Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;

(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).
~surah AN-NISA' ayat 138-139~

TRANSLATOR

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Tuesday, March 31, 2009

KHAS BUAT BUKIT GANTANG

salam...
Salam hormat...

Sebelum ini artikel saya tentang 21 Resolusi Piagam Kota Melaka...
Kali ini saya ingin megulas beberapa resolusi agar orang MELAYU terutamanya penduduk Bukit Gantang dapat sedikit bayangan tentang isu hak orang MELAYU...
_____________________________________________________________

RESOLUSI 2:Rakyat Malaysia mesti memahami, menghayati dan menghormati keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan ia mesti dijelaskan secara berterusan melalui penyebaran maklumat tepat lagi bertanggungjawab…

RESOLUSI 7:Ketidakfahaman masyarakat terhadap konsep kontrak sosial dan ketuanan MELAYU mesti ditangani melalui peranan media massa dan forum di antara kaum…

RESOLUSI 13:Pengetahuan mengenai sejarah Penubuhan Malaysia, kontrak sosial dan ketuanan MELAYU mesti dipertingkatkan menerusi program di semua peringkat sekolah, institusi pengajian tinggi serta program-program kemasyarakatan secara berterusan…


Di antara 21 Resolusi Piagam Kota Melaka, 3 resolusi ini amat penting dalam masalah dan konflik politik yang berlaku dalam negara kita, Malaysia...
Masyarakat Malaysia masih ada yang tidak memahami dan menghormati perlembagaan Malaysia, kontrak sosial yang telah dipersetujui sejak sebelum mencapai kemerdekaan lagi…
Pihak yang tidak memahami ini telah mula mempertikaikan dan mempersoalkan perlembagaan Malaysia dan kontrak sosial terutamanya yang berkaitan dengan ISLAM dan MELAYU…
Yang lagi memilukan apabila ummat ISLAM dan MELAYU sendiri yang mempertikaikannya serta menyokong pihak yang tidak memahami erti dan maksud sebenar kontrak sosial ini…
_____________________________________________________________

RESOLUSI 5:Hak MELAYU/BUMIPUTRA dalam pendidikan dan biasiswa mesti dikekalkan bagi menjamin survival bangsa dan keharmonian Negara…




Hak orang MELAYU sudah mula dipersoalkan sedangkan hak orang MELAYU sudah termaktub dalam perlembagaan Malaysia…
Kenapa perlu pertikaikan sekiranya hak kami sudah termaktub dalam perlembagaan???
Adakah ini satu mainan politik perkauman???
Adakah ini satu tanda akan berlakunya peristiwa yang serupa dengan peristiwa 13 Mei???
Isu UiTM telah dipermainkan…
Pembukaan kuota untuk bukan bumiputra telah dicadang oleh orang MELAYU sendiri sedangkan dia tahu perkara ini telah termaktub dalam perlembagaan…
Sebagai orang politik, dia patut tahu tentang perlembagaan…
Adakah ini satu cadangan untuk menarik undi kaum lain???
Sekiranya perkara ini berlaku, ini boleh menjadikan satu pencabulan terhadap hak orang MELAYU…
_____________________________________________________________

RESOLUSI 4:Mestilah ada kumpulan pendesak MELAYU/BUMIPUTRA yang kompeten serta berani menghujah balas tomahan mana-mana pihak tentang isu-isu mengenai MELAYU yang mengelirukan…



Memang patut ada kumpulan pendesak ini yang dapat menerangkan isu-isu hak MELAYU…
Tetapi,
Kalau MELAYU ada dalam kumpulan yang mempertikaikan hak orang MELAYU,
Kalau orang MELAYU sendiri menentang KETUANAN MELAYU,
Kalau orang ISLAM sendiri membela orang yang mempersoalkan azan,
Kalau orang MELAYU sendiri membela orang lain mempersoalkan ciuman keris oleh orang MELAYU,
Jadi segala usaha kumpulan pendesak tidak hanya menjadi satu usa yang sia-sia…
_____________________________________________________________




REVO:
Kedapa saudara ISLAM ku di Bukit Gantang,
Adakah kita mahu lihat nama ALLAH terus diperlekehkan???
Adakah kita mahu lihat ISLAM terus dipermainkan???
Adakah kita mahu jadi pengkhianat ISLAM dan MELAYU???
Adakah kita ingin menjadi penderhaka???
Adakah kita ingin menidakkan hak kita sendiri???
Adakah kita mahu hak kita ditarik kembali???
Adakah kita mahu ISLAM disamatarafkan dengan agama lain???
Adakah kita mahu anak bangsa kita tertindas dalam negara sendiri???

Ini semua hanya boleh dijawab oleh penduduk Bukit Gantang sahaja...
Orang MELAYU Bukit Gantang perlu pilih sama ada penderhaka atau pembela hak kita...
Orang Bukit Gantang perlu pilih antara pengkhianat atau perjuang hak kita...
Fikir-fikirkanlah....

Terima Kasih... Salam... SELAMAT BERJUANG...

Monday, March 30, 2009

21 RESOLUSI PIAGAM KOTA MELAKA !!!

Salam...
Salam hormat...
Salam perpaduan...

21 Resolusi Piagam Kota Melaka ini khas buat penduduk Bukit Gantang sempena Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang...



21 Resolusi ini dikeluarkan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) atas sebab konflik dan kemelut poliy=tik tanah air terutamanya di negeri Perak...
Dan Resolusi ini juga dikeluarkan kerana ada pihak mula pertikaikan Perlembagaan Malaysia dan hak-hak keistimewaan ISLAM dan MELAYU...
Selain itu, kemelesetan ekonomi juga menjadi faktor 21 Resolusi ini dikeluarkan...
_____________________________________________________________

21 RESOLUSI PIAGAM KOTA MELAKA


1. Orang MELAYU/BUMIPUTRA seperti hilang arah apabila banyak pihak menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap keistimewaan orang MELAYU/BUMIPUTRA walaupun telah termaktub dalam perlembagaan sejak lebih 50 tahun dahulu…

2. Rakyat Malaysia mesti memahami, menghayati dan menghormati keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan ia mesti dijelaskan secara berterusan melalui penyebaran maklumat tepat lagi bertanggungjawab…

3. MELAYU/BUMIPUTRA (tanpa mengira fahama politik) mestilah bersatu serta seiya-sekata dalam mempertahankan hak-hak di bawah perlembagaan…

4. Mestilah ada kumpulan pendesak MELAYU/BUMIPUTRA yang kompeten serta berani menghujah balas tomahan mana-mana pihak tentang isu-isu mengenai MELAYU yang mengelirukan…

5. Hak MELAYU/BUMIPUTRA dalam pendidikan dan biasiswamesti dikekalkan bagi menjamin survival bangsa dan keharmonian Negara…

6. MELAYU/BUMIPUTRA mesti menubuhkan kumpulan pendesak bagi memastikan penggunaan bahasa MELAYU dimartabatkan bagi tujuan perpaduan MELAYU…

7. Ketidakfahaman masyarakat terhadap konsep kontrak sosial dan ketuanan MELAYU mesti ditangani melalui peranan media massa dan forum di antara kaum…

8. Masyarakat MELAYU/BUMIPUTRA perlu mempertingkatkan hakmilik dalam sector ekonomi, hartanah, komoditi, perhotelan, perbuatan dan lain-lain sector dengan cara yang strategic…

9. Masyarakat MELAYU/BUMIPUTRA terutamanya yang beragama ISLAM mesti mengatasi kebergantungan terhadap bukan BUMIPUTRA dalam urusan penyelidikan bahan makanan serta mesti menguasai rangkaian pembuatan dan bekalannya…

10. Super-Malay (pemikir, pemimpin, pelaksana dan peneraju tersohor) yang mempunyai kepakaran pelbagai bidang mesti ada dikalangan orang-orang MELAYU/BUMIPUTRA…

11. Isu halal/haram dalam makanan, perniagaan dan apa sahaja urusan mesti diterajui oleh orang ISLAM…

12. Modal insan MELAYU/BUMIPUTRA mesti diperamaikan dan diperhebatkan kualitinya setanding dengan bukan bumiputra…

13. Pengetahuan mengenai sejarah Penubuhan Malaysia, kontrak sosial dan ketuanan MELAYU mesti dipertingkatkan menerusi program di semua peringkat sekolah, institusi pengajian tinggi serta program-program kemasyarakatan secara berterusan…

14. Minda dan jiwa masyarakat MELAYU/BUMIPUTRA dalam dilemma dan terperangkap dalam konflik kemelut Perak…

15. Imej MELAYU/BUMIPUTRA mesti diperbaiki melalui amalan budaya hidup yang positif...

16. ketirisan semangat jatidiri MELAYU/BUMIPUTRA di kalangan belia mesti dibanteras…

17. MELAYU/BUMIPUTRA mesti menghayati konsep pembelajaran sepanjang hayat bagi menjamin survival bangsa…

18. MELAYU/BUMIPUTRA mestilah dilatih untuk memperolehi maklumat semangat yang sahih dan bahan-bahan bacaan yang membina minda…

19. Masyarakat MELAYU/BUMIPUTRA mesti mencari jalan inovatif untuk mengatasi masalah gejala sosial di kalangan remaja seperti penyalahgunaan dadah, mat rempit, bohsia dan kes-kes diperdayakan oleh rakyat asing…

20. MELAYU/BUMIPUTRA mesti bersatu supaya Perdana Menteri Malaysia tetap kekal daripada kalangan MELAYU dan BUMIPUTRA yang beragama ISLAM…

21. Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mesti dikekalkan untuk menjamin kesejahteraan dan ketenteraman Negara…

_____________________________________________________________

Saya harap Bukit Gantang dapat memikirkan dengan rasional agar ISLAM dan MELAYU tidak diperlekehkan dan dipermainkan...

Terima kasih...
Salam...
SELAMAT BERJUANG...

BERMULANYA KEMPEN PRK !!!

Salam...
Salam hormat...

Kempen Pilihan Raya Kecil di 2 buah Bukit dan 1 Batang (Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Ai) bermula apabila penamaan calon pada 29 Mac tadi...

Dengan ini saya sertakan gambar khas buat rakyat dan penduduk Parlimen Bukit Gantang...


(untuk lebih jelas sila klik pada gambar)


Saya harap penduduk parlimen Bukit Gantang dapat berfikir dengan waras dan fikirkanlah untuk kepentingan ISLAM dan MELAYU...

Terima kasih...
Salam...
SELAMAT BERJUANG...

Saturday, March 28, 2009

SELAMAT KEMBALI TUN !!!

Salam...
Salam hormat...



Tun Dr Mahathir datang dengan sebarang isyarat ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat ucapan penggulungannya pada Perhimpunan UMNO...
Kehadiran Tun Dr Mahathir juga menunjukkan Tun sudah masuk kembali dalam UMNO...



Saya mengucapkan selamat kembali kepada Tun agar kemasukan kembali Tun ini dapat menguatkan lagi dan memantapkan perjuangan UMNO...

Dato' Seri Najib dalam penggulungannya telah mencadangkan dan mengajak Tun Dr Mahathir bersama-sama Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan beliau untuk duduk semeja membincangkan tentang isu parti dan negara khususnya ISLAM dan MELAYU...



Usaha ini satu jalan yang dapat memartabatkan ISLAM dan MELAYU...
Pada masa yang sama, dapat memantapkan UMNO dan perjuangannya sekaligus meningkatkan lagi mutu pentadbiran kerajaan MALAYSIA...

Sekali lagi saya ucapkan selamat kembali ke pangkuan UMNO kepada Tun Dr Mahathir...
WELCOME BACK TUN !!!

Terima kasih...
Salam...
SELAMAT BERJUANG...

Friday, March 27, 2009

UMNO DAN PEMIMPIN !!!

Salam...
Salam hormat...

Perwakilan UMNO telah memilih pemimpin yang akan menerajui dan mengangkat UMNO ke suatu tahap yang lebih tinggi...
antara yang terpilih:

Timbalan Presiden UMNO


Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin


Seperti telah dijangka, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin telah menewaskan Tan Sri Muhammad Muhd Taib dalam pertempuran untuk kerusi Timbala Presiden UMNO...
Tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin atas kemenangan ini...
Harap dengan kemenangan ini, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dapat membawa UMNO ke arah memantapkan parti...

Naib Presiden UMNO


Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi


Datuk Seri Hishammuddin Hussein


Datuk Seri Mohd Shafie Apdal


Pemegang kerusi ini juga telah dijangkakan oleh rakyat...
Tahniah kepada semua yang memegang kerusi Naib Presiden UMNO ini...
Semoga dapat menjalanka tugas dengan baik dan telus...

Ahli Majlis Tertinggi


Datuk Seri Zulhasnan Rafique


Tahniah kepada Datuk Seri yang telah mengangkat maruah warga Wilayah Persekutuan terutamanya Kuala Lumpur...
Tahniah juga kepada jetera Datuk Seri Zulhasnan Rafique yang telah banyak membantu Datuk Seri dalam mendapatkan kerusi ini...
Keputusan yang baik hanya dapat daripada kerja yang baik...
Tanpa usaha jentera, sesuatu jawatan itu susah untuk kita kuasai...

Terima kasih...
Salam...
SELAMAT BERJUANG...

Thursday, March 26, 2009

PEMILIHAN SAYAP PARTI UMNO !!!

Salam...
Salam hormat...

Perwakilan telah bersuara dan keputusan untuk semua jawatan dalam sayap parti UMNO sudah diketahui...
Saya hanya ingin fokus kepada 3 pucuk pimpinan sayap parti ini...

Ketua Pemuda UMNO




Perwakilan Pemuda UMNO masih lagi ditakuk lama...
Perwakilan Pemuda UMNO tidak mampu untuk merevolusikan pemikiran dalam menuju satu perubahan yang lebih baik demi ISLAM dan MELAYU...
Bukan saya tidak setuju dengan keputusan ini tetapi pelbagai persoalan timbul dalam segenap pemikiran rakyat di Malaysia ini...
Kenapa orang yang telah dibuktikan oleh Lembaga Displin UMNO yang mempunyai masalah disiplin terutamanya rasuah, masih dipilih dan diberi peluang oleh sebahagian majoriti perwakilan Pemuda UMNO???
Tidak ada yang lebih baik ke???
Adakah yang dibawa ke Lembaga Disiplin itu lebih baik daripada yang lain???
Itu semua hanya boleh dijawab oleh perwakilan sahaja...
Walaupun rakyat buat demonstrasi sekali pun, rakyat masih tidak terdaya untuk menentukan pemikiran perwakilan UMNO...

Ketua Wanita UMNO




Seperti yang telah dijangkakan oleh rakyat, Dato Seri Sharizat Abdul Jalil telah memenangi kerusi tertinggi Wanita UMNO ini dengan 507 undian dan diikuti lawannya Tan Sri Rafidah Aziz dengan 280 undian...
Taniah daripada The Revolution dan BPN untuk Dato Seri Sharizat Abdul Jalil...

Ketua Puteri UMNO




Tahniah kepada Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin atas kemenangan beliau dan agar beliau dapat membawa Puteri UMNO ke arah yang lebih baik...
Semoga Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dapat merevolusikan sayap parti UMNO ini demi ISLAM dan MELAYU...

Revo:
Walau siapa sekalipun yang telah dipilih oleh perwakilan UMNO, saya harap semua yang telah dipilih dapat membantu UMNO dalam menuju satu perkembangan yang positif semi ISLAM dan MELAYU...
Saya berharap sesiapa yang telah terpilih, dapat membantu Presiden UMNO dalam ke arah merevolusikan UMNO itu demi negara serta menghapuskan pengkhianat dan penderhaka ISLAM dan MELAYU...


Terima kasih...
Salam...
SELAMAT BERJUANG...

Tuesday, March 24, 2009

BPN DITENTANG HEBAT !!!

Salam...
Salam hormat...

Sebelum saya mengulas tajuk ini dengan panjang lebar, saya harap Yang di-Pertua Bloggers Pembela Negara (BPN) mengizinkan saya untuk mengulasnya...

Setiap perjuangan dan perbuatan yang baik sering ditentang...
Isu seperti ini sudah menjadi lumrah dan fitrah manusia dalam dunia...



Kalau kita lihat dan imbas kembali pada zaman RASULULLAH dahulu,
RASULULLAH sering menerima tentangan yang hebat dalam pelbagai cara termasuklah dihina, di maki dan sehingga ada yang cuba membunuh baginda...

Isu seperti ini perlulah dilalui dengan tenang dan jangan sesekali kita mengalah...
Selagi perjuangan kita demi ISLAM dan MELAYU, nescayalah bahawa perjuangan kita perjuangan yang betul...



BPN telah diserang dan ditentang habis-habisan oleh pihak dan puak yang takut akan kemajuan yang ditunjukkan oleh BPN dalam memperjuangkan ISLAM dan MELAYU...
BPN bukan sahaja di hina, di maki dan di kutuk, bahkan ada antara mereka yang telah mula menyerang peribadi beberapa ahli BPN...

Antara yang kuat menentang kami ialah blogger dari http://www.parpukunyit.blogspot.com/
Antara ahli kami yang ditentang oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini seperti Panglima Perang Cyber,ParpuKari, Perak Bangkit, GOMO dan beberapa lagi...
Gambar sebenar Perak Bangkit telah disebarkan oleh beberapa pihak yang busuk hati dan mereka cuba memburukkan Perak Bangkit...
Ini memang perbuatan yang keji dan jijik...

REVO:
Kepada ahli BPN,
kita perlulah belajar daripada sejarah RASULULLAH dalam memperjuangkan ISLAM dan jadikan apa yang dilalui oleh RASULULLAH sebagai teladan untuk kita meneruskan perjuangan demi ISLAM dan MELAYU...

Kepada sesiapa yang berhasrat untuk menjatuhkan BPN,
Kami tidak akan mengalah dan berundur kerana kami bukanlah berjuang untuk pihak tertentu seperti mana yang dilakukan oleh anda semua dan kami bukanlah pengkianat bangsa kami, MELAYU...



Kami tidak takut memperjuangkan agama ALLAH,ISLAM dan kami tidak gentar membela bangsa kami, MELAYU...

Kepada pembaca artikel saya pada kali ini,
Jangan anda semua tertipu dengan pihak-pihak yang biadap dan tidak bertanggungjawab ini...
Mari kita bersama-sama berganding bahu demi ISLAM dan MELAYU agar kita terus maju dan tidak ketinggalan dalam semua aspek...
Semoga perjuangan kita dapat berkat dan diredhai ALLAH...


Terima kasih...
Salam...
SELAMAT BERJUANG...

Sunday, March 22, 2009

PRIBUMI PERKASA

Salam...
Salam hormat...

Khas buat tatapan ramai suasana Perhimpunan Pribumi Perkasa yang diadakan pada 22/3/2009 di DEWAN SERBAGUNA, KOMPLEKS SUKAN TNB, JALAN BANGSAR,KUALA LUMPUR.

























(Gambar oleh Polis BPN, GOMO merangkap Biro Pemuda BPN)
Terima kasih...
Salam...
SELAMAT BERJUANG...

Wednesday, March 18, 2009

DEBAT PERDANA: BPN vs BNM

Salam...
Salam perpaduan...



Terima kasih...
Salam...

Monday, March 16, 2009

SUASANA DI BUKIT GANTANG

Salam...
Salam perpaduan...

Kali ini saya hanya ingin berkongsi dengan anda semua gambar ketika pengumuman calon Barison Nasional untuk Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang...

Suasana kehadiran DS Najib dan tetamu yang lain:


Calon BN Ismail Saffian:








Jurugambar dan wartawan yang bertugas:



Tetamu dan ahli BN yang bersama-sama memberi sokongan kepada Ismail Saffian:







(Gambar oleh TaipingMali dan PanglimaPerangCyber)
Terima kasih..
Salam...
SELAMAT BERJUANG...

Sunday, March 8, 2009

BAHASA VS ADAT !!!

Salam..
Salam hormat...
Salam perpaduan...

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah menjadi isu hangat sejak beberapa bulan ini...
Setelah 6 tahun PPSMI dilaksanakan , kenapa baru sekarang ada pihak yang ingin berpatah balik???
Setelah sekian lama tidak dipersoalkan, kenapa baru sekarang nak bising balik???
Siapa yang menjadi dalang kepada kekecohan ini???
Siapa yang mencucuk antara melayu dengan melayu ini???
Siapa pula yang menyokong mereka ini dari belakang???



Baru-baru ini, demonstrasi haram yang bertujuan untuk membantah perlaksanaan PPSMI diadakan di Masjid Negara...
Demostrasi ini telah mewujudkan kekecohan dalam Malaysia...
Saya bawakan penulisan akhbar dari Utusan:
---------------------------------------------------------------------------
Bantah PPSMI: Lapan ditahan

KUALA LUMPUR 7 Mac – Polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata untuk menghalang perarakan kira-kira 5,000 penyokong perhimpunan membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) daripada menghampiri Istana Negara, hari ini.

Perhimpunan anjuran Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) itu bertujuan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Namun, ia bertukar menjadi kecoh apabila penyokong terbabit berarak dari Masjid Negara ke Istana Negara walaupun tidak mendapat permit polis untuk berbuat demikian.


selebihnya klik disini
-------------------------------------------------------------------------
REVO:
Kenapa perkara ini berlaku???
Faktor penentangan bukanlah menjadi masalahnya....
Tetapi,
yang menjadi persoalannya, mana pergi adat MELAYU???

Sibuk dengan perjuangan memperjuangkan Bahasa Melayu tetapi adat MELAYU itu tidak dijaga...
Jangan sibuk nak perjuangkan Bahasa Melayu kalau adat kita, orang Melayu dirosakkan...

Adat MELAYU mengajar kita supaya kita beradab bila di hadapan khalayak ramai...
Adat ini pula dikukuhkan lagi dengan ajaran ISLAM ALLAH yang dibawa oleh RASULULLAH...
Sopan-santun dan budi bahasa telah menjadi darah daging orang MELAYU...

Tetapi,
dalam demonstrasi bantah PPSMI ini menunjukkan seperti orang MELAYU ini tiada adat dan adab...
Lain yang dimarahkan, lain pula yang dirosakkan...
Memperjuangkan bahasa, adat yang dirosakkan dan dilupakan...

Bila ada pihak yang mempersoalkan ketuanan MELAYU,
Bila ada pihak yang biadap terhadap Raja-Raja MELAYU,
kenapa mereka ini semua tidak berjuang mempertahankan ketuanan MELAYU dan Raja-Raja MELAYU???
Mana pergi mereka semua ini???
Kenapa berdiam diri???
Menyorok dekat mana semua orang???

Ini bukanlah perjuangan untuk MELAYU...
Ini bukanlah perjuangan untuk mempertahankan MELAYU...
Tetapi,

Ini perjuangan peribadi...
Ini perjuangan demi kepentingan diri...
Ini perjuangan yang sudah dicabul oleh pihak tertentu...
Ini perjuangan melayu celup...
Ini bukan perjuangan MELAYU sejati...
Ini bukan perjuangan untuk anak bangsa...
Ini bukan perjuangan yang memartabatkan MELAYU...




Dengan ini, saya ingin mengajak masyarakat terutamanya orang MELAYU untuk bersama-sama memikirkan kelebihan masa panjang perlaksanaan PPSMI ini (berfikir dengan akal bukan dengan emosi)...
Dan pada masa yang sama,
saya juga ingin mengajak Orang MELAYU untuk memartabatkan dan memperkasakan masyarakat orang MELAYU demi kepentingan bangsa kita agar kita tidak dipandang rendah oleh masyarakat lain...
Kalau orang lain boleh buat, kenapa kita tidak???
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih...

kalau kita jaga adat kita, percayalah bahawa Bahasa dan tamadun orang MELAYU pasti akan terpelihara...
Kalau adat kita tidak jaga, jangan haraplah untuk kita bercita-cita untuk memartabatkan Bahasa kita...
Orang tidak akan pandang bahasa kita kalau kita tak jaga adat kita....
Tepuklah dada, tanyalah selera...


Terima kasih...
Salam...
SELAMAT BERJUANG...

Saturday, March 7, 2009

P.A.U : ADA DUIT KE???

Salam...
Salam hormat...
Salam perpaduan...

Apa sinonimnya persoalan ini dengan Perhimpunan Agung UMNO (P.A.U) yang akan dilangsungkan pada akhir bulan ini???
Adakah soalan ini akan sering ditanya oleh perwakilan UMNO???



Isu rasuah sering timbul apabila P.A.U ingin diadakan...
Pelbagai pihak cuba mengambil kesempatan ini untuk memanipulasikan isu ini demi kepentigan peribadi...
Bagaimana dengan P.A.U tahun ini???
Masih ada ke isu rasuah???



Setiausaha politik seorang menteri telah ditahan oleh SPRM kerana disyaki terlibat dalam rasuah tetapi SPRM tidak mengetahui sama ada kes ini terlibat dengan Pemilihan UMNO atau tidak...
Yang menjadi masalahnya ialah menteri berkenaan akan bertanding dalam pemilihan UMNO pada hujung bulan ini.

Saya bawakan penulisan akhbar dari UTUSAN:
---------------------------------------------------------------------------
SPRM tahan setiausaha politik menteri

Oleh UMAVATHI RAMAYAH
uma.ramayah@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 6 Mac – Setiausaha politik kepada seorang menteri Kabinet ditahan di sebuah restoran di sini kelmarin kerana dipercayai menerima suapan lebih RM70,000.

Penahanan lelaki berusia dalam 40-an tersebut dilakukan oleh sepasukan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah menjalankan intipan ketika menerima suapan kira-kira pukul 10.30 malam.

Selebihnya klik disini
------------------------------------------------------------------------
REVO:
Adakah kes ini melibatkan P.A.U???
Ini semua urusan dan tugas SPRM untuk menentukannya...




Tetapi apa yang ingin saya katakan ialah, kalau UMNO masih ingin relevan dengan rakyat maka UMNO perlulah menghentikan semua ini...
Hentikanlah rasuah kerana rakyat sudah mula jemu dan muak dengan cerita-cerita seperti ini...
UMNO perlu tahu yang rasuah dalam UMNO ini akan dijadikan isu dalam Pilihan Raya kecil yang akan berlangsung sejurus selesainya Perhimpunan Agung UMNO...

Kalau UMNO ingin rakyat memberi kepercayaan kepada BN, maka isu rasuah seperti ini perlu dibendung...
Jangan disebabkan kepentingan peribadi, parti tergadai...
Jangan disebabkan jawatan, anak bangsa tidak terbela...
Jangan disebabkan wang, BN kalah lagi pada PRK yang akan datang...

Jadi, sedarlah bahawa mata dan telinga rakyat Malaysia semuanya sedang memerhati dan mendengar perkembangan calon-calon yang bertanding pada pemilihan UMNO akan datang ini...
Kalau UMNO silap langkah, tiada harapanlah UMNO untuk menang pada PRK 7 April nanti...
Saya harap UMNO dapat meneruskan perjuangan yang suci selaras dengan misi dan visi penubuhan asal United Malays National Organisation...


Terima kasih...
Salam...
SELAMAT BERJUANG...

Sunday, March 1, 2009

ALLAH HANYA UNTUK ISLAM !!!

Salam hormat...
Salam perpaduan...



Penggunaan nama ALLAH dalam agama lain selain ISLAM sudah menjadi isu panas sehingga beberapa desakan daripada orang ramai agar perkara ini dihentikan...

Allamdulillah, kerajaan dapat mendengar suara rakyat terutamanya orang ISLAM supaya menghalang agama lain menggunakan nama ALLAH...

Saya sertakan sekali penulisan akhbar dari Berita Harian:
-------------------------------------------------------------------------
Batal pewartaan guna perkataan 'Allah' tepat: Zahid

KOTA KINABALU: Langkah Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan serta-merta pewartaan perintah yang membenarkan penggunaan perkataan 'Allah' dalam penerbitan agama Kristian adalah tepat untuk mengelakkan kekeliruan masyarakat pelbagai agama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata perbezaan intepretasi di kalangan masyarakat, terutama bukan Islam terhadap pewartaan perintah itu sekarang sudah diperbetulkan melalui langkah berkenaan.

Sambil menyambut baik langkah itu, beliau mengingatkan pihak terbabit dalam penerbitan agama Kristian supaya menunggu keputusan Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) berhubung perkara berkenaan.

Selebihnya klik disini.

-----------------------------------------------------------------------
REVO:

Saya dan Bloggers Pembela Negara (BPN) menyambut baik usaha kerajaan ini...
Sepatutnya penggunaan nama ALLAH ini tidak patut dipermainkan kerana ini bukan lagi satu penghinaan tetapi ia juga merupakan perbuatan yang melanggar hak dalam beragama...



Perkataan ALLAH ini bukanlah untuk agama selain ISLAM...
Kalau kita lihat perkataan 'GOD', GOD bukanlah bermaksud ALLAH tetapi ia bermaksud TUHAN...
Jangan kita salah anggap dengan penggunaan perkataan ALLAH dan GOD...

Perkataan ALLAH tidak boleh ditukar ganti dengan nama lain tidak kiralah bahasa apa sekali pun...
Tidak ada perkataan bahasa Inggeris yang boleh digantikan dengan ALLAH...
Perkataan ALLAH tetap digunakan 'ALLAH' apabila kita ingin tulis dalam bahasa inggeris...

Jangan kita mempermainkan nama ALLAH ini sebagai isu untuk menjatuhkan sesetengah pihak...
Kepada sesiapa yang mempermainkan nama ALLAH, maka bersalahlah mereka kerana cuba menggugat ISLAM dan memesongkan ummat ISLAM dalam Malaysia ini kerana dengan penggunaan nama ALLAH dalam agama lain akan mengelirukan ummat ISLAM dan boleh memesongkan akidah ummat ISLAM terutama remaja dan rakyat Malaysia yang baru sahaja memeluk ISLAM...

Sebenarnya, pemimpin yang memperjuangkan ISLAM perlulah memainkan peranan yang besar dalam memperjuangkan ISLAM...
Janganlah kita berdiam diri kerana dalam ISLAM kita diajar untuk mempertahankan ISLAM dan segala kemungkaran perlulah kita ubah.



Sabda Nabi Muhammad S.A.W yg bermaksud:
Barang siapa diantara kamu melihat kemungkaran hendaklah diubah dgn tangan, jika tidak mampu, ubah dgn lidah, jika tdk mampu benci dlm hati; yg demikian itu selemah2 iman.

Terima kasih... Salam...
Salam hormat...
Salam perpaduan...
width='450';height='350';frameborder='0';scrolling='no';marginheight='0'; marginwidth='0';allowtransparency='true';src='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara/embed?;fgcolor=6699cc;bgcolor=ffffff;textbgcolor=ffffff;textfgcolor=000000;sound=1;border=1;w=$0;'>
style='width:450px;text-align:center;'> href='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara'style='color:#0000FF;'>Bloggers Pembela Negara-Fullscreen ====================================================================================== -->
REVOLUSI © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates