Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;

(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).
~surah AN-NISA' ayat 138-139~

TRANSLATOR

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Saturday, April 25, 2009

GERAK GEMPUR ,HAPUS PR !!!


Salam...
Salam Hormat...
Salam Perpaduan...

Tahniah kepada semua yang telah dilantik sebagai Setiausaha Agung, Bendahari dan Pegerusi-Pegerusi Perhubungan Negeri yang baru ini..

--------------------------------------------------------------------------------------
SETIAUSAHA AGUNG: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
BENDAHARI AGUNG: Datuk Ahmad Husni Hanadzlah
KETUA PENERANGAN: Ahmad Maslan

PENGERUSI-PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO NEGERI
PERLIS: Datuk Seri Md Isa Sabu
KEDAH: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
PULAU PINANG: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
PERAK: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
SELANGOR: Datuk Seri Najib Tun Razak
WILAYAH PERSEKUTUAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin
NEGERI SEMBILAN: Datuk Seri Mohamad Hasan
MELAKA: Datuk Seri Mohd Ali Rustam
JOHOR: Datuk Abdul Ghani Othman
PAHANG: Datuk Seri Adnan Yaakob
TERENGGANU: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
KELANTAN: Datuk Mustapa Mohamed
SABAH: Datuk Seri Musa Aman

--------------------------------------------------------------------------------------
REVO:
MARI KITA GEMPUR DAN GEGARKAN NEGERI 4 LAGI NEGERI PAKATAN RAKYAT AGAR 4 NEGERI INI MENJADI NEGERI BERDAULAT DI BAWAH UMNO....
SATU SUDAH JATUH, 4 SAHAJA TINGGAL LAGI...
BIAR SATU-PERSATU, JANGAN KITA TERBURU-BURU...


WALAU BAGAIMANAPUN,
SEMUA WAKIL WILAYAH BERPUTIH MATA BILA TIADA SIAPA YANG DILANTIK SEBAGAI PEGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO WILAYAH...
HARAPAN ZULHASNAN HANCUR BILA TIDAK DAPAT MENTERI WILAYAH...
TENGKU ADNAN DAN RAJA NONG CHIK JUGA BERHARAP, TETAPI TAN SRI MUHYIDDIN YANG MENGETUAI WILAYAH...


SEMOGA TS MUHYIDDIN DAPAT MENAWAN KOTA WILAYAH INI YANG SEKARANG SUDAH MENJADI TEMPAT MAINAN PEMBANGKANG...
SEMOGA WILAYAH TERUS MAJU DI BAWAH UMNO...
SEMOGA TITIWANGSA MENJADI MILIK UMNO KEMBALI...
SEMOGA KERUSI PARLIMEN TITIWANGSA YANG KINI DIMILIKI OLEH PAS TITIWANGSA, JATUH KE TANGAN UMNO TITIWANGSA...
MARILAH UMNO TITIWANGSA DI BAWAH DS SULEIMAN MOHAMAD BERSAMA-SAMA TS MUHYIDDIN MERAMPAS SEMULA KERUSI PARLIMEN TITIWANGSA...


Salam...
SELAMAT BERJUANG...

Thursday, April 23, 2009

AYAT ALLAH TERUS DIPERMAINKAN !!!!

Salam...
Salam Hormat...
Salam Perpaduan...
Salam Revolusi...

Ayat ALLAH terus dipersendakan...
Ayat yang suci ini terus dipergunakan...

Pihak berkepentingan terus mempermainkan dan mempergunakan ayat ALLAH ini demi mendapatkan kepentingan diri....
Pihak yang biadap ini terus memperlekehkan ayat suci Al-Quran...
Pihak yang kurang ajar ini terus mencemar kesucian kalimah-kalimah ALLAH ini...



Maksydnya:
"Maka tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah atau yang mendustakan ayat-ayatNya. Orang-orang itu akan mendapat bahagian mereka (di dunia) dari apa yang telah tersurat (bagi mereka), hingga apabila datang kepada mereka utusan-utusan Kami (malaikat) yang mengambil nyawa mereka, bertanyalah malaikat itu (kepada mereka): "Manakah (makhluk-makhluk dan benda-benda) yang kamu sembah selain Allah?" Mereka menjawab: "Semuanya itu telah hilang lenyap daripada kami", dan mereKa pula menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, bahawa mereka adalah orang-orang yang ingkar."


Masalah yang lebih besar timbul apabila ada ummat ISLAM yang mengakui bahawa mereka lah pihak yang wajib diikuti atas sebab perjuangan mereka memperjuangkan ISLAM, menyokong dan mengiyakan perbuatan yang salah dan biadap ini.....
Pihak yang sepatutnya memperjuangkan ISLAM ini nampaknya telah menunjukkan bahawa ISLAM ini hanya dipergunakan demi kepentingan puak mereka....



Maksudnya:
"Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir."


ALLAH mengajar kita supaya kita terus mengajar mereka yang mempermainkan ayat ALLAH...
Tetapi Pihak yang memperjuangkan ISLAM ini senyap dan menyokong pula tu apa yang sudah terbukti bersalah ini...
Dunia sudah diakhir zaman rupanya...

Pihak yang kononnya kuat ilmu ISLAMnya, senyap dan diam apabila puak lain memperlekehkan ISLAM....
Pihak yang menentang perbuatan biadap(memperlekehkan ayat ALLAH dan ISLAM) ini, diserang habis-habisan oleh puak ISLAM ini....

Tepuk dada, tanya IMAN....
Jangan tanya nafsu dan kepentigan diri...

Terima Kasih...
Salam...
SELAMAT BERJUANG....

Saturday, April 18, 2009

JOM BORAK POLITIK !!!

SALAM...
SALAM HORMAT ...
SALAM PERPADUAN...

SAYA MENJEMPUT ANDA SEMUA KE FORUM POLITIK:
POLITIK D'MALAYSIA
LINKNYA: http://rakyattranung.forum.st/index.htm

MARILAH KITA BERSAMA-SAMA BERTUKAR-TUKAR PANDANGAN KITA DALAM ISU POLITIK DI MALAYSIA INI....
TIDAK KIRALAH APA SEKALIPUN PARTI YANG MENJADI PILIHAN KITA...
TIDAK KITA INI PRO MANA SEKALIPUN...
KAMI SEDIA MENERIMA SEMUA GOLONGAN TERMASUKLAH PARTI PEMBANGKANG SEKALI...

SAYA JUGA MENJEMPUT WARGA/AHLI DAN PENYOKONG BPN UNTUK MERAMAIKAN LAGI FORUM INI...
SEMOGA PERJUANGAN KITA TERUS DIPERHEBATKAN DAN DIMANTAPKAN DALAM FORUM INI...

SELAMAT BERFORUM....

TERIMA KASIH...
SALAM...
SELAMAT BERJUANG...

RESOLUSI 6/2009 BPN: VIDEO BABI !!!

Resolusi 6 / 2009 BPN:Video Palsu Mencemarkan imej Perdana Menteri Malaysia Oleh Pembangkang






1. BPN merasa sangat kecewa, sedih dan marah dengan tindakan seorang bergelar Malaysianews yang telah membuat video klip menghina Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Seri Najib Tun Razak.

2. Ini kerana jelas ucapan yang diubah dan dicantum menzahirkan satu gambaran palsu yang berbeza sama sekali dengan ucapan sebenar YAB PM dan boleh menimbulkan keresahan berpanjangan rakyat yang pasti akan marah dengan tindakan tersebut.

2. BPN merasakan perbuatan ini sangat kotor, jijik dan tidak berbudi pekerti yang mulia kerana ia melibatkan maruah seorang Ketua Kerajaan bagi negara Malaysia.

3. Perbuatan sebegini perlu dihentikan dengan segera sebelum ia merebak atau menjadi perbalahan antara ahli parti politik pro atau anti kerajaan demi memastikan keamanan dan ketenangan rakyat Malaysia berkekalan sampai bila bila.

4. BPN mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dan keras terhadap individu yang terlibat mencipta atau menyebarkannya, untuk menjadi pengajaran dan iktibar agar tidak lagi berulang pada masa masa akan datang.


Video tersebut ada di bawah ini ( link asal klik sini ):



--------------------------------------------------------------------------------------
REVO:
Memang 'BABI', siapa yang buat kerja ini...
Siapa lagi yang buatkan????
Semua orang tahu...
Memang BABI........

Bertapa sukanya mereka dengan BABI ini....
Patutlah mereka sering mempertahankan BABI...
Memang BABI.......

Terima kasih...
Salam...
SELAMAT BERJUANG...

Thursday, April 16, 2009

ISLAM SIAPA PUNYA????

Salam...
Salam Hormat...
Salam Perpaduan...

Sedih bila saya baca artikel di blog http://g-82.blogspot.com/2009/04/kenapa-aku-benci-umno.html





Saya sedih bila membaca komen seseorang hamba ALLAH ini tentang ISLAM dan PAS (komennya seperti gambar di atas)...
Inilah yang menjadi masalah bila orang yang kurang ilmu agamanya dan hanya mendengar tanpa berfikir akan kebenarannya...

ISLAM ni siapa yang punya???
Siapa yang layak mengkafirkan orang lain selagi orang itu tidak terbukti yang dia keluar ISLAM???
Siapa yang ajar jangan solat jenazah pada orang ISLAM yang lain pendirian dengan kita???



ISLAM ini ALLAH yang punya...
Hanya ALLAH sahaja yang boleh mengkafirkan orang lain sekiranya orang itu tidak terbukti yang dia keluar ISLAM...
Saya tidak pasti siapa yang ajar hamba ALLAH yang bagi komen itu...
Saya tidak pasti kenapa seseorang itu tidak payah solat jenazah kepada darah dagingnya yang berbeza pendapat dengannya???

Ini bukanlah ajaran ALLAH...
Ini bukanlah ajaran ISLAM...
Ini bukanlah ajaran Rasulullah...
Ajaran siapa???
Siapa tok gurunya???
Siapa sifunya???
Apa yang menjadi panduannya???
Al-Quran??? Hadis??? Sunnah???



Kita kena belajar ISLAM sedalam-dalamnya...
Jangan sampai kita terus sesat dalam kebodohan kita...
Jangan kita terus terpesong dengan kelemahan kita...
Jangan kita terperangkap dengan kejahilan kita...

Jangan kita terus mempermainkan dan memperlekehkan ISLAM dengan kecetekkan ilmu kita...

Terima kasih...
Salam...
SELAMAT BERJUANG...

Sunday, April 12, 2009

APA NASIB TS MUHYIDDIN ???


Salam…
Salam Hormat…
Salam Perpaduan…

Apa nasib Tan Sri Muhyiddin???
Ke mana hala tujunya selepas ini???

Setelah beberapa hari kabinet baru diumumkan oleh DS Najib, persoalan ini yang tertimbul disegenap minda dan fikiran saya…
Kita tidak tahu apa yang cuba dilakukan oleh DS Najib…
Kita tidak tahu apa strategi yang diguna pakai oleh DS Najib…
Kita tidak tahu langkah susulan yang akan dilakukan oleh DS Najib…


Tetapi,
Kenapa Menteri Pelajaran????
TS Muhyiddin yang kewibawaan dan ketokohannya itu disandarkan di atas sifat ketegasan dirinya tetapi kenapa Menteri Pelajaran yang diberikan???
Sebelum kabinet baru diumumkan, saya merasakan bahawa TS Muhyiddin akan diberi amanah sebagai Menteri Pertahanan atau Menteri Dalam Negeri…
Paling tidak pun beliau kekal dengan portfolio yang lama….
Tetapi, akhirnya Menteri Pelajaran yang dimiliki….
Kenapa????
Ini semua ALLAH dan DS Najib sahaja yang tahu…
Bukan saya ingin menidakkan Menteri yang baru ini, tetapi saya memikirkan tentang keberkesanan ‘Pasukan Baru’ DS Najib ini…

Kenapa perlu tukar Menteri Pelajaran????
Sedangkan, isu yang timbul semasa Menteri Pelajaran yang lama masih belum selesai...
Kenapa perlu tukar???
Biarlah Menteri lama itu perhabiskan dahulu…
Sepatutnya, menteri lama yang perlu bertanggungjawab atas setiap isu yang bangkit semasa pentadbiran beliau…


Sebab inilah saya memikirkan hala tuju TS Muhyiddin dalam kabinet baru ini…
Sekali lagi saya ingin memperjelaskan bahawa dengan sifat ketegasan dan kewibawaan yang ada pada TS Muhyiddin, sepatutnya TS Muhyiddin dapat Menteri yang lebih baik dan lebih sesuai untuk beliau…
Walaubagaimanapun, semoga menteri-menteri dalam kabinet baru yang diusahakan oleh DS Najib ini dapat menjalankan tugas untuk rakyat bukan untuk kepentingan peribadi dan keluarga semata-mata…
Saya tahu bahawa apa yang dilakukan oleh DS Najib itu mestilah bersebab...
Ini hanya pendapat dan pandangan saya sebagai rakyat dan penduduk Malaysia ini…


Terima kasih…
Salam…
SELAMAT BERJUANG…

Thursday, April 9, 2009

TAHNIAH NAJIB !!!


Salam...
Salam Hormat...
Salam Perpaduan...

Tahniah kepada DS Najib atas barisan kabinet yang baru...


PERDANA MENTERI:
Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI:
Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan-timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T.Murugiah

MENTERI KEWANGAN:
Datuk Seri Najib Tun Razak
MENTERI KEWANGAN II:Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr Awang Adek Hussin

MENTERI PELAJARAN:
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr Mohd Puad Zarkashi

MENTERI PENGANGKUTAN:
Datuk Ong Tee Keat
Timbalan:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Tan Sri Bernard Dompok
Timbalan:
1. Datuk Hamzah Zainudin

MENTERI DALAM NEGERI:
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat

MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim
Timbalan:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan:
Noriah Kasnon

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Datuk Seri Shafie Apdal
Timbalan:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

MENTERI PENGAJIAN TINGGI:
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Timbalan:
1. Datuk Dr Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan:
Fadillah Yusof

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan:
Tan Sri Joseph Kurup

MENTERI PELANCONGAN:
Datuk Dr Ng Yen Yen
Timbalan:Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Datuk Noh Omar
Timbalan:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim

MENTERI PERTAHANAN:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan:
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

MENTERI KERJA RAYA:
Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan:
Datuk Yong Khoon Seng

MENTERI KESIHATAN:
Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan:
Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI BELIA DAN SUKAN:
Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng

MENTERI SUMBER MANUSIA:
Datuk Dr S.Subramaniam
Timbalan:Datuk Maznah Mazlan

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan:
Datuk Tan Lian Hoe

MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Datuk Kong Cho Ha
Timbalan:
Datuk Lajim Ukin

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Datuk Seri Sharizat Jalil
Timbalan:Datin Paduka Chew Mei Fun

MENTERI LUAR:
Datuk Anifah Aman
Timbalan:
1. A.Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan:
Datuk M.Saravanan



Tahniah juga kepada Menteri Wilayah yang baru, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin...
Semoga Wilayah terus maju dan sejahtera...

Terima kasih...
Salam...
SELAMAT BERJUANG...

Wednesday, April 8, 2009

TUAH 'SI PENDERHAKA' !!!

Salam...
Salam Hormat...
Salam Perpaduan...

Maaf atas kelewatan saya mengulas Pilihan Raya kecil yang baru sahaja selesai...

Tahniah kepada
MALCOLM MUSSEN...
Tahniah kepada Nizar...
Tahniah kepada Manikumar...

Inilah dia ketelusan sebuah sistem, Demokrasi...
Inilah dia ketelusan sebuah sistem, Sistem Rakyat...

Ketelusan sistem inilah yang membuktikan ketaksuban sesetengah pihak terhadap pemimpin...
Ketelusan sistem inilah yang membuktikan ada rakyat yang tidak mementingkan hak mereka...




Orang yang menolak negara ISLAM yang dipilih...
Penderhaka yang dipilih...
Pengkhianat yang dipilih...
Penghancur bangsa yang dipilih....
Inilah dia ketelusan DEMOKRASI...

Syabas sekali lagi buat NIZAR dan MANIKUMAR....
Sekalung tahniah buat MALCOLM MUSSEN....




UNDI NIZAR, KITA DERHAKA...
UNDI PAKATAN RAKYAT, KITA TOLAK NEGARA ISLAM...


Terima Kasih...
Salam...
SELAMAT BERJUANG....

Tuesday, April 7, 2009

BUKIT GANTANG : KENAPA PERLU UNDI UMNO?


Salam...
Salam Hormat...
Salam Perpaduan...


Inilah peringatan dan pesanan terakhir saya buat pengundi dan penduduk Bukit Gantang...
Kenapa kita perlu undi UMNO???
Berdasarkan Al-Quran dan Sunnah, siapa yang patut kita undi???
UMNO atau PAS???
Jawapannya ada pada video di bawah ini...
Ustaz Muhd Afandi Yusoff akan memberitahu kepada kita kenapa UMNO patut di undi berdasarkan Al-Quran dan Sunnah...



Harap pesanan terakhir daripada saya dan Ustaz Muhd Afandi Yusoff ini dapat memberi kata putus, ilham dan bantuan kepada pengundi dan penduduk Bukit Gantang untuk membuat pilihan yang tepat pada hari ini...


UNDI NIZAR, KITA PENDERHAKA...
UNDI NIZAR, KITA PENGKHIANAT...
UNDI PAKATAN RAKYAT, KITA TOLAK HADIS RASULULLAH...
UNDI PAKATAN RAKYAT, KITA TOLAK NEGARA ISLAM...


Terima Kasih...
Salam...
SELAMAT BERJUANG...
SELAMAT MENGUNDI...

Monday, April 6, 2009

BUKIT GANTANG : PESANAN USTAZ BUAT PENDUDUK !!!





Salam...
Salam Hormat...
Salam Perpaduan...

Pesanan ini pesanan daripada Ustaz Muhd Afandi Yusoff untuk penduduk Bukit Gantang sebelum mereka mengundi...
Pesanan ini membuktikan kenapa kita tidak perlu dan tidak boleh undi Nizar pada 7 April nanti...
Video ini khas buat Bukit Gantang...



Ingatlah,
Kalau kita undi penderhaka,maka derhakalah kita...
kalau kita undi pengkhianat, maka pengkhianatlah kita...
Kalau kita undi yang tolak Negara ISLAM, maka kita juga tolak Negara ISLAM...
Fikirkanlah sebelum mengundi...
Undian kita menentukan perjuangan ISLAM dan MELAYU...
Undian kita akan tentukan hak kita...




UNDI NIZAR, KITA DERHAKA...
UNDI NIZAR KITA KHIANAT...
UNDI PAKATAN RAKYAT, TOLAK HADIS RASULULLAH...
UNDI PAKATAN RAKYAT, TOLAK NEGARA ISLAM...


Terima Kasih...
Salam...
SELAMAT BERJUANG...

Sunday, April 5, 2009

BUKIT GANTANG : UNDI PR , TOLAK NEGARA ISLAM !!!


Salam...
Salam Hormat...
Salam Perpaduan...



DAP kata TAK NAK...
ANWAR kata TAK LAYAN...
NIZAR kata TIDAK...



Inilah dia pendirian Pakatan Rakyat Bukit Gantang terhadap Pembentukan Negara ISLAM di Malaysia...
Semuanya sudah menolak kerana rakan...
Semua sudah menolak kerana kuasa...
Semua sudah menolak kerana kepentingan diri...

Kali ini, slogan terbaik untuk Pilihan Raya Bukit Gantang ialah UNDI PR, TOLAK NEGARA ISLAM...
ISLAM akan terus tergadai sekiranya PR menang di Bukit Gantang...
ISLAM terus tergadai bila kita bagi peluang kepada PR di Bukit Gantang...
ISLAM terus tergadai bila PR jadi wakil kita...

terima kasih...
Salam...
SELAMAT BERJUANG...

BUKIT SELAMBAU : PR DAN CALONNYA !!!



Salam...
Salam Hormat...
Salam Perpaduan...

Akhirnya saya dapat menarik pembaca pembangkang untuk membaca artikel saya...
Ini satu kejayaan yang besar sebab pembangkang sudah mula rasa tercabar dengan artikel yang saya keluarkan...
Mereka sudah tidak tentu arah dan mula menyerang saya dengan cacian, hinaan dan pelbagai cara lain untuk melemahkan semangat memperjuangkan ISLAM dan MELAYU...
Tetapi,
bukan ini yang saya mahu bincangkan...

Pakatan Rakyat mengharapkan pemimpin hindraf untuk mempertahankan kerusi DUN Bukit Selambau...
Tetapi, penduduk Bukit Selambau sedarkah bahawa siapa yang mereka perlu undi???
Jadi saya bawakan video untuk anda semua bagi membantu anda memilih siapa wakil anda...



Kenapa kita perlu undi calon PR jika penyokong dan pemimpin PR lain juga tidak bersetuju dengan calon itu...
Seorang peminpin pasti tahu kenapa seseorang itu tidak layak jadi wakil kepada rakyat...
Jadikanlah video ini sebagai panduan untu anda memilih ADUN yang benar-benar dapat membantu dan tidak menipu rakyat...



Terima kasih...
Salam...
SELAMAT BERJUANG...

Saturday, April 4, 2009

BUKIT GANTANG : NIZAR NI Ir. ke???


Salam...

Salam hormat...

Salam perpaduan...


PAS cukup bangga pemimpin PAS yang mempunyai pekerjaan yang professional...

Tetapi desas-desus ada menyatakan bahawa Nizar Jamaluddin yang merupakan calon kebanggaan Pakatan Rakyat untuk Parlimen Bukit Gantang ini bukanlah seorang jurutera yang ada pangkat Ir...




Ini dapat dikukuhkan lagi bila nama Nizar Jamaluddin tidak ada dalam senarai Boards of Engineers Malaysia (BEM) dan Institution of Engineers, Malaysia(IEM)...

Ini sesuatu yang pelik dan ganjil kerana setiap jurutera yang ada pangkat Ir. ini mestilah diiktiraf oleh BEM atau IEM...

Inilah yang menjadi tanda tanya kepada rakyat...


Kalau anda semua ingin periksa nama Nizar dalam BEM, ada di link http://www.bem.org.my/v3/professional.html

Untuk IEM pula, di linkhttp://aer.afeo.org/find-engineer/?field=name&query=Nizar+Jamaluddin&country=0&discipline=0


Kalau betul lah memang Nizar Jamaluddin tidak ada Ir.,

Kenapa perlu tipu rakyat???

Kenapa nak sangat Ir tu???

Sudah-sudah la tipu rakyat...


Tetapi sekiranya sebaliknya yang berlaku,

Baguslah...

Alhamdulillah kerana kita ada orang melayu yang macam ini...


Saya harap penduduk Bukit Gantang dapat memikirkan masa depan masing-masing...

Pilihlah pemimpin yang tidak menipu kita...

Pilihlah pemimpin yang akan membantu kita...


Terima kasih...

Salam...

SELAMAT BERJUANG...

Friday, April 3, 2009

BUKIT GANTANG : PERJUANGAN PAS !!!

Salam...
Salam hormat...
Salam perpaduan...



Inilah dia perjuangan PAS yang sebenar...
Sebelum ini saya ada postkan Artikel dan video yang membuktikan bahawa PAS tolak Negara ISLAM...
Kini saya nak bawa anda semua untuk lihat perjuangan rakan-rakan PAS yang disokong kuat oleh PAS....
Saya harap artikel ini dapat memberi panduan kepada penduduk Bukit Gantang pada pembuangan undi 7 April nanti...



Inilah yang disokong oleh PAS...
Kononnya perjuangkan NEgara ISLAM, rupa-rupanya????
Fikirkanlah sendiri....



Kalau dah semua kepala dalam Pakatan Rakyat tidak sokong Negara ISLAM, kenapa PAS masih mahu bersatu dengan mereka???
Adakah apa yang dicakapkan oleh Nizar itu betul???



Inilah dia perjuangan PAS yang sebenar...
Bukan ISLAM...
Bukan MELAYU...
Tetapi,
Kerana pangkat...
Kerana kuasa...
Kerana jawatan...
Kerana dendam...
Kerana dengki...
Kerana nafsu...

Adakah ini perjuangan yang kita mahu???
Perjuangan untuk kepentingan peribadi...
Perjuangan yang hanya berhasrat untuk membalas dendam...
Perjuangan yang menidakkan hak KITA...
Perjuangan untuk menyamaratakan ISLAM dengan agama lain...
Perjuangan untuk menghapuskan ketuanan MELAYU...
Perjuangan yang mempermainkan hati kita...
Perjuangan yang hanya cakap kosong...
Kalau ini yang penduduk Bukit Gantang mahukan, undilah Nizar untuk jadi wakil rakyat dekat Bukit Gantang tu...

Tetapi,
kalau kita mahu hak kita terjamin...
Kalau kita mahu ISLAM terus terpelihara...
kalau kita mahu ketuanan MELAYU terus kekal...
Kalau kita mahu azan dan nama Allah tidak dipermainkan...
Undilah Ismail Saffian yang akan memastikan semua hak kita, hak ISLAM dan hak orang MELAYU terus terpelihara...

Terima Kasih...
Salam...
SELAMAT BERJUANG...

Thursday, April 2, 2009

BUKIT GANTANG: PAS TOLAK NEGARA ISLAM !!!

Salam...
Salam hormat...
Salam perpaduan...

Bila melihat satu slot video sidang DUN Perak,
Berderau darah saya...
Meremang bulu roma saya...
Darah anak muda yang pekat, mula mengalir seluruh badan...
Tangan saya mula menggigil...
Kaki pula mula mengeletar...
Mata saya mula berair....
Fikiran pula mula membinggung...
Kegeraman mula tercipta...
Jantung mula berdegup kencang...
Hati mula dipenuhi kebencian...
Mulut mula beristighfar...
Bibir mula berzikir minta pertolongan...



Dahulunya penderhaka dan pengkhianat bangsa...
Kini sudah jadi pengkhianat ISLAM...
ASTAGFIRULLAHALAZIM...ASTAGFIRULLAHALAZIM...ASTAGFIRULLAHALAZIM...
Inilah dia Calon kebanggaan PAS dan PR di BUKIT GANTANG...
NIZAR 'Si Pengkhianat ISLAM dan MELAYU '...

Saksikanlah video ini agar penduduk Bukit Gantang dapat menjadikan ia sebagai pedoman untuk mengundi....




Link nya : http://www.youtube.com/watch?v=JQdib-ZyONs



Link nya: http://www.youtube.com/watch?v=DBrJXNQ9XJo&feature=related

ISLAM ditolak kerana pangkat...
ISLAM ditolak kerana kuasa...
ISLAM ditolak kerana rakan...
ISLAM ditolak kerana undi...
ISLAM ditolak kerana maruah...
ISLAM ditolak kerana DAP...
ISLAM ditolak kerana musuh...
ISLAM ditolak kerana dendam...
ISLAM ditolak kerana dengki...
ISLAM ditolak kerana BN...
ISLAM ditolak kerana UMNO...

Video ini khas buat penduduk Bukit Gantang...
Harap informasi yang saya sampaikan kali ini dapat membantu...
Fikir-fikirkanlah masa depan ISLAM dan MELAYU Bukit Gantang...
Semoga ahli BPN dapat sebarkan video ini supaya rakyat Bukit Gantang tahu siapa sebenarnya insan disebalik nama NIZAR ini...

Terima Kasih...
Salam..
SELAMAT BERJUANG...
width='450';height='350';frameborder='0';scrolling='no';marginheight='0'; marginwidth='0';allowtransparency='true';src='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara/embed?;fgcolor=6699cc;bgcolor=ffffff;textbgcolor=ffffff;textfgcolor=000000;sound=1;border=1;w=$0;'>
style='width:450px;text-align:center;'> href='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara'style='color:#0000FF;'>Bloggers Pembela Negara-Fullscreen ====================================================================================== -->
REVOLUSI © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates