah kepada BN....

Ujian Allah selama 11 bulan kepada Pakatan Rakyat dalam mentadbir Negeri Perak telah selesai dan mereka gagal dalam ujian Allah ini....



Kini, kerajaan negeri Perak telah diambil alih oleh Barisan Nasional kerana PR hilang mojoriti dalam jumlah ADUN atas sebab 4 ADUN mereka keluar parti...

Dengan ini saya sediakan penulisan akhbar daripada UTUSAN:

---------------------------------------------------------------------------
PUTRAJAYA 4 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan baru di Perak dengan kelebihan majoriti tiga kerusi.

Ini berikutan keputusan tiga calon Bebas iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi, Mohd. Osman Jailu, Hee Yit Foong yang telah menghantar surat kepada Sultan Perak semalam mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Perak dan menyatakan sokongan kepada BN.

Datuk Nasharuddin Hashim yang keluar BN Sabtu lalu turut mengumumkan kembali kepada UMNO.

Dengan pengumuman itu, BN kini memiliki 31 kerusi berbanding PKR sebanyak 28 kerusi.

Menurut Najib, Jamaluddin, Mohd. Osman dan Yit Foong masih kekal sebagai wakil rakyat Bebas tetapi akan memberi sokongan kepada BN dalam sidang DUN termasuk sesiapa sahaja yang bakal dilantik Menteri Besar Perak.

Najib berkata, beliau akan mengadap Sultan Perak dalam masa terdekat bagi memaklumkan perkara itu. - Utusan
------------------------------------------------------------------------

REVO:
Akhirnya kerajaan yang banyak memberi masalah kepada rakyat ini telah jatuh dan diambil alih oleh BN...



Apakah yang menjadi sebab dan punca berlakunya perkara ini????
Isu-isu ini yang mungkin menjadi puncanya:

1. Isu hak milik tanah.
2. Isu penindasan kanak-kanak tadika.
3. Isu konflik Menteri Besar dan Sultan.
4. Isu masalah ADUN.
5. Isu lompat parti.
6. Penipuan surat perletakan jawatan.
7. Isu berpaling tadah pada pilihan rakyat.
8. Perasaan takbur dan riak sebahagian pemimpin dan penyokong PR apabila menang di Pematang Pauh dan Kuala Terengganu...

Sekiranya ada lagi isu yang saya tertinggal, sila comment dan tambah lagi isu itu...

Inilah yang kerajaan pusat tunggukan dan saya harap BN dapat melakukan lebih baik daripada apa yang telah dilakukan oleh Pakatan Rapuh (PR) di Perak ini....

Persoalannya,
Apa kata Anwar???
Apa kata Nik Aziz???
Adakah UMNO dan BN masih boleh dikatakan retak menunggu belah???
Siapa yang dah terbelah ni???
Kerajaan siapa yang rapuh ni???

Siapa yang ganti MB nanti???
Tajol Rosli lagi ke???
Atau siapa pula???
Siapa yang layak???

Walau sesiapa pun yang menjadi MB Perak nanti, harap-harap dapat melakukan tugas yang berpuluh-puluh kali lebih baik berbanding dengan MB Nizar ini....
Marilah kita belajar daripada kesilapan yang dilakukan oleh Kerajaan PR di Perak ini...
Kita teruskan usaha murni kita dalam membela dan menjaga kebajikan rakyat terutamanya golongan muda dan kanak-kanak...

Sekali lagi,
Syukur kepada Allah atas pemberian nikmatnya dan anugerah yang besar ini kepada hambanya yang lebih berhak dan layak mentadbir Perak...
Tahniah dan syabas atas kejayaan BN ini...


Terima kasih... Salam...

Monday, February 2, 2009

KURANG AJAR PUNYA BLOGGER!!!!!!

Salam buat semua...

Nampaknya blogger sekarang sudah melampau dan amat kurang ajar dalam mempermainkan agama suci ummat ISLAM iaitu ISLAM...

Sekarang sudah bertambah lagi blog yang menghina ISLAM dan RASULULLAH...
Ini semua kerja orang yang biadap, kurang ajar dan orang yang tidak bertamadun....
Mungkin perkataan ini nampak seperti biasa sahaja kepada mereka, tetapi mereka ini yang dilaknat Allah akan terima balasannya nanti......

Apa yang saya katakan ialah mengenai blog baru yang menghina ISLAM dan RASULULLAH iaitu blog 'SYURGA ISLAM: BETAPA INDAHNYA SYURGA ISLAM' dengan menggunakan URL http://syurga-islam.blogspot.com/...

Apa yang lebih biadap dan kurang ajar lagi apabila blog ini menggunakan nickname RASULULLAH kita iaitu 'Nabi Muhammad SAW'...

REVO:
Marilah kita bangkit dan tentang bersama-sama blog laknatullah ini agar agama kita, ISLAM tidak dicemar dan dicemuh oleh orang biadap dan bangsat ini.........
Saya menggesa agar semua ummat ISLam bangun dan jangan kita tidur lagi serta sedarlah bahawa agama kita, ISLAM sedang dipermainkan oleh pihak yang biadap ini....
SAYA JUGA MENGGESA KEPADA SEMUA AHLI DAN PENYOKONG BLOGGERS PEMBELA NEGARA (BPN) UNTUK MEMAINKAN PERANAN KITA DALAM MEMPERTAHANKAN ISLAM...
TOLONG BANGKIT SEMUA....
SEDARLAH.......
BANGUNLAH.......
BANGKITLAH.....
ALLAHU AKBAR...........
ALLAHU AKBAR........
ALLAHU AKBAR...........




Ya Allah, kau hapuskanlah manusia laknatullah ini dan aku mengharap kau dapat memberi petunjuk serta balasan yang amat setimpal kepada hamba-Mu yang menghina serta menentang agama-Mu.......
AMIN............


Terima kasih..... Salam...
Selamat Berjuang.....

Sunday, February 1, 2009

BERANI??? KEPALA OTAK KAU.....

Salam buat semua.........

Tajuk nampak macam beremosi sahaja tetapi ia masih terkawal.....
Apa yang membuat saya cukup marah, apabila ada wakil rakyat yang terlalu berani sehingga beliau tidak sedar anak bangsanya akan jatuh kemunduran........

Ceritanya sudah pasti pasal ADUN Bota, Dato' Nasarudin...



Saya bawakan sedikit kenyataan beliau yang dipetik daripada mstar:
------------------------------------------------------------------

IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasarudin Hashim sambil menegaskan beliau "cukup berani" untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, beliau keluar Umno bukan kerana tidak berpeluang bertanding dalam pemilihan parti di Bahagian Parit tahun lalu.

"Ia tiada kaitan dengan itu dan perkara itu tidak timbul sama sekali," kata beliau yang keluar Umno Ahad lalu.

Malah kata Nasarudin, jika beliau lemah sudah pasti tidak berani untuk meninggalkan Umno dan menyertai PKR.

"Masih ada semangat untuk berjuang dalam diri saya," kata beliau selepas menemui pengundi-pengundinya malam tadi.

Selebihnya, sila klik disini
-------------------------------------------------------------------------


PANDANGAN REVO:
Cukup berani???
Berani apa???
Berani demi ISLAM??? Berani Demi MELAYU???
Semangat berjuang demi apa???
Demi ISLAM??? Demi MELAYU???

Inilah persoalan yang terdetik apabila saya membaca mstar tentang kenyataan 'SANG KATAK' ini......
Kenapa persoalan ini timbul???

Sebenarnya, banyak kemusykilan yang timbul daripada kenyataan ini...
Kalau beliau cukup berani masuk PKR, adakah berani itu kerana ISLAM dan MELAYU???
Adakah beliau berani nak hapuskan ketuanan melayu???
Jangan kau sentuh ketuanan melayu kalau kau terlalu berani kerana MELAYU lebih berani menentang kau...
Kalau amukan daripada kamus orang MELAYU ditafsirkan, alamatnya hancurlah negara sepertimana berlakunya peristiwa 13 MEI....
Kami tidak takut dalam memperjuangkan hak MELAYU.......

Masih ada semangat berjuang demi apa???
kalau masih ada semangat berjuang demi menghapuskan Dasar Ekonomi Baru(DEB), WASPADALAH KAMU...
Kerana apa???
Kerana kau pula yang akan dihapuskan oleh orang ISLAM dan MELAYU dalam PRU13 nanti......
Jangan nak beranganlah untuk menghapuskan DEB.......
Kami tidak takut dalam mempertahankan hak MELAYU...

Adakah masih cukup berani wahai Dato' Nasarudin???
Kalau kau masih cukup berani untuk menentang Sultan terutamanya Sultan Perak, berhati-hatilah selepas ini...
Kerana apa???
kerana kami, orang ISLAM dan MELAYU bersama-sama RAJA-RAJA MELAYU akan menentang kau sehingga kau jatuh tersungkur di tanah sendiri...
Kami tidak takut dalam mempertahankan ketua kami......

Akhir sekali,
Adakah kau masih bersemangat untuk berjuang???
kalau kau masih bersemangat untuk berjuang demi membuka kuota pelajar bukan BUMIPUTERA dalam Universiti Teknologi Mara (UITM), tunggulah kau.....
kami akan tunjukkan kau bagaimana belang sebenar seorang pelajar.....
kami tidak akan berkompromi dalam memperjuangkan hak MELAYU...
kami tidak akan berkompromi dalam mempertahankan PERLEMBAGAAN NEGARA...
kami tidak akan berkompromi dalam membangunkan anak bangsa kami.......


Terima kasih... Salam.....
Selamat Berjuang......
width='450';height='350';frameborder='0';scrolling='no';marginheight='0'; marginwidth='0';allowtransparency='true';src='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara/embed?;fgcolor=6699cc;bgcolor=ffffff;textbgcolor=ffffff;textfgcolor=000000;sound=1;border=1;w=$0;'>
style='width:450px;text-align:center;'> href='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara'style='color:#0000FF;'>Bloggers Pembela Negara-Fullscreen ====================================================================================== -->
REVOLUSI © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates