Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;

(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).
~surah AN-NISA' ayat 138-139~

TRANSLATOR

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Friday, July 31, 2009

SLOT KHAS : TANPAMU PEJUANG NEGARA !!!


TANPAMU PEJUANG NEGARA !!!

Tanpamu,
Jeritan keperitan terus berlegar diruang angkasa...
Tanpamu,
Sungai berdarah terus mengalir membanjiri bumi...
Tanpamu,
Jasad tanpa roh terus berbukit menutupi tanah...
Tanpamu,
Anak bangsa menjadi mangsa penjajah jahanam...
Tanpamu,
Anak bangsa terus terseksa...


Tanpamu,
Kebebasan hanya wujud di alam mimpi...
Tanpamu,
Kemajuan hanya bermain dihujung bibir...
Tanpamu,
Keamanan hanya khayalan di dunia realiti...
Tanpamu,
Tiada lagi MALAYSIA dihati anak bangsa...
Tanpamu,
Kemerdekaan bukanlah milik kita...


Perjuanganmu bukanlah hanya sekecil zarah,
Tiada kemerdekaan tanpa segunung jasa dan semangatmu,
Jasamu dikenang, semangatmu dihargai
Selamat HARI PAHLAWAN untukmu wahai PEJUANG NEGARA...

------------------------------------------------------------------------

REVO:
Saya mengucapkan SELAMAT HARI PAHLAWAN kepada semua pejuang tanah air yang telah banyak berjasa dan berkorban demi anak bangsa untuk menuntut kemerdekaan dan keamanan negara...
SELAMAT HARI PAHLAWAN...

Terima Kasih...
Salam...

Sunday, July 26, 2009

SLOT SANTAI : PERLUKAH AKU HIPOKRIT ????


PERLUKAH AKU HIPOKRIT ?????

DILEMA MENYELUBUNGI DIRI,
GELISA MENGUASAI MINDA,
CELARU MEMENUHI JIWA,
RESAH TERPERANGKAP DI DALAM HATI...


KERANA RAKANKU,
KERANA SAHABATKU,
KERANA KAWANKU,
KERANA SEBUAH PERSAHABATAN,
PERLUKAH AKU MENJADI HIPOKRIT????


KERANA HATINYA,
KERANA DIRINYA,
PERLUKAH AKU MENJADI HIPOKRIT????


AH!!!!!!
AKU SEMAKIN BINGUNG...
HATIKU SEAKAN-AKAN DIPENUHI VIRUS HITAM...
JIWAKU SEAKAN-AKAN DIMAMAH, DIROBEK...
MINDAKU SEAKAN-AKAN DIHASUT SYAITAN...
PERLUKAH AKU MENJADI HIPOKRIT????


PERLUKAH AKU MENJADI HIPOKRIT????
AH!!!!!
BIARKAN MEREKA,
BIARKAN HATI MEREKA,
BIARKAN DIRI MEREKA....


KERANA,
AKU TETAP AKU...
KERANA,
HIPOKRIT ITU BUKANLAH AKU...
KERANA,
HIPOKRIT ITULAH MUNAFIK !!!!!!

Saturday, July 25, 2009

UITM : CUTI DAN H1N1!!!!!!!!!!!!

SALAM...
SALAM REVOLUSI...

SAYA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA PELAJAR UITM MALAYSIA TERUTAMANYA SISWA/I DAN WARGA UITM KAMPUS INDUK, SHAH ALAM...
WALAUPUN KITA BERCUTI, PELAJARAN JANGAN DICUTIKAN SEKALI...

SAYA JUGA INGIN MENGAJAK SEMUA SISWA/I TERUSKAN SOLAT HAJAT UNTUK KEBAIKAN KITA BERSAMA...
TERUSKAN SOLAT HAJAT SUPAYA ALLAH S.W.T MENJAUHKAN KITA DARIPADA WABAK PENYAKIT INFLUENZA A H1N1...
TERUSKAN JUGA SOLAT HAJAT INI SUPAYA SISWA/I UITM DAN RAKYAT MALAYSIA DISEMBUHKAN DARIPADA WABAK INFLUENZA A H1N1 INI...

SAYA JUGA INGIN MANGAJAK SEMUA UMMAT ISLAM DAN ORANG MELAYU UNTUK TIDAK BERPUTUS-PUTUS MELAKUKAN SOLAT HAJAT AGAR KITA SEMUA TERUS HIDUP DALAM KEADAAN AMAN...

TERIMA KASIH...
SALAM...

Wednesday, July 15, 2009

MANEK URAI : PETANDA RAKYAT MUAK !!!!

Salam...
Salam Revolusi...

Maaf atas kelewatan saya mengemaskini blog ini...
Sebelum itu,

Tahniah kepada calon PAS yang memenangi kerusi DUN Manek Urai dengan majoriti yang kecil...
TAHNIAH !!!

Rakyat sudah MUAK???
Muak dengan apa???
Melihat kepada polar keputusan setiap PRK yang telah dijalankan termasuklah Manek Urai, rakyat sudah mula muak dengan propaganda dan mainan politik busuk PR...
Mari kita lihat kronologi PRK sehingga di DUN Manek Urai...

-----------------------------------------------------------------
Parlimen Kuala Terengganu

Di sini, PAS berjaya memikat hati rakyat untuk merampas Parlimen ini...
Tetapi,
Kita perlu sedar bahawa semasa PRK Kuala Terengganu ini, gelombang PRU 12 masih belum pulih...
------------------------------------------------------------------
Parlimen Bukit Gantang

Kalau kita lihat PRK ini pula,
Memang PAS menang tetapi adakah PAS sedar bahawa MELAYU sudah mula menolak PR???
PAS tidak dapat pertahankan semula beberapa peti undi MELAYU yang telah ditawan oleh PAS semasa PRU 12...
Kalau kita lihat statistiknya, PAS menang dengan bantuan orang bukan melayu...

Di sinilah bermulanya penolakkan rakyat terhadap PR...
-------------------------------------------------------------------
DUN Penanti

Di sini, satu lagi kejayaan PR dalam mengekalkan kerusi DUN yang berada di dalam kubu sendiri...
Tetapi,
Disebabkan ingin menyelesaikan konflik dalaman PKR, PR menggunakan Pilihan Raya sebagai mediumnya...
PRK DUN penanti ini bukan sahaja di pulau oleh BN tetapi juga oleh rakyat...
Hasilnya, hanya 46% yang keluar mengundi dan jumlah majoriti yang diperolehi oleh PR juga berkurangan...
--------------------------------------------------------------------
DUN Manek Urai

Yang terbaru, kita dapat lihat sekali lagi penolakkan rakyat terutamanya Orang MELAYU terhadap PR...
Pada PRU 12, PAS berjaya dikubu sendiri dengan majoriti sebanyak 1,352 undi...
Pada PRK kali ini, PAS masih berjaya mempertahankan kubu mereka tetapi dengan hanya 65 undi majoriti...
Anda boleh lihat dalam MSTAR...
Kalau kita lihat seramai 99.2% pemilih daripada orang MELAYU...
Dengan penurunan majoriti yang agak mendadak ini membuktikan sekali lagi bahawa rakyat menolak mainan politik busuk PR...
--------------------------------------------------------------------

Adakah ini yang dimaksudkan oleh anwar dengan GELOMBANG RAKYAT nya???
Adakah selepas ini PR masih mampu memenangi PRK yang akan datang???
Adakah PR mampu merampas kerajaan pada PRU 13 nanti???
Adakah Anwar mampu merealisasikan impiannya untuk duduk di kerusi PERDANA MENTERI pada PRU 13 nanti???

Terima Kasih...
Salam...

Wednesday, July 8, 2009

PPSMI : PEMANSUHAN BUKAN PENYUDAHNYA

Salam...
Salam Revolusi...

Kerajaan telah mengambil satu keputusan untuk memansuhkan PPSMI pada 2012...
Keputusan telah dibuat dan saya akur walaupun saya kecewa dengan keputusan ini...
PPSMI yang mampu memberi kemajuan kepada ANAK BANGSA ORANG MELAYU, kini dimansuhkan atas sebab desakan daripada pihak yang tidak mahu dan dengki melihat MELAYU maju...

Kita perlu ingat bahawa PPSMI ini bukan menjadi tujuan utama memperkuatkan BI tetapi inilah bahasa ilmu dan sebagai persediaan orang MELAYU ke arah dunia GLOBAL...
Tetapi,
Orang Melayu sekarang tidak pernah berfikir ke arah kemajuan diri...
Saya percaya bahawa isu PPSMI ini tidak akan lenyap begitu sahaja...
Saya pasti selepas ini akan berkumandang juga...
Saya ingin bawakan 3 reaksi tentang pemansuhan PPSMI ini...

----------------------------------------------------------------
TUN DR MAHATHIR

Tun menyifatkan pemansuhan PPSMI ini akan menjejaskan masa depan anak-anak terutamanya orang MELAYU...
Anda boleh lihat di MSTAR...
----------------------------------------------------------------

Saya menyokong pendapat ini kerana saya sebagai anak MELAYU yang pernah mengharungi sistem PPSMI ini...
Bagi saya PPSMI ini mampu membawa orang MELAYU ke arah kemajuan...
PPSMI ini sebenarnya membantu orang MELAYU apabila menyambungkan pelajaran ke arah yang lebih tinggi seperti Universiti...
Pilihlah sama ada,
Kita mahu anak bangsa kita berusaha sekarang demi masa depan...
ATAU
Kita mahu anak bangsa kita bersenang sekarang, tetapi tercicir di masa depan...

--------------------------------------------------------------
GERAKAN MANSUH PPSMI(GMP)

GMP menyokong dan menyifatkan keputusan kerajaan ini memenuhi 'SELERA RAKYAT'...
Anda boleh lihat di MSTAR...
--------------------------------------------------------------

SELERA RAKYAT???
Biar betul???
Seleran rakyat ke???
ATAU
SELERA GMP yang didominasi PR???
DAN
SELERA pemimpin PAKATAN RAKYAT???

PR memang tidak pernah dan tak akan memperjuangkan perjuangan demi kemajuan ORANG MELAYU...
Sebab itu KETUANAN MELAYU ingin dihapuskan...
Sebab itu DASAR EKONOMI BARU ingin dihapuskan...
Sebab itu UITM ingin dibuka kuotanya untuk bukan bumiputera...
Dan terbaru,
Sebab itu PEMANSUHAN PPSMI disokong...

--------------------------------------------------------------
Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena)

Gapena mahukan PPSMI ini juga dimansuhkan pada peringkat STPM dan Matrikulasi...
Anda boleh lihat di MSTAR...
--------------------------------------------------------------

Rumah siap, pahat berbunyi...
Inilah dia yang sering dan akan terus berlaku dalam kehidupan Masyarakat MELAYU...

Bagi saya, STPM dan MATRIKULASI ini ialah pembelajaran selepas SPM...
Dan institusi ini sebenarnya setaraf dengan Universiti...
Pembelajarannya mestilah sama dan setanding dengan IPT...
Saya cukup menyokong PPSMI ini diteruskan di STPM dan MATRIKULASI...

Ingatlah,
BAHASA TIDAK AKAN MAJU KALAU BANGSA TIDAK MAJU...
Bangsa lain tidak akan belajar bahasa kita kalau bangsa kita mundur kebelakang...
Memang benar kita pejuang BAHASA tetapi adakah perjuangan kita mampu memberi kemajuan kepada ANAK BANGSA???
FIKIR-FIKIRKAHLAH...

Terima Kasih...
Salam...

Sunday, July 5, 2009

REVO KEMBALI MENEGAK KEADILAN !!!!

Salam...
Salam Revolusi...

Alhamdulillah ke hadrat ALLAH atas segala urusan yang berjalan dengan lancar...
Terima kasih juga kepada yang membantu...

Ketika REVO sibuk dengan urusan pembelajaran,
REVO menerima message daripada seorang hamba ALLAH yang tidak dikenali...
Mengikut fikiran REVO, tuan empunya badan itu salah seorang ahli PUAK TAKSUB PAS...
-----------------------------------------------------------------
Message yang diterima,
PUAK TAKSUB : Blog anda menghina ulama..adakah anda tau hkm menghina ulama?dan anda sprti memcahblahkan Mlayu dan Islam. Hrp anda dpt tukar kndugn dlm nye segera.
--------------------------------------------------------------------

Itulah yang dihantar kepada REVO dan tidak ada sebarang perbezaan walaupun satu huruf...

Ulama' yang dimaksudkan itu merujuk kepada NIK AZIZ...
Alhamdulillah, REVO menerima kritikan ini dan akan REVO cuba ke arah yang lebih baik...

Tetapi,
Kenapa puak ini tidak boleh terima KENYATAAN???
Kenapa puak ini tidak boleh terima REALITI???
Kenapa puak ini meletakkan double standard pada pemimpin mereka???

Kenapa mereka boleh menghina ulama' lain???
Kenapa mereka boleh mengutuk ulama' lain???
Tetapi orang lain tidak boleh mengutuk dan menghina pemimpin mereka...

Mereka menghina MUFTI PERAK dan MUFTI PERLIS...
Adakah mereka tidak tahu hukum menghina ulama'???
Mereka boleh menghina ketua agama PERAK, SULTAN PERAK...
Adakah mereka tidak tahu hukum menghina ulama'???
Fikir-fikirkanlah...

Walau bagaimanapun,
REVO sudah memulakan sesi pembelajaran dan REVO akan kurangkan isu politik dalam blog ini...
Tetapi,
HAK UMMAT ISLAM dan ORANG MELAYU akan terus dipertahankan...
HAK BUMIPUTERA akan terus dipertahankan...
UITM akan terus dipertahankan...

Terima Kasih...
Salam...
width='450';height='350';frameborder='0';scrolling='no';marginheight='0'; marginwidth='0';allowtransparency='true';src='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara/embed?;fgcolor=6699cc;bgcolor=ffffff;textbgcolor=ffffff;textfgcolor=000000;sound=1;border=1;w=$0;'>
style='width:450px;text-align:center;'> href='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara'style='color:#0000FF;'>Bloggers Pembela Negara-Fullscreen ====================================================================================== -->
REVOLUSI © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates