Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;

(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).
~surah AN-NISA' ayat 138-139~

TRANSLATOR

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Wednesday, September 30, 2009

SLOT POLITIK : ISA SAMAD PILIHAN BN !!!!!!

Salam...
Salam Revolusi...
Salam Aidilfitri...

Slot artikel saya kali ini tidaklah panjang lebar...

Slot kali ini hanya untuk mengucapkan TAHNIAH kepada TAN SRI MOHD ISA SAMAD kerana terpilih sebagai calon yang mewakili Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang...
Semoga Tan Sri yang merupakan pilihan pucuk pimpinan BN ini dapat mempertahankan kerusi Bagan Pinang ini demi membela masyarakat ISLAM dan MELAYU Bagan Pinang...

Semoga PILIHAN BN juga menjadi PILIHAN RAKYAT !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Terima kasih...
Salam...

Saturday, September 19, 2009

SLOT SYAWAL:SELAMAT HARI RAYA AILDILFITRI

SALAM...
SALAM REVOLUSI...
SALAM AIDILFITRI...

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua ummat ISLAM dan rakyat Malaysia...
Tidak lupa juga kepada ahli-ahli BPN yang telah banyak berjuang demi ISLAM dan MELAYU...

Semoga bulan ini menjadi bulan yang menguatkan lagi perpaduan antara kita sesama ummat ISLAM dan orang MELAYU...

-------------------------------------------------------------------------

anak ayam pasang pelita,
kucing ketawa bagai nak gila,
ayam dan kucing tu tak de kene mengena,
saja nak ucap selamat hari raya.


gembira jika diingati,
bahagia jika dihargai,
untung jika disayangi,
bertuah jika dicintai,
kecewa jika dilukai,
sedih jika dilupai.


dalam kelembutan lidah,
ada keterlanjuran kata,
dalam gurau dan senda,
ada khilaf dan dosa,
harap dimaafkan segalanya.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
MAAF ZAHIR DAN BATIN...


(hasil kerjasama copieetpate.blogspot.com)

SALAM...

Saturday, September 5, 2009

SLOT KHAS : POLITIK SAMA SAHAJA SEMUANYA

Salam...
Salam Revolusi...
Salam Ramadhan Al-Mubarak...

Sebelum itu, saya mengambil kesempatan ini untuk minta maaf kepada pembaca kerana saya tidak dapat mengemaskini blog saya dengan segera kerana saya sibuk dengan pembelajaran...

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga YB Azman Mohd Noor, ADUN Bagan Pinang atas kembalinya Allahyarham ke rahmatullah...

--------------------------------------------------------------------------------

KAMPUNG BUAH PALA

Berbalik kepada tajuk asal,
POLITIK ini sama sahaja...

Selepas insiden 1 September 2009, Kampung Buah Pala berlaku,
Ini mengingatkan saya kepada peristiwa yang sama berlaku di KAMPUNG BEREMBANG yang kini masih belum selesai lagi...

Kini berlaku pula kepada warga P.Pinang yang menerima nasib yang sama seperti warga Kampung Berembang...
Sebab itu saya kata POLITIK ini sama sahaja semuanya...
Tak kiralah PR atau BN, sama sahaja...

Pentadbiran Lim Guan Eng sama sahaja macam pentadbiran Khir Toyo...
Semua tak boleh harap...
MB duduk goyang kaki dekat atas, rakyat dekat bawah merana...
MB duduk senang hati dekat atas, rakyat dekat bawah macam pelarian di negara sendiri...

Tengoklah apa yang dah jadi dengan Kampung Berembang,
rakyat duduk dalam pondok...
Semua ini kerja siapa??? Kerajaan BN dahulu la...
Sebab tu kalah masa PRU12...
Sekarang PR ambil alih, kata nak bantu penduduk Kg. Berembang???
Memang sudah ada keputusan tetapi ada perkara yang besar belum selesai...
Dengar-dengar daripada mulut penduduk macam itulah...

Ada penduduk kata, SMP rumah tak dapat lagi sebab ada masalah duit antara Kerajaan Negeri, Peguam dan Pemaju...
Apa cerita ini???
kalau ada keputusan tetapi tidak dapat SMP, rakyat belum tentu dapat rumah lagi...
Lepas itu, penduduk kata rumah yang sedang dibina itu macam tidak jalan sahaja...
Tetapi janji masuk sebelum raya... Apa cerita????
Siapa yang punya janji, saya tidak pasti...

Adakah PENDUDUK KG BUAH PALA akan menerima nasib yang sama dengan penduduk Kg Berembang???

Politik ini sama sahaja semua...
Baik BN, Baik PR...
Sama sahaja...
Cakap saja lebih...
Tangan sama juga...
Kuasa saja yang penting...

Terima Kasih...
Salam...
width='450';height='350';frameborder='0';scrolling='no';marginheight='0'; marginwidth='0';allowtransparency='true';src='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara/embed?;fgcolor=6699cc;bgcolor=ffffff;textbgcolor=ffffff;textfgcolor=000000;sound=1;border=1;w=$0;'>
style='width:450px;text-align:center;'> href='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara'style='color:#0000FF;'>Bloggers Pembela Negara-Fullscreen ====================================================================================== -->
REVOLUSI © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates