Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;

(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).
~surah AN-NISA' ayat 138-139~

TRANSLATOR

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Thursday, November 4, 2010

GALAS, BATU SAPI : BUKTI KEMBALINYA KEPERCAYAAN RAKYAT

Salam...
Salam Revolusi...

Hari ini Dewan Sivik Gua Musang dan Dewan Komuniti Sandakan menjadi saksi kepada kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil kali ini...



Tahniah kepada seluruh pengundi DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi atas pilihan yang tepat dan terima kasih atas memberi kepercayaan kepada wakil anda kini...
Revo mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada seluruh jentera BN atas kemenangan ini...

Revo juga ingin meminta maaf atas sebab Revo tidak dapat bersama-sama rakan blogger semua untuk berkempen bersama kali ini...
Revo juga nak minta maaf kepada semua pembaca atas kelewatan Revo mengemaskini blog ini..
Maaf kerana Revo memang betul-betul sibuk buat masa ini...

Walaubagaimana pun,
Tahniah sekali lagi kepada Wakil Barisan Nasional yang telah memenangi hati rakyat Galas dan Batu Sapi...

Saturday, June 5, 2010

SLOT TITIWANGSA : MELAYU MENJADI MANGSA DI KG BARU !!!

Salam..
Salam Revolusi...
Salam Titiwangsa...

Sekali lagi cerita sensasi Titiwangsa memecah panggung...
Kini Kg Baru pula menjadi mangsa..
Apakah nasib Orang Melayu di Titiwangsa??
Adakah sama seperti mana berlaku dengan Matrikulasi, Biasiswa, dan lain-lain..

40% daripada Kg. Baru ingin diberikan kepada bangsa lain...
REVO sudah agak perkara ini akan keluar dari mulut Raja Nong Chik..

Inilah masalahnya bila dalam kabinet ada Menteri tak ada pengalaman macam ini...
Raja Nong Chik yang senyap sahaja di Wilayah kemudian terus menjadi Menteri...
Inilah antara kegagalan kerajaan.
Saya bukan mahu menyalahkan kerajaan tetapi perkara ini terlalu sensitif untuk dipermainkan...
Jangan sesekali nak mempermainkan Orang Melayu di Titiwangsa...

Dulu ada Menteri Wilayah yang cukup berkaliber tetapi tidak mahu khidmatnya...
Dulu ada Menteri Wilayah yang diterima rakyat tetapi tidak mahu teruskan khidmatnya...
Kini Datuk Seri Zulhasnan Rafique bukan sahaja diterima rakyat bahkan diterima Ahli UMNO...
Menang Pilihanraya Umum dan Majlis Tertinggi UMNO...
tetapi inilah nasibnya bila ada kaki bodek, kaki mengampu, orang yang cuba untuk menjatuhkan dan menghancurkan karier Datuk Seri Zulhasnan Rafique...

Itu bukanlah masalahnya...
Kerana perkara ini sudah lepas..
Masalahnya sekarang ini,
Jangan sesekali mempermainkan kami Orang Melayu di Kg. Baru dan Titiwangsa...

Kepada UMNO Titiwangsa,
Mana pergi semua suara-suara UMNO Titiwangsa...
Kenapa Pemangku Ketua Bahagian masih senyap???
Bila lagi nak bersuara..
Tak akan lah masih nak tidur lagi???
Kalau dulu masa Dato' Seri Sulaiman masih jadi Ketua bahagian, bolehlah Datuk Johari Ghani nak tidur sentiasa...
Sekarang tanggungjawab Titiwangsa semua atas kepala Datuk Johari Ghani..
Bangunlah dari tidur tu...
Sudah-sudahlah kerja untuk diri sendiri je...
Sekarang masanya untuk penduduk TITIWANGSA...
BANGUNLAH !!!!!!!!!!!!!!!

Kepada Kerajaan dan Raja Nong Chik,
Tariklah balik kenyataan 40% tu..
Ingat pada kes 'Khalid Gagap VS UiTM'????
Kita tidak mahu Kg. Baru jadi seperti itu...
Kita tidak mahu Hak Orang Melayu digadaikan...
Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada PRU12 kerana Hak Orang Melayu digadaikan...
Adakah kerajaan mahu kalah pada PRU13 akibat daripada perbuatan yang mahu menggadaikan Hak Orang Melayu???
Kalau tidak, pandai-pandailah cari jalan penyelesaian...

Salam...

Wednesday, June 2, 2010

SLOT TITIWANGSA : JASAMU TETAP DIKENANG, PERJUANGAN JANGAN DILUPAKAN !!!

Salam..
Salam Revolusi..
Salam Titiwangsa..

Sudah lama sangat REVO tidak mengemaskini blog ini..
Diam punya diam,
Berita yang cukup mengemparkan dan tanpa diduga memecah langit wilayah persekutuan..
Berita perletakkan jawatan oleh Dato' Seri Sulaiman sebagai Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa..
'IRONMAN TITIWANGSA' ini membuat langkah yang tidak diduga sekali lagi..

REVO percaya apa yang dilakukan oleh Dato' Seri ini sebenarnya ada sebab yang kita sendiri tidak dapat tafsirkan kerana jiwa Dato' Seri memang cukup tebal dengan perjuangan MELAYU nya..
REVO percaya keputusan ini mampu membuat MELAYU ke arah kemajuan...
Mesti ada sebab disebalik keputusan ini..

JASAMU TETAP DIKENANG!!!
Jasa Dato' Seri memang cukup banyak dan tidak terkira selama 23 tahun memegang jawatan sebagai Ketua Bahagian..
Pejabatnya tidak terhenti dek kunjungan penduduk titiwangsa...
Rumahnya juga menjadi tempat perhentian penduduk titiwangsa dalam menyampaikan masalah..
Memberi bantuan menjadi kemestian dalam hidup Dato' Seri...
Terutamanya kepada orang MELAYU...

REVO harap perjuangan MELAYU Dato' Seri tidak pudar dek perletakkan jawatan ini..
REVO percaya Dato' Seri akan terus memperjuangkan nasib orang MELAYU walaupun tidak duduk di atas kerusi Ketua Bahagian..
Rakyat dan Penduduk Titiwangsa masih memerlukan Dato' Seri...

Semenjak Dato' Seri tidak menjadi wakil rakyat,
Titiwangsa seakan-akan tidak ada wakil rakyat..
Masalah banyak tetapi tiada sebarang perubahan..
Apatah lagi apabila sekarang ini PAS menjadi wakil rakyat...
Lagi la apa pun tak nampak..
Cakap sahaja lebih...
Tangan tak jalan pun..
PAS modal jadi wakil rakyat cuma air liur sahaja..
Tiada pengorbanan lain..
lebih baik tak payah jadi wakil rakyat..

Kepada Dato' Seri,
JASAMU TETAP DIKENANG, PERJUANGAN JANGAN DILUPAKAN !!!

salam..

Thursday, April 22, 2010

SLOT HULU SELANGOR : BILA MARUAH MENJADI PERTARUHAN !!!

Salam...
Salam Revolusi...
Salam pilihanraya...

Hari pengundian pilihanraya kecil Hulu Selangor semakin hampir...
Saya pasti masih ada rakyat Hulu Selangor yang berbelah bahagi untuk memilih wakil rakyat mereka...
Ingatlah,
Jangan kita pilih wakil rakyat yang akan menghancurkan Hulu Selangor...
Jangan kita memilih wakil rakyat yang meminum arak...
Jangan kita memilih wakil rakyat yang bermain judi...
Jangan kita memilih wakil rakayt yang melanggar prinsip agama...

Marilah kita sama-sama melihat video yang REVO sediakan ini untuk jadikan sebagai renungan dan panduan dalam memilih wakil rakyat...



REVO mungkin tidak berkesempatan untuk mengemaskini blog ini sehingga selesai pilihanraya Hulu Selangor...
REVO mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat mungundi kepada semua pengundi di Hulu Selangor...


"UNDI PKR/PR - MUNUJU KE ARAH KEHANCURAN SELANGOR"
"UNDI BN - MENUJU KE ARAH PEMBANGUNAN HULU SELANGOR"


terima kasih...
Salam...

Saturday, April 17, 2010

SLOT HULU SELANGOR : BERTANDINGLAH SECARA SIHAT !!!

Salam...
Salam Revolusi...
Salam Pilihanraya...

Dah lama rasanya REVO tak update blog REVO ini.
REVO sekarang sedikit sibuk dengan pembelajaran.

Walaubagaimana pun,
REVO mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua 4 calon wakil rakyat Hulu Selangor.
Semoga anda semua dapat bertanding dengan cara yang sihat...
Semoga pilihanraya kecil di Hulu Selangor berjalan dengan lancar...

Tapi,
Kepada penduduk Hulu Selangor yang akan mengundi nanti, jangan sesekali berniat untuk mengundi PARTI KENCING RAKYAT(PKR-PR)...
Mengundi ZAID bermakna Hulu Selangor menuju ke arah kehancuran...
TAK PERCAYA?????
Tengok video ini... PR lah penghancur Selangor... Ini bermakna 'UNDI PKR, MENUJU KE ARAH KEHANCURAN HULU SELANGOR'



Dengan ini,
Ada tiga pilihan untuk rakyat Hulu Selangor untuk mereka undi...
BARISAN NASIONAL, BARISAN NASIONAL DAN BARISAN NASIONAL...

'UNDI PKR/PR - MENUJU KE ARAH KEHANCURAN HULU SELANGOR'
'UNDI BN - MENUJU KE ARAH PEMBANGUNAN HULU SELANGOR'



Terima Kasih...
Salam..

Monday, March 1, 2010

SLOT KHAS : SEMAKIN LAMA, SEMAKIN PARAH!!!!

Salam....
Salam Revolusi...

Semakin lama PR cuba bertahan semakin parah jadinya...
Terutamanya PKR yang setiap hari ada sahaja cerita menarik dan tak sedap di dengar oleh ahli mereka....
Kalau sebelum ini kita dengar tentang MP PKR dibawa masuk ke dalam lembaga displin PKR..
Muncul pula tindakan ADUN yang lompat parti di Pulau Pinang...
Kita juga ade dengar tentang MP kulim dengan terang-terangan mempertahankan diri sekali gus membantai kepimpinan PKR....
Kemudian timbul pula isu firaun kecil, bajingan dan balaci....

Kali ini dengan satu lagi tamparan dilakukan oleh Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang di mana Mohd Fairus Khairuddin keluar PKR dan masuk UMNO...
Memang perkara ini nampak seperti tiada impak atas alasan Fairus bukan lagi ADUN tetapi inilah realiti yang perlu dihadapi oleh PKR bila lebih ramai ahli mereka beralih pandangan ke arah yang lebih baik...
Sebenarnya perkara ini dari dulu lagi sudah hangat diperkatakan...
Dari sejak Fairus meletakkan jawatan lagi perkara ini sudah menjadi bualan rakan politik kita cuma mungkin masa itu bukan masa yang baik untuk Fairus lompat parti...

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Mohd Fairus Khairuddin kerana telah membuat pilihan dan langkah yang bijak....
Semoga keputusan ini terus menjadi pemangkin ke arah kemajuan Islam dan Melayu...

Terima Kasih...
Salam...

Tuesday, February 9, 2010

SLOT KHAS : ZAMBRY SEKALI LAGI MENTERI BESAR PERAK YANG SAH !!!!

Salam...
Salam Revolusi...

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan TAHNIAH kepada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir atas keputusan Mahkamah Persekutuan yang memihak kepada Datuk Seri...
Sekali lagi, Menteri Besar Perak secara sah adalah Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir...

Seluruh rakyat Malaysia perlu menerima keputusan ini dengan hati terbuka kerana sistem Kehakiman Negara kita cukup adil dan saksama...
Saya yakin selepas ini pasti ada yang tidak senang dengan keputusan Mahkamah Persekutuan terutamanya 'Puak Taksub PAS'!!!!

YANG SAH, TETAP SAH !!!!!
YANG HARAM, TETAP HARAM !!!!!


Terima Kasih...
Salam...

Thursday, January 28, 2010

SLOT KHAS : REVO KEMBALI BUAT SEMENTARA

Salam...
Salam Revolusi...

REVO ingin meminta maaf kepada semua pembaca blog REVO ini atas kelewatan REVO mengemaskini blog ini...

REVO mengambil kesempatan daripada masa REVO yang tidak banyak ini untuk memberi tahu kepada semua bahawa REVO ada sedikit masalah dalam mengemaskini blog ini...
Saya akan terus menulis dalam blog ini tetapi saya tidak dapat lakukan sekerap dahulu atas urusan pembelajaran saya...

Dengan kesempatan ini, saya ingin mengucapkan TAHNIAH kepada semua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang telah terpilih atas Dasar Demokrasi yang telah lama kita sanjungi ini...
Tidak saya lupakan pada 2 calon yang telah terpilih sebagai wakil kami di Fakulti Kejuruteraan Awam UiTM Shah Alam yang menjadi pilihan utama Mahasiswa/Mahasiswi Fakulti Kejuruteraan Awam...
SEKALUNG TAHNIAH REVO UCAPKAN!!!!!

Terima Kasih...
Salam...

Saturday, January 16, 2010

SLOT BPN : ISU ALLAH - MOHON PERKENAN MAJLIS RAJA-RAJA

Ampun Tuanku Beribu Ampun !!!


BPN dengan rendah diri memohon perkenan sekelian Raja-Raja kita menerusi Majlis Raja-Raja agar membuat keputusan berkenaan isu nama Allah yang masih lagi belum reda di negara kita. Ia ekoran keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009 yang membenarkan pihak Gereja Katolik menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan majalah mingguan mereka ' Herald - The Catholic Weekly' walaupun ia tidak dibenarkan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri.

Meskipun sudah ditangguhkan perlaksanaannya berkat rundingan Kerajaan Malaysia dengan pihak Gereja Katolik ( sekalung tahniah kepada Perdana Menteri ) namun kenyataan yang disiarkan oleh Malaysiakini yang menyebut bahawa pihak Majalah Mingguan Herald Weekly ingin menggunakan nama Allah pada masa hadapan sangat merisaukan kita. Ia juga semakin mengeruhkan lagi suasana yang begitu panas di dada umat Islam di Malaysia sekarang.

Begitu juga tindakan 11 peguam yang turut disertai YB dari parti DAP membuat demonstrasi menyokong keputusan penggunaan kalimah Allah di Petrajaya, Kuching pada 12 Januari yang lalu juga memperlihatkan bagaimana isu ini telah cuba dipolitikkan oleh pihak yang ingin mengeruhkan suasana harmoni di negara kita.

Kemarahan rakyat beragama Islam sangat jelas di mana kempen menentang penggunaan kalimah Allah oleh pihak bukan Islam di Facebook telah mencecah 200,00 seperti laporan Utusan .

Jika tidak dikawal dari sekarang dan mustahil kita rakyat biasa dapat mengawalnya kerana masalah perbezaan fahaman politik, maka BPN merasakan sudah sampai masanya Majlis Raja-Raja sebagai Payung Rakyat dapat menitahkan sesuatu bagi menghentikan polemik yang masih lagi belum terlambat untuk dihentikannya. Kita risau isu ini boleh melarat hingga kepada pembunuhan antara penganut Islam dan Kristian akibat adu domba pihak ketiga yang ingin melihat negara kita akan huru hara dan ditimpa masalah konflik agama.

Apatah lagi ada juga di kalangan YB beragama Islam bernama Khalid Samad yang telah mengkritik badan agama kita ( JAIS dan MAIS ) yang bertungkus lumus menjaga kalimah Allah ini dan jelas dia telah melanggar enakmen yang diputuskan oleh Sultan Selangor.

BPN bersetuju dengan kenyataan tegas TPM yang menyatakan bahawa beliau tidak akan membenarkan kalimah Allah dipermain-mainkan pada masa hadapan.

BPN juga bersetuju dengan desakan pihak yang mewakili 70 NGO untuk mendesak Yang Dipertuan Agong untuk membuat keputusan berhubung isu nama Allah ini...
Setakat ini 10 gereja telah menjadi mangsa perbuatan khianat termasuk ke atas surau dan juga rumah ibadat Sikh. Tidak mustahil bilangan ini semakin bertambah jika tiada campur tangan dari pihak Majlis Raja-Raja untuk menghalangnya dalam hal yang begitu sensitif kepada Islam ini....

Sekali lagi dengan penuh hina dan rendah diri kami Blogger Pembela Negara ( BPN ) memohon titah Duli-Duli Teramat Mulia sekelian agar dapat segera membuat keputusan dalam Majlis Raja-Raja bagi faedah dan manfaat agama Islam dan sekelian umatnya.


Ampun Tuanku Beribu Ampun !!
width='450';height='350';frameborder='0';scrolling='no';marginheight='0'; marginwidth='0';allowtransparency='true';src='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara/embed?;fgcolor=6699cc;bgcolor=ffffff;textbgcolor=ffffff;textfgcolor=000000;sound=1;border=1;w=$0;'>
style='width:450px;text-align:center;'> href='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara'style='color:#0000FF;'>Bloggers Pembela Negara-Fullscreen ====================================================================================== -->
REVOLUSI © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates