Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;

(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).
~surah AN-NISA' ayat 138-139~

TRANSLATOR

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Saturday, April 6, 2013

SLOT PRU13 : BAKAL SAMPAI KEMUNCAK PEPERANGAN DUNIA MAYA !!!

Salam Revolusi...

PRU semakin dekat.. REVO percaya seluruh rakan2 blogger sedang bersiap sedia mengharungi peperangan di alam cyber ini..


REVO hari ini hanya berhasrat untuk mengisytiharkan bahawa blog REVO ini tidak akan ketinggalan dalam bersama-sama rakan2 bloggers yang lain terutama rakan-rakan Bloggers Pembela Negara dalam mengharungi peperangan cyber PRU13..


REVO akan mengaktifkan kembali medium dan wadah peperangan REVO ini dalam memperjuangkan dan mempertahankan ISLAM, MELAYU dan MALAYSIA daripada kehancuran oleh pihak puak2 taksub dan puak2 yang RAKUS akan kuasa ini...


Untuk PRU13, beberapa video2 lama simpanan REVO akan REVO keluarkan untuk tontonan semua agar menjadi teladan.. Supaya rakyat mampu berfikir bagi memilih Parti yang mempertahankan ISLAM, MELAYU dan MALAYSIA..


segala video2 penipuan,lidah bercabang, pembohongan2, pencemar kesucian ISLAM, perosak2 dan pembelot2 MELAYU akan revo berikan.... cuma bukan sekarang...


Kita sama-sama tunggu kehadiran PRU13... mari kita sama-sama berjuang habis-habisan...


REVO TERUS MENOLAK PENCEMAR KESUCIAN ISLAM !!!

REVO TERUS MENOLAK PEMBELOT MELAYU !!!!

REVO TERUS MENOLAK PEMUSNAH MALAYSIA !!!

Tuesday, February 26, 2013

KALIMAH ALLAH : HAK MILIK MUTLAK ISLAM

salam revolusi..


REVO penah post artikel berkenaan isu kalimah ALLAH ini.. cuma untuk kali ini revo hanya mahu kongsikan video untuk tontonan bersama..



Selamat menonton



REVO sangat suka kerana Zulkifli Noordin sangat lepas cakap (perkara yang betul)


Sunday, February 24, 2013

SLOT TITIWANGSA : NASIB P119 DI PRU13

Salam Revolusi
Salam Perpaduan Melayu..

Hari ini REVO cuba untuk mengimbau kembali PRU12 di Titiwangsa demi memikirkan nasib yang mungkin kami anak MELAYU TITIWANGSA perlu hadapi bila PRU13 nanti...




Di atas merupakan keputusan penuh bagi PRU12 di parlimen titiwangsa... kalau kita lihat, BN mendapat 15,885 undi SAHAJA.....

REVO difahamkan jumlah AHLI UMNO TITIWANGSA seramai 16,000.. sekiranya nombor yang dikeluarkan ini tidak tepat, maafkan revo..Tapi jumlah Ahli UMNO sebenarnya melebihi jumlah undi yang diperolehi BN ketika PRU12..


Kalau kita lihat, jumlah yang diperolehi sedikit dari jumlah ahli UMNO.. Sepatutnya BN mampu peroleh sekuruang-kurangnya 16,000 undi... tetapi kenapa berlaku sebegini.. adakah:

1. Ahli UMNO tidak keluar mengundi

2. Segelintir Ahli UMNO telah buang undi untuk parti lawan

3. Segelintir AHli UMNO merosakkan undi dengan sengaja..


Persoalan nya, kenapa 3 kemungkinan ini berlaku?

1. Adakah calon yang dipilih ini merupakan calon yang tidak berkaliber? tidak dikenali?

2. Adakah calon yang dipilih bukanlah calon pilihan?

3. Adakah calon ini bukan calon popular?

4. Adakah mempunyai unsur sabotaj dalam parti?


Ke semua kemungkinan di atas ada sedikit sebanyak melibatkan pemilihan calon yang silap dan calon yang tidak menepati citarasa orang UMNO itu sendiri... REVO mengeluarkan kemungkinan-kemungkinan ini untuk kita berfikir dan fokus pada kelemahan pada PRU12 lepas..


Bagi REVO, TITIWANGSA merupakan tempat strategi yang perlu dipertahankan UMNO yang merupakan tempat majoriti melayu di bandar.. Kalau kita lihat, di KG BARU dan KERAMAT merupakan hampir 100% kawasan orang MELAYU.. UMNO yang dulu, kini dan selamanya PARTI orang MELAYU, sepatutnya TITIWANGSA perlu dipertahan kan..


Persoalan : ADAKAH UMNO DAN BN MAMPU MERAMPAS KEMBALI TITIWANGSA????


PRU3 semakin hampir.. Kita boleh lihat tahap aggresif UMNO TITIWANGSA pada saat ini.. Dimanakah UMNO titiwangsa... kenapa pada saat ini masih senyap.. kalau ada pergerakan pun tetapi sangat perlahan.. Kalau diikutkan, sekarang ini sudah masuk fasa gentir dan fasa yang sangat perlukan pergerakan yang aggresif.. ada beberapa kemungkinan pergerakan yang perlahan ini:


1. Adakah setiap pemimpin dalam UMNO menunggu nama calon?

ye la.. kalau bukan diri sendiri menjadi calon atau calaon itu bukan calon pilihan, maka untuk apa perlu penat berkempen...

ini bukanlah budaya yang mampu membawa kepada kemenangan BN di TITIWANGSA


2. Adakah hanya merasakan apa yang dilakukan oleh PM sudah cukup untuk MERAMPAS kembali?

Kalau ini alasan untuk bergerak perlahan, maka satu KESILAPAN BESAR...


Tapi kalau bukan ini kemungkinannya, maka kenapa masih bergerak pelahan sampaikan satu tahap dilihat tidaka ada sebarang pergerakan... adakah masih tidur dan berangan-angan mat jenin yang mengharapkan suatu MAGIS yang memberi kemenangan tanpa sebarang usaha?


Sepatutnya TITIWANGSA mampu menjadi kawasan pilihan dalam setiap program UMNO di Wilayah.. Malah dari dulu lagi UMNO selepas PRU12, UMNO perlu aktif dalam setiap program bersama RAKYAT.. tetapi terus menyepi seperti takut pada kelemahan dan kekalahan sendiri di PRU12..


REVO anak MELAYU jati TITIWANGSA, mengharapkan UMNO bangkit mempertahankan kawasan keramat benteng orang melayu di BANDAR KUALA LUMPUR ini.. UMNO dan BARISAN nasional perlu bangkit dari tidur dan berjuang habis-habisan dalam merampas kembali TITIWANGSA...


REVO mengharapkan KEGEMILANGAN semasa zaman IRONMAN KUALA LUMPUR/TITIWANGSA, DATO' SERI SULAIMAN, kembali.. walaupun REVO faham agak sukar sekarang ini untuk mengembalikan kegemilangan ini, tapi UMNO harus BANGKIT dari tidur lenamu..


DEMI ISLAM DAN ORANG MELAYU, BANGKITLAH DARI TIDURMU.. DEMI ISLAM DAN ORANG MELAYU, BERJUANGLAH HABIS-HABISAN..


REVO TERUS MENOLAK PENCEMAR KESUCIAN ISLAM..

REVO TERUS MENOLAK PEMBELOT, PENGKHIANAT MELAYU..

REVO TERUS MENOLAK PEROSAK MALAYSIA...

Thursday, January 24, 2013

KHAS MAULIDUR RASUL: PUAK TOLAK KEPERIBADIAN RASULULLAH

Salam Maulidur Rasul,

Salam Revolusi..


REVO mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada seluruh Masyarakat ISLAM MALAYSIA.. Dengan kesempatan dan masa yang ada ini, revo ingin mengemaskini blog ini..



Rasulullah S.A.W amat kita sayangi dan kita sanjungi.. Dalam kehidupan kita hari ini, banyak yang boleh kita contohi dan teladani dari salasilah baginda Rasulullah S.A.W.. sepatutnya hari seperti ini kita harus jadikan hari yang mengimbau kehidupan kita dan sedikit sebanyak mencontohi Rasulullah dalam setiap sudut kehidupan kita..



Tetapi malangnya hari ini, banyak perkara yang kita dahulukan dari perkara yang lebih utama.. Kalau kita lihat satu ketika dahulu Isu sambutan Maulidur Rasul yang disambut dengan kemerduan selawat, luahan kecintaan kita terhadap Rasulullah di atas kain putih dan perarakan, sambutan ini diharamkan oleh puak pemutarbelit agama. Kalau sambutan yang cukup indah ini diharamkan bagaimana kita hendak membawa generasi yang baru ini untuk mencintai dan mencontohi Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W.



Tetapi isu ini pada tahun ini senyap sepi.. kerana apa? kerana tahun lepas, isu ini memakan diri.. Masya Allah... inilah dia dunia si puak pemutarbelit ISLAM..



Kalau kita mencontohi Rasulullah S.A.W dalam sudut politik , Rasulullah meletakkan ISLAM itu ditempat yang tinggi berbanding politik.. Rasulullah menggunakan politik dan kuasa yang ada untuk memartabatkan ISLAM .. Rasulullah tidak menggunakan ISLAM untuk kepentingan politik dan kuasa..



Tapi malangnya hari ini, ada puak di Malaysia ini sanggup mempermainkan, mempergunakan ISLAM hanya semata-mata demi kepentingan politik mereka.. sanggup memperjudikan Kalimah Allah, Ayat-Ayat suci Al-Quran, rumah2 ibadat Allah, atas kepentingan kuasa dan politik..



Kalau kita menyelami salasilah Rasulullah S.A.W, bagaimana baginda menyatukan Ansar dan Muhajirin, perpaduan umat ISLAM amat didahulukan oleh baginda.. Kerana dengan perpaduan ini dapat memartabatkan ISLAM..



Tapi sayang hari ini di Malaysia, apabila sebelah pihak menghulurkan salam perpaduan mengajak ke arah perpaduan umat ISLAM, sebelah pihak yang satu lagi menolak.. Yang menghairankan lagi, mereka meletakkan syarat terhadap perpaduan ini.. Jawatan dalam kabinet dijadikan syarat menunjukkan dengan jelas mereka hanya mahu kuasa semata-mata..bukan perpaduan umat ISLAM yang menjadi keutamaan mereka..



Banyak lagi isu boleh kita bangkitkan kerana terlalu banyak sebab itu kita boleh labelkan puak ini srbagai PUAK PEMUTARBELIT ISLAM.. Puak pemutarbelit ISLAM ini harus kita tolak kerana meraka akan terus memperjudikan kesucian ISLAM, mempergunakan ISLAM demi kepentingan politik dan kuasa...



Dengan ini, Revo ingin mengajak kita bersama-sama mencontohi Rasulullah S.A.W di atas segala sudut kehidupan kita.. Baginda merupakan role model yang sempurna yang patut kita contohi.. Gunakan kesempatan yang ada ini untuk kita menyelami kehidupan baginda..



SALAM MAULIDUR RASUL !!!


Tuesday, January 15, 2013

KALIMAH ALLAH HAK MILIK MUTLAK ISLAM.. KENYATAAN BARU NIK AZIZ SEMAKIN PARAH

salam revo..  

maaf di atas kesepian dalam blog ini.. banyak perkara dan urusan yang perlu diutamakan.. tetapi revo tetap dalam bersama meneruskan perjuangan AGAMA ISLAM yang suci dan agung, BANGSA MELAYU yang murni dan utuh, MALAYSIA negara tercinta..


revo terpanggil untuk membuat artikel kali ini kerana revo semakin jelek dan muak dengan permainan politik melampau dan kotor ini.. perkara paling melampau yang tidak boleh diterima apabila KALIMAH SUCI ALLAH dipermainkan.. isu ini bukan isu baru, ia isu lama.. semasa MALAYSIA panas dengan siri pilihan raya kecil dulu, isu sebegini sudah panas.. kemudian menyepi dan meletus kembali oleh puak yang sama.. puak pembangkang yang tidak ada rasa hormat pada isu kalimah suci ISLAM yang satu2nya hak milik ISLAM..



masya ALLAH adakah MALAYSIA hari ini bakal melihat kejatuhan ISLAM agama yang unggul lagi suci.. akan revo terus mempertahankan kesucian ISLAM...



revo tahu semua orang sudah jelas dan tahu isu ini.. tetapi apa yang menarik minat revo untuk mengetengahkan isu ini adalah kenyataan NIK AZIZ selepas Majlis Syura PAS membuat resolusi melarang penggunaan kalimah ALLAH dalam bible versi melayu...



revo ada membaca beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh NIK AZIZ antaranya, "ALLAH itu satu, kalau ada agama lain yang tuhan nya bukan satu, kalau nak guna BOLEH tapi salahlah"



masya ALLAH... adakah ini kenyataan yang kata nya memperjuangkan ISLAM.. adakan ini kenyataan orang yang disanjung sebagai TOK GURU.. tokguru islam ape macam ini?



ALLAH adalah kalimah suci hak milik mutlak ISLAM.. kenyataan NIK AZIZ ini melihat kan kita dengan kenyataan nya bukan ISLAM boleh guna kalimah ALLAH tapi salah.. maka ia menunjukkan seakan-akan umat ISLAM membenarkan orang lain meletakkan kalimah suci ALLAH ditempat yang salah.. perkara ini seakan-akan kita membenarkan kalimah suci ALLAH dipermainkan dan diperkotak-katikkan.. subhanallah...



umat ISLAM perlu tahu kita sebagai umat ISLAM wajib terus mempertahankan ISLAM termasuk kalimahnya.. umat ISLAM wajib menghalang ISLAM dipermainkan... umat ISLAM wajib terus perjuangkan kesucian ISLAM..



kalau hari ini parti POLITIK yang konon nya memperjuangkan ISLAM sedangkan realitinya sekarang ini tidak releven dan semakin sesat.. kita umat ISLAM harus menolak yang menghentikan perkara sebegini..



ayuh rakan kita terus mainkan isu seperti ini... biar seluruh umat ISLAM dan rakyat MALAYSIA terus sedar dan paham akan perjuangan pihak songsang yang sering mempermainkan ISLAM demi kepentingan politik dan kuasa...



ayuh rakan2 kita sama-sama menolak parti yang menjadikan ISLAM sebagai alamat permainan.. ayuh kita tolak mereka yang bertopengkan ISLAM hanya semata-mata demi kuasa... ayuh kita sama menghapuskan mereka yang mempersendakan ISLAM..



minta rakan terus sebarkan isu ini..biar kita ditikam, kita ditembak, biar kita di penjara, asalkan kita terus pegang dan pertahankan ISLAM yang suci lagi unggul ini.. mari sama-sama kita sebarkan perkara ini..



REVO TERUS MENOLAK PARTI YANG MEMPERMAINKAN ISLAM !!

REVO TERUS MENOLAK PEMBELOT DAN PENGKHIANAT MELAYU !!

REVO TERUS MENOLAK PARTI YANG MENGHANCURKAN MALAYSIA !!


width='450';height='350';frameborder='0';scrolling='no';marginheight='0'; marginwidth='0';allowtransparency='true';src='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara/embed?;fgcolor=6699cc;bgcolor=ffffff;textbgcolor=ffffff;textfgcolor=000000;sound=1;border=1;w=$0;'>
style='width:450px;text-align:center;'> href='http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara'style='color:#0000FF;'>Bloggers Pembela Negara-Fullscreen ====================================================================================== -->
REVOLUSI © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates