Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;

(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).
~surah AN-NISA' ayat 138-139~

TRANSLATOR

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Saturday, June 5, 2010

SLOT TITIWANGSA : MELAYU MENJADI MANGSA DI KG BARU !!!

Salam..
Salam Revolusi...
Salam Titiwangsa...

Sekali lagi cerita sensasi Titiwangsa memecah panggung...
Kini Kg Baru pula menjadi mangsa..
Apakah nasib Orang Melayu di Titiwangsa??
Adakah sama seperti mana berlaku dengan Matrikulasi, Biasiswa, dan lain-lain..

40% daripada Kg. Baru ingin diberikan kepada bangsa lain...
REVO sudah agak perkara ini akan keluar dari mulut Raja Nong Chik..

Inilah masalahnya bila dalam kabinet ada Menteri tak ada pengalaman macam ini...
Raja Nong Chik yang senyap sahaja di Wilayah kemudian terus menjadi Menteri...
Inilah antara kegagalan kerajaan.
Saya bukan mahu menyalahkan kerajaan tetapi perkara ini terlalu sensitif untuk dipermainkan...
Jangan sesekali nak mempermainkan Orang Melayu di Titiwangsa...

Dulu ada Menteri Wilayah yang cukup berkaliber tetapi tidak mahu khidmatnya...
Dulu ada Menteri Wilayah yang diterima rakyat tetapi tidak mahu teruskan khidmatnya...
Kini Datuk Seri Zulhasnan Rafique bukan sahaja diterima rakyat bahkan diterima Ahli UMNO...
Menang Pilihanraya Umum dan Majlis Tertinggi UMNO...
tetapi inilah nasibnya bila ada kaki bodek, kaki mengampu, orang yang cuba untuk menjatuhkan dan menghancurkan karier Datuk Seri Zulhasnan Rafique...

Itu bukanlah masalahnya...
Kerana perkara ini sudah lepas..
Masalahnya sekarang ini,
Jangan sesekali mempermainkan kami Orang Melayu di Kg. Baru dan Titiwangsa...

Kepada UMNO Titiwangsa,
Mana pergi semua suara-suara UMNO Titiwangsa...
Kenapa Pemangku Ketua Bahagian masih senyap???
Bila lagi nak bersuara..
Tak akan lah masih nak tidur lagi???
Kalau dulu masa Dato' Seri Sulaiman masih jadi Ketua bahagian, bolehlah Datuk Johari Ghani nak tidur sentiasa...
Sekarang tanggungjawab Titiwangsa semua atas kepala Datuk Johari Ghani..
Bangunlah dari tidur tu...
Sudah-sudahlah kerja untuk diri sendiri je...
Sekarang masanya untuk penduduk TITIWANGSA...
BANGUNLAH !!!!!!!!!!!!!!!

Kepada Kerajaan dan Raja Nong Chik,
Tariklah balik kenyataan 40% tu..
Ingat pada kes 'Khalid Gagap VS UiTM'????
Kita tidak mahu Kg. Baru jadi seperti itu...
Kita tidak mahu Hak Orang Melayu digadaikan...
Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada PRU12 kerana Hak Orang Melayu digadaikan...
Adakah kerajaan mahu kalah pada PRU13 akibat daripada perbuatan yang mahu menggadaikan Hak Orang Melayu???
Kalau tidak, pandai-pandailah cari jalan penyelesaian...

Salam...

Wednesday, June 2, 2010

SLOT TITIWANGSA : JASAMU TETAP DIKENANG, PERJUANGAN JANGAN DILUPAKAN !!!

Salam..
Salam Revolusi..
Salam Titiwangsa..

Sudah lama sangat REVO tidak mengemaskini blog ini..
Diam punya diam,
Berita yang cukup mengemparkan dan tanpa diduga memecah langit wilayah persekutuan..
Berita perletakkan jawatan oleh Dato' Seri Sulaiman sebagai Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa..
'IRONMAN TITIWANGSA' ini membuat langkah yang tidak diduga sekali lagi..

REVO percaya apa yang dilakukan oleh Dato' Seri ini sebenarnya ada sebab yang kita sendiri tidak dapat tafsirkan kerana jiwa Dato' Seri memang cukup tebal dengan perjuangan MELAYU nya..
REVO percaya keputusan ini mampu membuat MELAYU ke arah kemajuan...
Mesti ada sebab disebalik keputusan ini..

JASAMU TETAP DIKENANG!!!
Jasa Dato' Seri memang cukup banyak dan tidak terkira selama 23 tahun memegang jawatan sebagai Ketua Bahagian..
Pejabatnya tidak terhenti dek kunjungan penduduk titiwangsa...
Rumahnya juga menjadi tempat perhentian penduduk titiwangsa dalam menyampaikan masalah..
Memberi bantuan menjadi kemestian dalam hidup Dato' Seri...
Terutamanya kepada orang MELAYU...

REVO harap perjuangan MELAYU Dato' Seri tidak pudar dek perletakkan jawatan ini..
REVO percaya Dato' Seri akan terus memperjuangkan nasib orang MELAYU walaupun tidak duduk di atas kerusi Ketua Bahagian..
Rakyat dan Penduduk Titiwangsa masih memerlukan Dato' Seri...

Semenjak Dato' Seri tidak menjadi wakil rakyat,
Titiwangsa seakan-akan tidak ada wakil rakyat..
Masalah banyak tetapi tiada sebarang perubahan..
Apatah lagi apabila sekarang ini PAS menjadi wakil rakyat...
Lagi la apa pun tak nampak..
Cakap sahaja lebih...
Tangan tak jalan pun..
PAS modal jadi wakil rakyat cuma air liur sahaja..
Tiada pengorbanan lain..
lebih baik tak payah jadi wakil rakyat..

Kepada Dato' Seri,
JASAMU TETAP DIKENANG, PERJUANGAN JANGAN DILUPAKAN !!!

salam..
width='450';height='350';frameborder='0';scrolling='no';marginheight='0'; marginwidth='0';allowtransparency='true';src='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara/embed?;fgcolor=6699cc;bgcolor=ffffff;textbgcolor=ffffff;textfgcolor=000000;sound=1;border=1;w=$0;'>
style='width:450px;text-align:center;'> href='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara'style='color:#0000FF;'>Bloggers Pembela Negara-Fullscreen ====================================================================================== -->
REVOLUSI © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates